Kelab Riadah Surau An-Nur

Kelab Riadah Surau An-Nur Page Kelab Riadah ini di buat untuk berkongsi maklumat aktiviti dan perkongsian ilmu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Ustazah Raihani Ibrahim dan Puan Nenny Marlina A...
12/01/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Ustazah Raihani Ibrahim dan Puan Nenny Marlina Anuar atas tunjuk ajar yang penuh ilmu dan bermanfaat sepanjang kursus pengurusan jenazah Muslimat Kariah Surau An Nur.

Sesungguhnya hidup ini sementara, dan mati itu pasti. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi bekalan berharga untuk kita semua dalam mempersiapkan diri menghadapi hari yang pasti tiba.

Hari ini jam 9 pagi , Insya Allah kuliah khas di Surau an Nur  Kampung Tengku Hussein Hujung, Manjoi, Ipoh, Perak. Jempu...
29/12/2024

Hari ini jam 9 pagi , Insya Allah kuliah khas di Surau an Nur Kampung Tengku Hussein Hujung, Manjoi, Ipoh, Perak. Jemput datang yang berhampiran dan berkelapangan. Jamuan makan di sediakan. Marilah datang beramai2.

Aktiviti santai portluck dan melawat Puan Sala, ibunda Suffian.
23/02/2020

Aktiviti santai portluck dan melawat Puan Sala, ibunda Suffian.

Menziarah Makcik Sala di Hospital Bainun.
16/02/2020

Menziarah Makcik Sala di Hospital Bainun.

Gotong royong membersihkan rumah En Sufian serta membantu menguruskan ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
16/02/2020

Gotong royong membersihkan rumah En Sufian serta membantu menguruskan ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

15/12/2019
11/12/2019

Kata Jahil Ja
Naik Angin Terus

10/12/2019

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tidak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui,
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini..

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tidak pernah mengurangkan ketetapanNya..

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi..

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada..

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepada ku..

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku..

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja..

Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusanNya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati..

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya..

Rezeki tidak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan.
Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak,
"Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"..
Halalnya dihisab dan haramnya diazab

Maka, aku tidak boleh merasa irihati pada rezeki orang lain

Jujur bila berkata

Hayati bila membaca

Ikhlas bila menerima..

Mungkin banyak kali dah baca tapi baca lah biar kita sentiasa ingat akan diri kita..

Address

Kampung Tengku Hussin
Ipoh
30020

Telephone

+60102392022

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Riadah Surau An-Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share