30/03/2026
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Dengan segala hormat dan penuh rasa rendah diri, saya ingin memaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Imam Masjid As Sobirin, berkuat kuasa mulai 1 April 2026.
Perletakan jawatan ini dibuat atas faktor ketidakmampuan saya untuk melaksanakan amanah dengan sebaiknya, di samping beberapa sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Sehubungan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala kepercayaan, sokongan, kerjasama dan keprihatinan yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang tempoh saya berkhidmat.
Saya juga dengan penuh keinsafan memohon kemaafan kepada pihak pengurusan masjid, pegawai-pegawai masjid, para jemaah serta seluruh ahli kariah atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai Imam Masjid As Sobirin.
Akhir kata, saya mendoakan semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati kita semua.
*Sekian, terima kasih.*
Yang benar,
Ust. Haji Mohamad Azmi bin Ghazali