03/06/2018
Lagi seminggu lagi kumpulan cuti peringkat pertama akan balik ke kampung halaman untuk menyambut perayaan. Admin kongsikan beberapa tips asas penyelenggaraan kereta untuk memastikan pemanduan anda lancar dan selamat sampai ke destinasi.
1. Tayar. Peranan utama semasa pemanduan. Make sure tayar kereta tu masih boleh di pakai. Takder la tayar tu botak. Nanti susah nak handle jika jalan basah dan berminyak. Lagipun tayar botak ni merbahaya dan boleh mengakibatkan tayar pecah akibat pemanduan yang terlalu lama, tayar panas dan boleh meletup.
2. Enjin. Sebaiknya, kalau dah lebih 3 bulan, servis la kereta dengan menukar minyak hitam dan oil filter, Biar enjin kereta berganti dengan minyak engin baru untuk perjalanan yang jauh.
3. Brek. Pastikan pad brek masih lagi tebal dan boleh diguna. Kerana semasa bawak kereta, kita akan menggunakan brek setiap minit. Mana tau brek kereta kita sudah haus atau habis, rosak disc brake dan jugak cengkaman yang tidak kemas buatkan kereta boleh terbabas.
4. Radiator. Semasa perjalanan jauh, kereta akan menjadi panas dan perlukan angin dan ‘coolant’ untuk menyejukkan bahagian radiator dan enjin. Ramai yang cuma mengisi air sahaja ke dalam tangki radiator. Ya ini pun boleh menyejukkan radiator, tetapi cuba korang penuhkan tangki radiator tersebut dengan “coolant sepenuhnya. Korang akan perasan aircond akan smooth, enjin juga akan smooth dan kegunaan minyak juga lebih jimat.
5. Tayar “balancing” dan “allignment”. Tayar mestilah dalam keadaan yang betul. Kedudukan pusingan tayar yang betul, tidak benkok, sama seimbang dan selari dengan steering kereta akan menolong korang memandu secara selamat dan comfort. Rims tayar yang bengkok membuatkan pemanduan yang tidak selesa dan bergegar.
6. Air Wiper. Perlu di isi dengan penuh. mana la tau kebetulan korang melalui jalan berdebu dan kotor. Kalau nak jimat, isi tangki wiper anda dengan air sabun atau air shampoo. Ia akan menjadikan cermin kereta korang lagi senang di”wipe” dan cepat bersih. Tidak meninggalkan bunyi bising bila wiper digerakkan.
7. Pastikan “spare” tayar korang ada angin dan boleh digunakan. Pada yang pakai lock nut, jangan lupa bawak sekali. Nanti tak boleh bukak nuts tayar kerana tertinggal “lock nuts”.
8. Aircond juga perlu diservis jika perlu. Sebaiknya boleh check dikedai. Kalau kereta baru, mungkin tak jadi masalah, kalau kereta yang dah lebih 3 tahun, baik tukar penapis filter aircond atau paling teruk, tambah gas aircond.
9. Lampu headlight, signal dan lampu brek kenalah berfungsi. Jangan tiba-tiba terbakar pulak. Susah nanti.
Selain tu, benda-benda sampingan seperti Cable Jumper untuk bateri yang lemah, Lampu Picit untuk emergency, Payung sediakan lah dalam kereta. Mana tau tiba-tiba nak guna.
Last sekali, untuk Tips Servis Kereta termasuk keadaan pemandu. Semestinya pemandu kena la cukup rest. Tak yah nak bawak laju-laju. Jalanraya kat Malaysia ni pun, bukannya bagus sangat. Kekadang sana lubang sini lubang. bawak dengan berhemah. Di jalanraya, kita hormat orang lain, orang lain hormat kita balik.
Selamat memandu dan selamat sampai ke destinasi.