Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani

Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani

Alhamdulillah sudah berada di fasa terakhir sebelum projek bermula. Mohon doa dan sokongan semua untuk merealisasikan ke...
14/04/2026

Alhamdulillah sudah berada di fasa terakhir sebelum projek bermula. Mohon doa dan sokongan semua untuk merealisasikan kewujudan sebuah masjid di Bandar Seri Botani Ipoh

Melayu bangsa hebat
03/01/2026

Melayu bangsa hebat

35.5K likes, 890 comments. “Di bawah pasir Pulau Melaka, tersembunyi kisah yang lebih tua daripada nama Parameswara sendiri. Serpihan kayu berusia lebih 800 tahun ditemui dipercayai milik kapal bangsawan Melayu dari abad ke-13. Potongan kayu kecil itu dihantar hingga ke Amerika Syarikat untuk ujia...

28/05/2025

Watch, follow, and discover more trending content.

03/02/2025

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Dengan izin Allah SWT dan doa semua, proses pembinaan Masjid Bandar Seri Botani Ipoh telah berada di titik menyempurnakan konsep binaan oleh arkitek bertauliah dan akan segera mengemukakan permohonan kebenaran membina dari Majlis Bandaraya Ipoh.

Jika tiada aral, kerja pembinaan akan dilaksanakan pada tahun ini di tapak masjid yang telah diwartakan.

Pada peringkat ini Jawatankuasa akan menumpukan usaha ikhtiar untuk mengisi Tabung Pembinaan apatah lagi dengan kos yang kian meningkat.

Dengan segala rendah hati, pihak Jawatankuasa menjemput para dermawan, penyumbang, hartawan dan orang ramai menghulurkan sumbangan wang ringgit bagi menjayakannya misi menzahirkan sebuah masjid di Bandar Seri Botani Ipoh Perak.

MARI INFAQ HARTA FI SABILILLAH

{ وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقۡنَـٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن یَأۡتِیَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَیَقُولَ رَبِّ لَوۡلَاۤ أَخَّرۡتَنِیۤ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ قَرِیبࣲ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِینَ }
[Surah Al-Munāfiqūn: 10]

Assalamualaikum. Kesempatan Ramadhan ini, JK Penaja Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani sekali lagi memasang billboard m...
22/03/2024

Assalamualaikum.

Kesempatan Ramadhan ini, JK Penaja Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani sekali lagi memasang billboard memohon infaq dan sumbangan ramai bagi mengisi tabung pembinaan. Ini adalah kali ketiga billboard di tapak masjid dipasang setelah dua billboard sebelumnya musnah kerana hujan ribut.

Alhamdulillah kali ini ada penaja yang berbesar hati memberi sumbangan khusus untuk sekali lagi billboard ini dipasang. Jazakumullahu semoga dilimpahi keberkatan RAMADHAN.

Jom I N F A Q di bulan penuh keberkatan ini. Insya Allah kerja pembinaan akan dimulakan sedikit masa lagi. Doakan kami !

22/04/2023

Salam Aidil Fitri semoga Allah menerima amalan kita sepanjang Ramadhan. Amin

Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah Yang telah mengurniakan pelbagai ni'mat dan pemberian kepada kita. Semoga Ramadh...
17/04/2023

Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah Yang telah mengurniakan pelbagai ni'mat dan pemberian kepada kita. Semoga Ramadhan yang masih berbaki 4 hari akan menyampaikan kita kepada malam Lailatul Qadar yang dilimpahi keberkatan dan keampunan Ilahi.

Alhamdulillah pada 12 Mac 2023 yang lalu telah berlangsung majlis menandatangani persefahaman dan kerjasama di antara JK Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani Ipoh dengan tenaga Sukarelawan Professional yang akan menguruskan pembinaan Masjid Bandar Seri Botani sehingga siap menggunakan dana dan sumbangan/infaq orang ramai kepada tabung pembinaan Masjid yang diwujudkan seawal tahun 2020.

Jawatankuasa Pembinaan amat menyanjung tinggi atas keprihatinan dan pengorbanan kumpulan Sukarelawan Profesional yang tampil untuk membantu menguruskan pembinaan Masjid ini dengan lebih tertib dan teratur.

Dengan izin Allah, jika semua aspek dokumentasi dan teknikal berkaitan projek diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, kerja-kerja asas pembinaan akan segera dijalankan.

Dipohon doa tuan-tuan dan puan-puan agar projek ini berjalan lancar. Tidak lupa kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana terus menyumbang kepada tabung pembinaan Masjid Bandar Seri Botani Ipoh.

Alhamdulillah, dengan berkat doa semua kami sedang menunggu geran hak milik tapak Masjid Bandar Seri Botani Ipoh dikelua...
29/09/2022

Alhamdulillah, dengan berkat doa semua kami sedang menunggu geran hak milik tapak Masjid Bandar Seri Botani Ipoh dikeluarkan oleh pihak berkenaan. Kesabaran dan kesungguhan adalah kunci kejayaan. Itulah cabaran hidup setiap Muslim. Semoga Allah membimbing kita. Amin.

DIRGAHAYU TUANKUSelamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almar...
05/11/2021

DIRGAHAYU TUANKU

Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Semoga dirahmati dan diberkati Allah.
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada sekalian hamba rakyat.

Apakah maksud  A M A L   JARIAH ?Amal Jariah adalah sumbangan pelbagai bentuk samada harta, matawang, tenaga, ilmu, kepa...
01/11/2021

Apakah maksud A M A L JARIAH ?

Amal Jariah adalah sumbangan pelbagai bentuk samada harta, matawang, tenaga, ilmu, kepakaran dan lain-lain untuk menjayakan pelbagai perkara demi kebaikan agama Islam dan umatnya.

Pahala amal jariah adalah berterusan sifatnya walaupun pelakunya sudah meninggal dunia sekian lama.

Alhamdulillah. Billboard Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani Ipoh dapat dinaikkan semula setelah tumbang dipukul ribut s...
31/10/2021

Alhamdulillah. Billboard Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani Ipoh dapat dinaikkan semula setelah tumbang dipukul ribut sebelum ini.

Jemput menyumbang ke Tabung Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani. InsyaAllah akan menjadi pahala kekal abadi sebagai A M A L J A R I A H.

Doakan kami bagi memudahkan urusan pembinaan ini. Terima kasih.

Address

Ipoh
31350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembinaan Masjid Bandar Seri Botani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category