Laman Rasmi Surau Diri Jumaat Ar-Rahman, Taman Temara

Laman Rasmi Surau Diri Jumaat Ar-Rahman, Taman Temara LAMAN INI ADALAH LAMAN RASMI BAGI SDJ AR-RAHMAN, TAMAN TEMARA.

SEBARANG PERTANYAAN | MAKLUMAN, SILA HUBUNGI
019-5724346 - EN.ZAID (PENGERUSI)

"MELAHIRKAN INSAN YANG BERTAKWA"

Assalamua'laikum Warohmatullah. Innalillahi Wainnailaihi Rojiuun . Adalah dengan  sedih dan dukacitanya dimaklumkan baha...
24/07/2026

Assalamua'laikum Warohmatullah.
Innalillahi Wainnailaihi Rojiuun .
Adalah dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan bahawa
Tuan Haji Imam Mohd Ali Mohd Noh,
Tuan Guru kita telah kembali ke rahmatullah.
Jenazah sekarang berada di Teluk Intan.
Segala urusan jenazah akan diuruskan di Teluk Intan.
SEMOGA Allah permudahkan segala urusan jenazah beliau di sana dan semoga Allah merahmati mengampunkan dan memulakan roh Allahyarham.
Al-Fatihah.

⚽🤝 LIGA MUHIBBAH SURAU AN-NAJMI 2026"Dari Surau ke Padang, Bersama dalam Ukhwah"Alhamdulillah, pada 5 Julai 2026, Liga M...
05/07/2026

⚽🤝 LIGA MUHIBBAH SURAU AN-NAJMI 2026
"Dari Surau ke Padang, Bersama dalam Ukhwah"

Alhamdulillah, pada 5 Julai 2026, Liga Muhibbah Surau An-Najmi telah berlangsung dengan penuh meriah di padang berhampiran Surau An-Najmi.

Terima kasih kepada 4 pasukan daripada surau-surau kariah berhampiran yang hadir memeriahkan kejohanan ini. Walaupun bersaing di atas padang, ukhwah, hormat-menghormati dan semangat kesukanan tetap menjadi keutamaan.

🏆 Tahniah kepada Bentara FC (SDJ Ar-Rahman) yang berjaya mara ke perlawanan akhir dan seterusnya dinobatkan sebagai Juara Liga Muhibbah Surau An-Najmi 2026! 💪⚽

Lebih manis lagi apabila Bentara FC turut membawa pulang Anugerah Penjaga Gol Terbaik. Tahniah atas usaha dan persembahan yang cemerlang!

Terima kasih kepada semua pemain, penganjur, pengadil, penyokong dan para sukarelawan yang sama-sama menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medan mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan ukhwah sesama kariah.

Di padang kita beraksi, di surau kita bersatu. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan. Insya-Allah. ❤️

Assalamualaikum wbt.Disertakan jadual bulan Julai 2026 bagi kuliah maghrib, kuliah subuh dan tazkirah Jumaat untuk maklu...
29/06/2026

Assalamualaikum wbt.
Disertakan jadual bulan Julai 2026 bagi kuliah maghrib, kuliah subuh dan tazkirah Jumaat untuk makluman semua hadirin.
Para muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Terima kasih.

RABU | 27 MEI 2026 | 10.00 PAGISekitar suasana pelaksanaan ibadah korban di SDJ AR-RAHMAN, Alhamdulillah pada tahun ini ...
27/05/2026

RABU | 27 MEI 2026 | 10.00 PAGI

Sekitar suasana pelaksanaan ibadah korban di SDJ AR-RAHMAN,
Alhamdulillah pada tahun ini 7 ekor binatang korban (5 lembu dan 2 kerbau) dan telah disempurnakan oleh Tuan Pengerusi, En.Zaid bin Mohamed.

RABU | 27 MEI 2026 | 8.30 PAGISuasana sekitar solat sunat Aidiladha, Solat Sunat dan Khutbah dipimpin oleh Ketua Imam, T...
27/05/2026

RABU | 27 MEI 2026 | 8.30 PAGI

Suasana sekitar solat sunat Aidiladha, Solat Sunat dan Khutbah dipimpin oleh Ketua Imam, Tn. Haji Abdul Karim.

KHAMIS | 21 MEI 2026 | 9.00MLMMESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM IBADAH KORBAN SDJ AR-RAHMAN TAMAN TEMARA TAHUN 2026/1447H
21/05/2026

KHAMIS | 21 MEI 2026 | 9.00MLM

MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM IBADAH KORBAN SDJ AR-RAHMAN TAMAN TEMARA TAHUN 2026/1447H

AHAD | 15 MAC 2026 | 5.00PTGProgram serahan bantuan asnaf dan beras fidyah kepada para penerima bagi sesi 2026/1447H di ...
21/05/2026

AHAD | 15 MAC 2026 | 5.00PTG
Program serahan bantuan asnaf dan beras fidyah kepada para penerima bagi sesi 2026/1447H di SDJ Ar-Rahman Tmn.Temara.

Address

DATARAN PENGKALAN BARAT 1, TAMAN TEMARA
Ipoh
31650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Surau Diri Jumaat Ar-Rahman, Taman Temara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share