Masjid As-Saadah Kdast2

Masjid As-Saadah Kdast2 Assalamualaikum. Masjid As Saadah, ini adalah sebuah institusi yg menyatupadukan ummah & kariah sek

Majlis Khatam Al-Quran Masjid As-Sa'adah Kdas217 Mac 2026 / 27 Ramadan 1447H
17/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran Masjid As-Sa'adah Kdas2
17 Mac 2026 / 27 Ramadan 1447H

03/03/2026

๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก โ€˜๐—ก๐—จ๐—ฅโ€™ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐— ๐ŸŒ™

"Cukup ke upah menjahit kali ni untuk persiapan raya nanti?"

Soalan itu sering menghantui fikiran seorang ibu tunggal asnaf yang mengambil upah jahit untuk membesarkan lima orang anak. Dia hanya mampu tersenyum tawar setiap kali mengenangkan nasib diri. Beban di bahunya hanya Allah yang tahu.

Bagi kita, Ramadan adalah bulan ibadah dan kegembiraan. Namun bagi ibu tunggal sepertinya, setiap hari yang berlalu di bulan Ramadan menuju ke Syawal adalah hari-hari yang penuh kebimbangan.

Di depannya bukan setakat tin biskut dan kampit beras yang makin kosong, tapi ada timbunan bil tertunggak dan dompet yang kian menipis. Doanya cuma satu โ€” mengharapkan keajaiban daripada Yang Maha Esa.

Keajaiban itu bukan sekadar sesuatu yang muncul tiba-tiba dari langit, ia juga boleh hadir melalui kita. Zakat fitrah yang kita tunaikan bukan sekadar kewajipan, tetapi jambatan kasih, menghubungkan rezeki yang Allah pinjamkan kepada mereka yang sedang buntu.

Zakat anda mampu mengembalikan โ€˜Nurโ€™ mereka yang hampir padam. Ramadan bukan sekadar menahan lapar sendiri, tapi untuk kita sama-sama merasai pedihnya lapar orang lain.

Tunaikan zakat fitrah.
Sempurnakan Ramadan kita.
Hidupkan Syawal mereka ๐ŸŒ™.








๐—ฃ๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—™๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป:

Perlis:
https://digital.maips.gov.my/public/bayaran/zakat?jenis=fitrah

Perak:
https://ezakat.maiamp.gov.my/zapar/fitrah_1447.php

Melaka:
https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah?fbclid=IwY2xjawGXwtZleHRuA2FlbQIxMAABHSh_1vnq7wybqDdnPJ0trHKfNiIqJqgwT2minaQJCJxfKMxrb3Wc7UrP_g_aem_j-6Pu-zA3wXrX2KKGLJ6Ow

Pahang:
https://baitulmal.muip.gov.my/fitrah

Sarawak:
https://pelanggan.tbs.org.my/login

Pulau Pinang:
https://zakatpenang2u.com/my/Payments/PublicZakatFitrahCreate

Selangor:
https://fpx.zakatselangor.com.my/fpx_paynow_dk.asp

Johor:
https://fitrah.maij.gov.my/

Terengganu:
https://ezakat.maidam.gov.my/online/

Sabah:
https://appszakat.sabah.gov.my/zakat/user/index.php

Kedah:
https://jom.zakatkedah.com.my/kirazakat/kz_fitrah.php

Wilayah Persekutuan:
https://zakat2u.com.my/cart/troli?referral=cpc-pmx-u26&gad_source=1&gad_campaignid=23482237385&gbraid=0AAAAADp_Z97xgvHe5tkgf8vbzdLI7zGRc&gclid=EAIaIQobChMIjKbt_sfVkgMVgKJmAh2U4wg6EAAYASAAEgKhrPD_BwE

Negeri Sembilan:
https://www.mains.gov.my/online/fitrah/

Kelantan:
https://efitrah.e-maik.my/

Marhaban ya Ramadan๐ŸŒ™ Salam Ramadan Al Mubarak๐Ÿ™Dan selamat Menunaikan ibadah puasa buat semua muslimin & muslimat..Semoga...
20/02/2026

Marhaban ya Ramadan๐ŸŒ™
Salam Ramadan Al Mubarak๐Ÿ™
Dan selamat Menunaikan ibadah puasa buat semua muslimin & muslimat..
Semoga Allah menerima amalan yg kita kerjakan ,diampunkan dosa2 kita semua, & dimurahkan rezeki, amiin๐Ÿคฒ

16/02/2026

1 HARI LAGI CERAPAN HILAL RAMADAN

Detik yang dinanti kian hampir. Cerapan hilal Ramadan akan dilaksanakan pada 29 Syaaban 1447H bersamaan 17 Februari 2026 (Selasa) sebagai penentuan rasmi permulaan bulan Ramadan.

Bulan ini adalah bulan rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Marilah kita mempersiapkan diri dengan memperbaharui niat, memperbanyakkan istighfar serta meningkatkan amal ibadah.

Semoga Allah SWT mengizinkan kita menyambut Ramadan dalam keadaan sihat dan sejahtera, serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berpuasa dan berqiyam dengan penuh iman dan mengharapkan ganjaran daripada-Nya.







15/02/2026

2 Hari Lagiโ€ฆ Cerapan Hilal Ramadan

Ayuh persiapkan hati, perbetulkan niat dan perbanyakkan doa.

Semoga kita dipilih untuk bertemu Ramadan dan menghidupkannya dengan penuh keikhlasan.






01/02/2026

Fenomena Bulan Penuh

โ€œDan (di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah) Dia yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahayaโ€ฆโ€ (Surah Yunus: 5).

Bulan Penuh malam ini hadir bersama fenomena Pasang Perbani / Pasang Besar, apabila tarikan graviti Bulan dan Matahari menyebabkan air pasang lebih tinggi dan air surut lebih rendah daripada biasa. Penduduk pesisir pantai dan muara sungai dinasihatkan agar lebih berwaspada terutama jika berlaku hujan lebat, sambil kita menikmati keindahan alam dan mentadabbur kebesaran Allah SWT ๐ŸŒ•๐ŸŒŠ






ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏPROGRAM JUALAN RAHMAH :Alhamdulillah, Prog...
20/01/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ
PROGRAM JUALAN RAHMAH :

Alhamdulillah, Program Jualan Rahmah di Perkarangan Masjid As-Saadah Kdast2 , Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 telah diadakan pada Ahad, 18 Jan 2026 jam 8 pagi - 12.30 tgh., sebagai program pembuka tirai 2026. Banyak penyertaan dari pelbagai kategori peniaga IKS menyertai program Jualan Rahmah kali ini. Alhamdulillah , sambutan baik dr masyarakat sekitar kawasan kampung, telah hadir memeriahkan program ni, sejak dr awal pagi lagi.. hingga tamat program ini.

Semoga program yg dianjurkan ini dapat meringankan perbelanjaan masyarakat sekitar dengan Jualan yg rendah & harga berpatutan utk semua, amiin.




Address

MASJID AS SAADAH, Jalan LEBUH RAJAWALI, KG. DATO AHMAD SAID TAMBAHAN 2
Ipoh
30020

Telephone

+60135215573

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid As-Saadah Kdast2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share