Masjid Mukim Kuala Betis

Masjid Mukim Kuala Betis Selamat datang ke page rasmi Masjid Mukim Kuala Betis

Assalamualaikum w.b.t. muslimin dan muslimat! Dijemput hadir beramai-ramai untuk mengimarahkan Majlis Ilmu & Penyampaian...
15/05/2026

Assalamualaikum w.b.t. muslimin dan muslimat! Dijemput hadir beramai-ramai untuk mengimarahkan Majlis Ilmu & Penyampaian Khas yang akan berlangsung di Masjid Mukim Kuala Betis.
Program bermanfaat ini dianjurkan dengan kerjasama daripada pertubuhan sejahtera insani kelantan bagi menyemarakkan lagi majlis ilmu di kariah kita.
Mari bersama-sama meluangkan masa untuk menimba ilmu daripada dua sesi ceramah istimewa yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan, Al-Fadhil Ustaz Masri Che Yusoff.

Bagi para jemaah yang ingin melakukan amal jariah, saluran sumbangan turut disediakan melalui imbasan DuitNow QR atau sumbangan terus ke akaun Bank Islam (03063010015271) dan Bank Muamalat (03070000003714).

Ayuh lapangkan masa, ajak keluarga serta sahabat handai untuk sama-sama hadir ke taman syurga dunia ini. Semoga langkah kita ke masjid ini diberkati dan diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

Alhamdulillah 🤲✨Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh anak mukim ya...
14/03/2026

Alhamdulillah 🤲✨

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh anak mukim yang telah hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa yang telah dianjurkan. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna dalam mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan khas kepada barisan AJK masjid serta pihak muslimat yang telah bertungkus-lumus mencurahkan tenaga, masa dan usaha bagi menjayakan majlis ini dengan begitu lancar. Semoga segala pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT. 🤍

Mudah-mudahan kebersamaan seperti ini terus berkekalan dan menjadi asbab keberkatan kepada kita semua. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. 🌙

🌙 Majlis Berbuka Puasa & Pembahagian Wang Fidyah 🌙Dengan penuh rasa syukur dan semangat ukhuwah Ramadhan, marilah kita b...
08/03/2026

🌙 Majlis Berbuka Puasa & Pembahagian Wang Fidyah 🌙

Dengan penuh rasa syukur dan semangat ukhuwah Ramadhan, marilah kita bersama-sama menghadiri Majlis Berbuka Puasa & Pembahagian Wang Fidyah yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 13 Mac 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Masjid Mukim Kuala Betis

✨ “Tautan Kasih Ramadhan” ✨

Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat serta berkongsi rezeki dan keberkatan di bulan yang mulia ini.

🤲 Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa.

Semoga kehadiran kita semua diberkati dan menjadi asbab bertambahnya kasih sayang serta ukhwah dalam komuniti. 💙🌙

🌙 Ceramah Ambang Ramadhan 1447H | 2026M 🌙Ayuh bersama-sama kita menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan dengan ...
13/02/2026

🌙 Ceramah Ambang Ramadhan 1447H | 2026M 🌙

Ayuh bersama-sama kita menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan dengan menghadiri Ceramah Ambang Ramadhan di Masjid Mukim Kuala Betis pada 16 Februari 2026 (Isnin), selepas Solat Maghrib bersama AF Ustaz Saifuldin Bin Mohamed.

Semoga pertemuan ini menjadi asbab untuk kita mempersiapkan hati, memperbaharui azam dan meningkatkan amal dalam menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

📍 Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Sebarkan dan ajak keluarga serta sahabat bersama. 🤲

Program Bacaan Yasin Malam Nisfu Sya’ban di Masjid Kuala Betis telah dilaksanakan dalam suasana sederhana dan bergelap a...
03/02/2026

Program Bacaan Yasin Malam Nisfu Sya’ban di Masjid Kuala Betis telah dilaksanakan dalam suasana sederhana dan bergelap akibat ketiadaan bekalan elektrik. Namun keadaan tersebut tidak menghalang para jemaah untuk terus berhimpun dengan penuh khusyuk, mengalunkan ayat-ayat suci serta memanjatkan doa dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT. Sesungguhnya, ketiadaan cahaya dunia tidak pernah memadamkan cahaya iman di dalam hati.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir memeriahkan majlis, serta kepada para AJK masjid dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga setiap usaha, pengorbanan dan doa yang dipanjatkan diterima serta dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.

Malam yang dinanti, penuh rahmat dan keampunan kembali lagi.Bersempena Nisfu Sya’ban, marilah kita hadir menghidupkan ma...
31/01/2026

Malam yang dinanti, penuh rahmat dan keampunan kembali lagi.
Bersempena Nisfu Sya’ban, marilah kita hadir menghidupkan malam yang mulia dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat, sambil menyantuni amanah ummah melalui Agihan Wang Bantuan Awal Persekolahan daripada pihak Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

📍 Masjid Mukim Kuala Betis
🗓 Isnin, 2 Februari 2026
🕌 Selepas Maghrib

Malam doa diangkat, dosa diampunkan, hati disatukan.
Jangan lepaskan peluang menjadi tetamu rahmat Allah SWT.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaah yang hadir dan memeria...
17/01/2026

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaah yang hadir dan memeriahkan Program Israk Mikraj bersama Alfadhil Ustaz Abu Maryam serta Majlis Penyampaian Fidyah. Kehadiran dan sokongan para jemaah amatlah dihargai dan menjadi tunjang kepada kejayaan program ini. Semoga segala amal ibadah dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Pihak masjid juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid, khususnya barisan Muslimat, yang telah bertungkus-lumus mencurahkan tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan program ini. Segala usaha, pengorbanan dan keikhlasan yang ditunjukkan amatlah dihargai dan semoga mendapat balasan sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

🌙 Israk Mikraj: Bukan sekadar sejarah, tetapi cermin untuk diri kita.Ayuh hadiri Ceramah Perdana Israk Mikraj“Muhasabah ...
11/01/2026

🌙 Israk Mikraj: Bukan sekadar sejarah, tetapi cermin untuk diri kita.

Ayuh hadiri Ceramah Perdana Israk Mikraj
“Muhasabah Dari Peristiwa Israk Mikraj”

🕌 Masjid Mukim Kuala Betis
🗓 Jumaat, 16 Januari 2026 | ⏰ 7.00 malam

Jom hidupkan malam Jumaat dengan ilmu dan peringatan.

Pakat ajok belako adik kakok ibu ayoh jiran tetangga 😊.

20/10/2025
20/10/2025

20/10/2025

15/10/2025
07/10/2025Insyaa Allah akan mulai dibina, ruang solat tambahan untuk solat jumaat. Untuk infaq atau menyumbang:BANK MUAM...
07/10/2025

07/10/2025
Insyaa Allah akan mulai dibina, ruang solat tambahan untuk solat jumaat.

Untuk infaq atau menyumbang:
BANK MUAMALAT (JAWATANKUASA MASJID KUALA BETIS) 03070000003714

BANK ISLAM (TETUAN JAWATAN KEMAJUAN AGAMA MASJID KUALA BETIS) 03063010015271

Address

Kuala Betis
Gua Musang
18300

Telephone

+601114544290

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Kuala Betis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category