Masjid Syed Muhammad Jamalullail

Masjid Syed Muhammad Jamalullail Masjid Syed Muhammad Jamalullail

Assalamualaikum wbt..Bagi pihak masjid dan seluruh barisan ajk, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluru...
27/05/2026

Assalamualaikum wbt..

Bagi pihak masjid dan seluruh barisan ajk, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli kariah dan jemaah MSMJ yang bergotong royong menjayakan majlis qurban pada hari ini.

Alhamdulillah, dengan kerjasama yg diberikan , dengan kehadiran lebih 210 sukarelawan/ petugas, perjalanan majlis qurban kali ini berjalan dengan lancar bermula dari kerja² menumbang, menyembelih, melapah, menimbang daging, memotong tulang , pembahagian daging dan kerja² memasak.

Saya juga mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau ada perkara² yang terlepas pandang dlm menguruskan pelaksaan qurban tahun ini.

Mudah²an Allah memberkati segala usaha kita bersama.

Pengerusi
MSMJ

7 Mei 2026. Penyampaian Sijil Penghargaan dan Saguhati daripada Pihak Masjid Syed Muhammad Jamalullail kepada calon SPM ...
08/05/2026

7 Mei 2026. Penyampaian Sijil Penghargaan dan Saguhati daripada Pihak Masjid Syed Muhammad Jamalullail kepada calon SPM 2025 yg cemerlang.

Tahniah kepada pelajar dan ibubapa yang berjaya.

Kepada ahli kariah/ ahli jemaah yang mengenali seorang lelaki berbangsa cina yang selalu berada di masjid kita dan memba...
06/05/2026

Kepada ahli kariah/ ahli jemaah yang mengenali seorang lelaki berbangsa cina yang selalu berada di masjid kita dan membantu Cikgu Mokhtar membersihkan kawasan masjid kita, beliau telah meninggal dunia tengah malam tadi.

Lelaki ini cukup istimewa , khasnya bagi kami yg selalu berada di kawasan masjid dimana walaupun beliau belum sempat bershahadah, beliau hampir setiap hari akan datang ke masjid kita, pada waktu pagi menolong Mad , anak Cikgu Basha , menyiram pokok² bunga masjid kita dan juga menolong Cikgu Mokhtar berkaitan dengan keceriaan masjid kita secara sukarela dan tidak pernah mahu utk terima sebarang upah/ pemberian.
Beliau juga akan datang semula di waktu petang , duduk di pondok dan juga membersihkan dedaunan yg jatuh dan juga menolong memotong rumput sambil berbual- bual dengan kita.

Beliau juga selalu berkata kepada saya : Encik, saya seronok sangat berada di kawasan masjid ini, hati terasa tenang duduk kat sini.

Kita panggil beliau Ah Yew.
Kita kehilangan insan, yg belum sempat diberikan hidayah, yg sempat berbuat kerja² sukarela di masjid kita yg amat jarang² berlaku.

Semalam , tengahari , beliau masih mencabut rumput di celah pasu² bunga berdekatan pondok kita, dan itu rupanya kali terakhir beliau di masjid kita.

Semoga menjadikan kita untuk lebih bersemangat berbuat baik untuk masjid kita dengan kerja² sukarela.

Pada 14 April 2026 Masjid Syed Muhammad Jamalullail telah dilawati oleh anak-anak dan guru-guru dari Tadika The Little C...
17/04/2026

Pada 14 April 2026 Masjid Syed Muhammad Jamalullail telah dilawati oleh anak-anak dan guru-guru dari Tadika The Little Caliphs Kampung Melayu.

Semoga dengan lawatan ini dapat memberikan inspirasi dan kebiasaan kepada anak-anak sejak kecil untuk mencintai dan hadir ke masjid.

5 April 2026 | 16 Syawal 1447Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H Masjid Muhammad Jamalullail. Gambar² sekitar majli...
06/04/2026

5 April 2026 | 16 Syawal 1447

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H Masjid Muhammad Jamalullail. Gambar² sekitar majlis berlangsung.

5 April 2026 | 16 Syawal 1447Sekitar perjalanan Forum: Pengurusan Pusaka - Hibah, Harta Sepencarian, Wasiat & Faraid.
06/04/2026

5 April 2026 | 16 Syawal 1447

Sekitar perjalanan Forum: Pengurusan Pusaka - Hibah, Harta Sepencarian, Wasiat & Faraid.

Kepada ahli kariah dan jemaah MSMJAlhamdulillah, dengan izin Allah dan doa seluruh ahli kariah dan jemaah, majlis Forum ...
05/04/2026

Kepada ahli kariah dan jemaah MSMJ

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan doa seluruh ahli kariah dan jemaah, majlis Forum Pengurusan Pusaka dan majlis Sambutan Aidil Fitri 1447 MSMJ, berjalan dengan lancar dan cukup meriah.

Terima kasih kepada ahli kariah dan tetamu yang hadir atas sambutan yang menggalakkan.

Terima kasih juga kepada rakan2 Ajk , para penyumbang untuk jamuan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini, termasuk rakan kolaborasi program iaitu pihak Maybank Islamic.

Bagi pihak masjid , saya mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam pengendalian majlis kali ini.

Pengerusi
MSMJ

Jabatan M***i Neg Prk - buku digital tadabbur Surah Al-Mulk.
21/02/2026

Jabatan M***i Neg Prk - buku digital tadabbur Surah Al-Mulk.

E-Book Tadabbur Surah Al-Mulk Kuasa Dunia & Akhirat

Alhamdulillah. Pagi tadi pihak masjid menerima kunjungan YB Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng dan YB Wong Chai Yi , Adu...
09/07/2025

Alhamdulillah. Pagi tadi pihak masjid menerima kunjungan YB Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng dan YB Wong Chai Yi , Adun Simpang Pulai ke Masjid Syed Muhammad Jamalullail .

Pihak masjid telah memaklumkan kepada YB berkaitan dengan kemudahan infra di masjid ini yang perlu dibuat dan ditambah baik seperti penyediaan ruang untuk menguruskan jenazah, menambah baik ruang letak motosikal yang sedia ada, memindahkan meter TNB ke tempat yang lebih selamat (meter TNB yang sedia ada bersambung dengan bangunan, dan pernah berlaku kebakaran wayar).

Bagi tujuan itu, pihak masjid telah memohon peruntukan dari YB yang mana anggaran kos keseluruhan adalah lebih dari RM 100,000.00

Alhamdulillah, pihak YB telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 50,000.00 kepada pihak masjid. Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak YB di atas kelulusan peruntukan ini.

Pihak masjid akan cuba mencari sumber kewangan dari sumber- sumber yang lain bagi mencukupkan penyempurnaan projek yang kita rancang dengan doa dan bantuan ahli kariah sekalian.

Mudah-mudahan Allah akan sentiasa memberkati usaha kita.

Pengerusi
MSMJ


Address

Persiaran Sri Ampang 3
Ipoh
31350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Syed Muhammad Jamalullail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Syed Muhammad Jamalullail:

Share