Kafa Masjid Batu Lima

Kafa Masjid Batu Lima Kelas Pendidikan Asas Fardhu Ain

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Muhammad Aqil Rifqi dan Ulfaa Imani, murid terbaik UPKK 2025 ...
09/07/2026

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Muhammad Aqil Rifqi dan Ulfaa Imani, murid terbaik UPKK 2025 yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A serta menerima pengiktirafan pada Majlis Anugerah Bitara UPKK Daerah Kuala Muda bagi tahun 2026.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

Turut mengiringi para penerima anugerah ialah empat orang guru pengiring yang juga merupakan guru Tahun 5 (2025). Terima kasih atas segala bimbingan, pengorbanan dan komitmen dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya mencapai kecemerlangan.

Semoga Muhammad Aqil Rifqi dan Ulfaa Imani terus cemerlang dalam setiap langkah dan menjadi insan yang berilmu, berakhlak serta berjaya di dunia dan akhirat.

Tahniah sekali lagi! 🌹

🌸 Majlis Taklimat Penataran UPKK Bersama Waris Murid Tahun 4 & 5 🌸"Ilmu disemai, kejayaan dituai."Alhamdulillah, Majlis ...
28/06/2026

🌸 Majlis Taklimat Penataran UPKK Bersama Waris Murid Tahun 4 & 5 🌸

"Ilmu disemai, kejayaan dituai."

Alhamdulillah, Majlis Taklimat Penataran UPKK bersama waris murid Tahun 4 & 5 telah berlangsung dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Rois bin Hamzah, Pengerusi KAFA, serta Ustazah Nur Atikah Loh Binti Mohd Ikram Loh, Penyelia KAFA Kawasan Gurun Daerah Kuala Muda, atas kesudian hadir dan menyampaikan taklimat serta perkongsian yang amat bermanfaat.

Terima kasih juga kepada semua waris yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan memberikan kerjasama demi kecemerlangan anak-anak dalam menghadapi peperiksaan UPKK.

Tidak dilupakan, sekalung penghargaan buat seluruh warga guru KAFA Masjid Batu 5 atas segala usaha, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan dipermudahkan Allah SWT demi kejayaan anak-anak kita.

🌹 Majlis Perpisahan & Sambutan Pengerusi KAFA 🌹Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tangan;Jasa yang jauh teta...
19/06/2026

🌹 Majlis Perpisahan & Sambutan Pengerusi KAFA 🌹

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Jasa yang jauh tetap diingat selalu,
Budi yang baik menjadi kenangan.

Alhamdulillah, pada hari Isnin malam 15/6/2026 yang lalu telah berlangsung Majlis Perpisahan bagi meraikan Ustaz Zamri bin Hj Adam yang menamatkan khidmat sebagai Pengerusi KAFA. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan.

Dalam masa yang sama, warga guru mengalu-alukan kehadiran Ustaz Abdul Rois bin Hamzah sebagai Pengerusi KAFA yang baharu. Semoga terus membawa kecemerlangan dan keberkatan kepada KAFA.

MAJLIS IHTIFAL DAERAH KUALA MUDA 2026Alhamdulillah, pada 11 Jun 2026, seramai 12 orang guru telah menghadiri Majlis Ihti...
11/06/2026

MAJLIS IHTIFAL DAERAH KUALA MUDA 2026

Alhamdulillah, pada 11 Jun 2026, seramai 12 orang guru telah menghadiri Majlis Ihtifal Daerah Kuala Muda yang berlangsung di KAFA Masjid Al-Muhajirin, Taman Bandar Baru, Sungai Petani.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid kami, Nurul Irdina Nasuha Binti Hafiz Azhari, atas kejayaan meraih Naib Johan (Tempat Kedua) bagi Kategori Tulisan Jawi Perempuan. Pertandingan telah berlangsung lebih awal dan majlis hari ini adalah bagi penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha dan cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum.
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.
:::
Tahniah kepada Nurul Irdina Nasuha dan seluruh warga kafa atas pencapaian yang membanggakan ini. 🌹👏

Seluruh warga kafa [ Guru-guru Kafa Masjid Batu 5 ] ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada mu...
02/04/2026

Seluruh warga kafa [ Guru-guru Kafa Masjid Batu 5 ] ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid² yang terlibat menyertai MAJLIS IHTIFAL KAFA KAWASAN GURUN pada 02 April 2026 bertempat di Kafa Masjid Al Muhajirin Taman Bandar Baharu Sg Lalang dalam acara tilawah Al-Quran, bercerita kisah Al-Quran dan hafazan. Semoga pengalaman ini akan menjadi satu memori yang tak dapat dilupakan bagi murid² yang terlibat.

Tak dilupakan juga kepada guru-guru pembimbing yang terlibat sepanjang persediaan membantu anak2 murid sebelum hari majlis Ihtifal berlangsung.

Tahniah juga diucapkan kepada Firas Shahid kerana berjaya meraih tempat kedua di dalam acara bercerita kisah Al-Quran(lelaki) dan tak dilupakan juga kepada murid² lain yang terlibat secara langsung dalam majlis Ihtifal kali ini.

Budak-budak bermain galah
Bermain galah di tepian gelanggang
Ada yang menang ada yang kalah
Itulah dia adat pertandingan.

Pada 1 Mac 2026 bertempat di KAFA Masjid  Al-Muhajirin Bandar Baharu Sungai Petani telah berlangsungnya majlis Khat & Pe...
01/04/2026

Pada 1 Mac 2026 bertempat di KAFA Masjid Al-Muhajirin Bandar Baharu Sungai Petani telah berlangsungnya majlis Khat & Penulisan Jawi Contest 4.0 Daerah Kuala Muda dan mewakili Kafa Masjid Batu Lima Akif Danial & Irdina Nasuha dalam acara tulisan jawi dan Harraz Iman & Safiya Irdina dalam acara tulisan khat.

Tahniah diucapkan kepada Irdina Nasuha kerana berjaya meraih tempat kedua dalam acara tulisan jawi.. pada yang lain walau tidak berjaya kamu semua dah beri komitmen yg terbaik 👏🏼👍🏼

Teruskan berusaha yang lebih terbaik untuk pertandingan kafa yang akan datang.Jangan menyerah 🤗🤗

Tahniah diucapkan kepada murid² tahun 5 sesi 2025 yang sudah pun mengetahui keputusan UPKK 2025 baru² ini. Semua ini ata...
04/03/2026

Tahniah diucapkan kepada murid² tahun 5 sesi 2025 yang sudah pun mengetahui keputusan UPKK 2025 baru² ini. Semua ini atas usaha & doa anda semua.. ini bukan penamatnya lagi masih jauh perjalanan kamu semua teruskan memartabatkan ilmu agama ke tahap yang lebih tinggi.. Ustaz² & ustazah² semua sangat bangga dengan prestasi kamu semua 🥰🥳

P/S : pada murid yang masih belum datang mengambil keputusan boleh datang ke kafa pada hari kafa waktu pagi sahaja

06/01/2026

Pergi berlayar ke pulau seberang,
Singgah sebentar di tepi jeti;
Sepuluh tahun jasa dikenang,
Ustazah Nagihah pendidik sejati.

Dari 2015 hingga 2025,
Ilmu dicurah penuh ikhlas;
Selamat maju jaya di tempat baharu nanti,
Semoga berkat mengiringi setiap langkah dan nafas. 🤲✨

Bunga seroja di tepi perigi,
Harum mewangi pagi berseri;
Ke mana jua langkah pergi,
Jangan lupa kami di sini,
Doa kami sentiasa mengiringi. 🌸

Gee Jer

Supaya tidak mudah digoda syaitan,Perbanyaklah kalian membaca Al-quran,Sebab Alquran adalah pedoman,Kuatkan hati dan jug...
14/12/2025

Supaya tidak mudah digoda syaitan,
Perbanyaklah kalian membaca Al-quran,
Sebab Alquran adalah pedoman,
Kuatkan hati dan juga iman.

Tahniah diucapkan kepada semua murid tahun 5 yang terpilih untuk menyelesaikan khatam Al-Quran peringkat Kafa Masjid Batu Lima pada 14/12/2025.. semoga segala teguran hukum tajwid dapat diamalkan sampai bila²..

Address

Gurun

Opening Hours

Monday 08:00 - 11:00
14:30 - 17:30
Tuesday 08:00 - 11:00
14:30 - 17:30
Sunday 08:00 - 11:00
14:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kafa Masjid Batu Lima posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share