Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan

Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) [Klik untuk Info Selanjutnya]

Ditubuhkan bagi memantapkan lagi kemajuan dan pergerakkan organisasi dakwah serta kebajikan umat Islam di Negeri Perak.

Tarikh : 14 Mei 2019Masa : 07.00 malamTempat : Pertubuhan Pengurusan Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh, Kemunting....
15/05/2019

Tarikh : 14 Mei 2019
Masa : 07.00 malam
Tempat : Pertubuhan Pengurusan Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh, Kemunting.

Alhamdulillah, sekali lagi KADIR menjalankan aktiviti mengeratkan silaturrahim dan berbuka puasa bersama Pelajar Tahfiz, Anak Yatim dan Fakir Miskin. Kali ini bertempat di Pertubuhan Amal Nur Qaseh, Kemunting.

12/04/2019

Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.

Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. Oleh itu mari kita ikuti doa ini untuk dijadikan amalan.

Ya Allah dipagi Jumaat yang mulia ini berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selamat Memperingati Peristiwa Agung "Isra' Mikraj"
02/04/2019

Selamat Memperingati Peristiwa Agung "Isra' Mikraj"

15/03/2019

Tarikh : 13/02/2019 , 9 Malam Tempat : Perkarangan Masjid AL Raudah Kg Paya Nibong Ayer Tawar.Penceramah : Ustaz Dato Ka...
14/02/2019

Tarikh : 13/02/2019 , 9 Malam
Tempat : Perkarangan Masjid AL Raudah Kg Paya Nibong Ayer Tawar.
Penceramah : Ustaz Dato Kazem Elias Al-Hafiz
Tajuk : Silaturrahim Memupuk Kasih Sayang

Majlis ikatan silaturrahim bersama anak2 yatim Tarikh : 24/01/2019Lokasi : Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim darul Sa...
25/01/2019

Majlis ikatan silaturrahim bersama anak2 yatim
Tarikh : 24/01/2019
Lokasi : Pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim darul Salam

Menyempatkan diri beribadahAllah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai...
21/01/2019

Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Assalamualaikum w.b.t, Semoga hari ini kita sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.
07/01/2019

Assalamualaikum w.b.t, Semoga hari ini kita sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.

Perkongsian Doa..
27/12/2018

Perkongsian Doa..

Perkongsian Hadith..
27/12/2018

Perkongsian Hadith..

Diadakan pada 22 disember 2018 di Surau Al-Ansori. Bermula jam 10.00 pagi - 12.00 tghari. Majlis ini merupakan majlis pe...
22/12/2018

Diadakan pada 22 disember 2018 di Surau Al-Ansori. Bermula jam 10.00 pagi - 12.00 tghari. Majlis ini merupakan majlis penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar tahfiz yang telah menamatkan halafan Al-Quran 30 juzuk dan pelajar-pelajar cemerlang.

Tetamu kehormat iaitu Datuk Dr. Azhar bin Ahmad, Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan dijemput khas untuk merasmikan dan memberi sedikit ucapan sempena Hari Anugerah Maahad Tahfiz Al-Ansori. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada warga Al-Ansori atas jemputan yang diberikan.

Majlis berakhir dengan penyampaian anugerah kecemerlangan seterusnya bergambar kenangan bersama-sama dengan pelajar tahfiz serta jamuan makan.

Address

No. 4 & 6, Lengkok Meru Permai 2, Halaman Meru Permai, Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

05-5288360

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan:

Share