28/05/2026
10 Mei 2026 (Ahad)
Mesyuarat Agung Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) telah diadakan pada 10 Mei 2026 (Ahad) dan dirasmikan oleh YBhg. Dato Dr. Haji Fadzli Cheah.
Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato Dr. Haji Fadzli Cheah menzahirkan penghargaan kepada seluruh kariah, pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa yang sentiasa komited dalam memakmurkan masjid serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam komuniti.
Mesyuarat ini dihadiri seramai 35 orang yang terdiri daripada kariah masjid, pegawai masjid serta Ahli Jawatankuasa Masjid.
Mesyuarat berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah, harmoni dan muafakat, dengan setiap ahli memberikan pandangan serta cadangan secara positif demi mencapai kesepakatan bersama untuk kemajuan masjid dan komuniti setempat.