Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sg Rokam, Ipoh.

Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sg Rokam, Ipoh. Masjid Sg Rokam Ipoh

Sambutan Program Maulidur Rasul 1447HMasjid Idris Iskandar Shah 1, Kg Sg Rokam, IpohAlhamdulillah, pada Khamis, 18 Septe...
21/09/2025

Sambutan Program Maulidur Rasul 1447H
Masjid Idris Iskandar Shah 1, Kg Sg Rokam, Ipoh

Alhamdulillah, pada Khamis, 18 September 2025 (selepas Maghrib) telah berlangsung program Maulidur Rasul dengan tajuk:

✨ β€œMembina Jiwa Merdeka Dengan Cinta Rasul”
πŸ“– Disampaikan oleh: AF Ust Dr Hj Mohd Shafiq bin Sahimi
(Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Islam, UTHM)

Program ini mendapat sambutan baik daripada para jemaah dan masyarakat sekitar. Antara pengisian utama:
βœ… Penerangan tentang erti kemerdekaan jiwa dalam Islam
βœ… Kepentingan menanam rasa cinta dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW
βœ… Motivasi untuk membina kekuatan diri dan masyarakat berlandaskan sunnah

Masjid juga menerima sumbangan infaq dan sedekah daripada para jemaah. Semoga Allah SWT memberkati setiap pemberian dengan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan berpanjangan, insya-Allah.

πŸ’ Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong.
Semoga kita terus istiqamah dalam menghidupkan syiar Islam di bumi Allah ini.

Alhamdulillah, hari ini Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam, Ipoh telah menerima keberangkatan DYAM Raja Di Hilir...
13/06/2025

Alhamdulillah, hari ini Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam, Ipoh telah menerima keberangkatan DYAM Raja Di Hilir Perak yang berkenan menunaikan solat Jumaat bersama jemaah setempat.

Suasana penuh barakah dan penghormatan apabila baginda disambut meriah oleh para jemaah, ahli kariah, serta anak-anak Sekolah Agama Rakyat Sungai Rokam yang turut sama memeriahkan kehadiran tetamu diraja.

🌟 Kehadiran DYAM Raja Di Hilir bukan sekadar simbol kebesaran, tetapi lambang kasihnya raja kepada rakyat, serta sokongan terhadap institusi masjid sebagai nadi komuniti.

Terima kasih kepada semua pihak yang mengalu-alukan kehadiran DYAM Raja Di Hilir ke masjid kita kali ini. Semoga ukhuwah antara kepimpinan dan rakyat terus mekar, dan masjid terus dimakmurkan oleh hati-hati yang cinta akan Allah dan Rasul.

Majlis Korban 1446HAlhamdulillah, selesai sudah Majlis Korban tahun ini dengan lancar dan penuh semangat gotong-royong! ...
11/06/2025

Majlis Korban 1446H

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Korban tahun ini dengan lancar dan penuh semangat gotong-royong! πŸ€²πŸ„πŸ

Dari seawal 7 pagi, para sukarelawan mula berkumpul bagi mendaftar dan bersarapan, sebelum diberi taklimat serta pembahagian tugas. Proses korban dijalankan secara berperingkat β€” dari penyembelihan, melapah, membungkus hinggalah ke agihan.

Antara pengisian sepanjang program:
βœ… Taklimat & SOP korban
βœ… Penyembelihan & proses melapah
βœ… Pembungkusan & pengurusan daging
βœ… Agihan kepada peserta & asnaf

Majlis diakhiri dengan agihan daging korban kepada fakir, miskin dan asnaf yang layak, serta ucapan penghargaan kepada semua petugas.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini β€” semoga setiap titisan peluh menjadi saham akhirat, amin! 🌸

Berkesempatan menghadiri Taklimat Sistem Pengurusan Masjid & Surau pada hari ini.Satu pendedahan yang sangat bermanfaat ...
17/05/2025

Berkesempatan menghadiri Taklimat Sistem Pengurusan Masjid & Surau pada hari ini.

Satu pendedahan yang sangat bermanfaat dalam usaha memodenkan pengurusan masjid melalui sistem digital.

Insya-Allah, semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkasa pengurusan masjid ke arah yang lebih cekap dan berkesan.




🌟 Alhamdulillah, Program Lawatan Sosial Little Caliphs Permata Ilham Telah Berlangsung Dengan Jayanya 🌟Pada Khamis, 15 M...
17/05/2025

🌟 Alhamdulillah, Program Lawatan Sosial Little Caliphs Permata Ilham Telah Berlangsung Dengan Jayanya 🌟

Pada Khamis, 15 Mei 2025, Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sg Rokam telah menerima kunjungan istimewa daripada anak-anak comel dan guru-guru Little Caliphs Permata Ilham dalam sebuah program lawatan sosial dan solat dhuha berjemaah.

✨ Bermula dengan sarapan pagi dan sesi perkenalan, Pengacara Majlis iaitu Tn Hj Jaafar mengalu-alukan kehadiran anak-anak Little caliph ini. Dengan gaya bersahaja, anak2 begitu tertarik dgn "Atuk Pa' mereka. Program seterusnya menjemput Pengerusi Masjid, Tn Hj Mohd Rais untuk berucap sepatah dua kata meraikan rombongan ini buat pertama kalinya mengadakan Lawatan Sosial Dan Solat Dhuha berjemaah.

Setelah itu, Anak2 dibawa melawat ke sekitar masjid β€” bermula dengan kawasan kebun masjid, Mimbar, Bilik imam, Bilik PA System. Ruangan Bilal melaungkan azan, Pusat Sumber, Pusat Komputer dan akhirnya ke ruangan bilik jenazah sambil ditunggu oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah yang memberi penerangan ringkas tentang pengurusan jenazah.

Disamping itu, AJk bertugas menunjukkan dan menerangkan adab2 ketika berada di dalam masjid, antaranya membaca doa masuk masjid, bermula dengan langkah kaki kanan, menyusun kasut dengan tertib, tidak membuat bising dan tidak lupa membuat infak pada tabung2 yang disediakan di dalam masjid

Setelah selesai sesi lawatan, anak2 Little Caliph Permata Ilham membuat persiapan untuk solat dhuha berjemaah dengan mengambil wudhuk secara bergilir-gilir sambil dibimbing oleh teacher-teachernya.

Alhamdulillah, selesai solat dhuha pertama mereka di Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sg Rokam , Ipoh.

Sedikit buah tangan untuk anak2 Little Caliph Permata Ilham diedarkan dari pihak masjid yang mewakili komuniti/ jemaah Masjid dan Kampung Sg Rokam

πŸ“½οΈ Program diakhiri dengan tayangan filem pendek motivasi β€œBilal The Movie” dan majlis penutup.

Pihak masjid mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

Semua guru dan peserta dari Little Caliphs Permata Ilham.

Terima Kasih buat Barisan AJK dan petugas masjid yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Rais, Hj Jaafar, Hj Mohd Amin, Cikgu Fauzi, Hj Taza, Hjh Naima dan En Firdaus atas komitmen dan kerjasama padu sepanjang program ini.

πŸ’– Semoga pengalaman hari ini menyemai kecintaan anak-anak kepada masjid dan menambah keberkatan dalam hidup kita semua.

"Masjid Mesra Ummah β€” Tempat Bertemu, Belajar dan Berinspirasi"






🌱 Taklimat & Tunjuk Ajar Urban Farming di kawasan Masjid  🌿Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1 telah menerima kunjungan d...
14/05/2025

🌱 Taklimat & Tunjuk Ajar Urban Farming di kawasan Masjid 🌿

Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1 telah menerima kunjungan dan bimbingan daripada Pegawai Pejabat Pertanian bagi memperkenalkan konsep Urban Farming yang boleh dilaksanakan di kawasan masjid.

Taklimat ini membuka ruang dan peluang untuk memanfaatkan tanah yang ada dengan aktiviti pertanian moden yang mampan serta menjana manfaat ekonomi dan komuniti.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha ini. Semoga masjid terus menjadi pusat ilmu, amal dan pembangunan ummah! πŸ’š

β€œRM900 je, dah boleh korban tahun ni "Tak sempat cari tempat korban?Tenang, Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sg Rokam Ipoh,...
12/05/2025

β€œRM900 je, dah boleh korban tahun ni "

Tak sempat cari tempat korban?
Tenang, Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sg Rokam Ipoh, Perak dah sediakan semuanya!
Korban berkumpulan, senang, jimat, dan pahala besar menanti 🌟

πŸ“ Lokasi: Sungai Rokam, Ipoh
πŸ’° RM900 satu bahagian / RM6300 seekor
☎️ Tempahan mudah: Hj Daelami – 019-511 5020

Nak korban tapi tak tahu nak mula kat mana?
Kami mudahkan semuanya. Tinggal join je!

[πŸ“² WhatsApp Sekarang] atau [Tempah Segera] 019-511 5020

Taklimat Pengurusan Integriti Anggota Jawatankuasa Kariah Negeri Perak  πŸ“… 29 April 2025  ( Selasa)πŸ“ Dewan Saidina Abu Ba...
01/05/2025

Taklimat Pengurusan Integriti Anggota Jawatankuasa Kariah Negeri Perak
πŸ“… 29 April 2025 ( Selasa)
πŸ“ Dewan Saidina Abu Bakar, INTIM, Ipoh
πŸ“Œ Anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

Alhamdulillah, satu sesi **Taklimat Pengurusan Integriti** telah berjaya diadakan, disampaikan oleh YBhg Dato' TPj Ahmad Sabri Bin Mohamed, Pengarah SPRM Perak. Program ini menghimpunkan wakil-wakil kariah sebagai langkah memperkukuh budaya tadbir urus yang berasaskan integriti, ketelusan dan akauntabiliti.

Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sg Rokam turut diwakili oleh:
🀝 Tn Hj Mohd Rais Bin Ramli (Pengerusi Kariah)
🀝 Tn Hj Mohd Amin Bin Ahmad Ghazali (AJK)
🀝 Cikgu Fauzi Bin Hamad (AJK)

Moga bimbingan dan peringatan yang disampaikan menjadi pencetus kepada **budaya kerja kariah yang lebih amanah, bertanggungjawab dan bebas daripada unsur salah guna kuasa.** Semoga masjid terus menjadi institusi yang diyakini dan disayangi masyarakat.







Alhamdulillah, Majlis Berjalan Lancar! Syukur ke hadrat Allah SWT, Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Idris Iskandar ...
28/04/2025

Alhamdulillah, Majlis Berjalan Lancar!

Syukur ke hadrat Allah SWT, Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam dan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Bakal Jemaah Haji telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis oleh saudara Azrul Azwan dengan serangkap pantun, mengalu-alukan kehadiran semua jemaah dan jemputan. Bagi mendapat keberkatan majlis, Al Fadhil Ustad Hj Abdollah Bin Ahmad Ridwan di jemput untuk membacakan doa.

Majlis diteruskan dengan ucapan penuh bermakna oleh Tuan Haji Mohd Rais Bin Ramli, Pengerusi Kariah, diikuti perasmian oleh Ustaz Nor Hilmi bin Salimi Khoiren dari Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh.

Kami juga berbesar hati melancarkan Laman Web Rasmi Masjid sebagai langkah memperkukuhkan komunikasi bersama kariah dan menambah lagi ruang akses bagi aktiviti dakwah.

Tahniah diucapkan kepada para bakal jemaah haji yang menerima sumbangan – semoga perjalanan haji tuan-tuan dan puan-puan dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur, insya-Allah. 🀲

Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan dan diakhiri dengan Jamuan Raya yang meriah penuh ukhwah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini.
Semoga usaha kita bersama ini diberkati dan menjadi asbab kariah kita terus maju dan harmoni, insya-Allah.

** **

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat untuk Bakal Jemaah HajiAlhamdulillah, pada malam Jumaat yang penuh keberkatan ini, jem...
24/04/2025

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat untuk Bakal Jemaah Haji

Alhamdulillah, pada malam Jumaat yang penuh keberkatan ini, jemaah kariah Masjid Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam, Ipoh Perak telah bersama-sama mengimarahkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat.

Majlis ini diadakan untuk mendoakan keselamatan, kelancaran dan keberkatan perjalanan bakal jemaah haji dari Sg Rokam yang akan menunaikan rukun Islam yang ke-5 tidak lama lagi. 🌟

Sama-sama kita doakan agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, mendapat haji yang mabrur, dan selamat pergi serta kembali. 🀲🏼✨








---

Address

Jalan Rokam, Kampung Sungai Rokam
Ipoh
31350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sg Rokam, Ipoh. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sg Rokam, Ipoh.:

Share

Category