Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra

Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra Pembinaan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang telah siap sepenuhnya pada 11 Mac 1991.

Pada 4 April 1999 masjid ini dengan rasminya dijadikan masjid (Jumaat) bagi Mukim Bandar Baru, Gua Musang dan Sebagai Masjid Bandar (Masjid Kepala Jajahan).

07/08/2026

πŸ•€ : KHUTBAH JUMAAT [GAYA HIDUP BERSYARIAT]
πŸ“† : Jumaat, 07 Ogos 2026
πŸ•Œ : Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang, Kelantan.
Khatib : Mohd Amirul Fahmi bin Abdul Rashid (Imam Muda)
Muaazin : Haji Ismail bin Mamat
------------------------------------------------------
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:
🏧AKAUN MAYBANK
(πŸ“πŸ“πŸ‘πŸŽ πŸ’πŸ•πŸ“πŸ’ πŸ‘πŸ•πŸ–πŸ—)
[𝐉/𝐊 π”π‘π”π’π„π“πˆπ€ πŒπ€π’π‰πˆπƒ π“π„ππ†πŠπ” πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π…π€πˆπ™ 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀]
🏧AKAUN MUAMALAT
(πŸŽπŸ‘πŸŽπŸ• 𝟎𝟎𝟎𝟎𝟎𝟎 πŸ”πŸ•πŸπŸ)
[πŒπ€π’π‰πˆπƒ π“π„ππ†πŠπ” πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π…π€πˆπ™ 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀]

π‰π€πŒπ”π€π πŒπ€πŠπ€π ππ€π†πˆ π‰π”πŒπ€π€π“Alhamdulillah, setiap hari Jumaat Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra menyediakan Jamuan Ma...
07/08/2026

π‰π€πŒπ”π€π πŒπ€πŠπ€π ππ€π†πˆ π‰π”πŒπ€π€π“

Alhamdulillah, setiap hari Jumaat Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra menyediakan Jamuan Makan Pagi selepas Solat Subuh sebagai tanda ukhuwwah dan menghidupkan suasana masjid.

Semoga setiap sumbangan, tenaga dan kehadiran para jemaah menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT.

πŸ“ Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang

β€œMari hidupkan pagi Jumaat dengan solat berjemaah, zikir, ilmu dan menjamu selera bersama.”

π“π„πŒπ”πƒπ”π†π€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ€π’π‰πˆπƒ πŒπ”πŠπˆπŒ4 Ogos 2026 || 19 Safar 1448 || SelasaAlhamdulillah, selesai sudah sesi temuduga Imam Masji...
04/08/2026

π“π„πŒπ”πƒπ”π†π€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ€π’π‰πˆπƒ πŒπ”πŠπˆπŒ

4 Ogos 2026 || 19 Safar 1448 || Selasa

Alhamdulillah, selesai sudah sesi temuduga Imam Masjid Mukim Lebir yang telah dikendalikan oleh AF Ustaz Othman bin Saufi (Imam Tua) dan AF Ustaz Mohd Amirul Fahmi bin Abdul Rashid (Imam Muda), Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang.

Secara keseluruhannya, sesi temuduga berjalan dengan lancar dan calon menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dari segi bacaan, pengetahuan agama serta komitmen dalam memikul amanah sebagai imam.

03/08/2026

πŸ•€ : [LIVE] Tadarus & Tadabbur
πŸ“† : Selasa , 04 Ogos 2026
πŸ•Œ : Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang, Kelantan.
Pengkuliah : AF Ustaz Othman Bin Saufi ---------------------------------------------
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:
🏧AKAUN MAYBANK
(πŸ“πŸ“πŸ‘πŸŽ πŸ’πŸ•πŸ“πŸ’ πŸ‘πŸ•πŸ–πŸ—)
[𝐉/𝐊 π”π‘π”π’π„π“πˆπ€ πŒπ€π’π‰πˆπƒ π“π„ππ†πŠπ” πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π…π€πˆπ™ 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀]
🏧AKAUN MUAMALAT
(πŸŽπŸ‘πŸŽπŸ• 𝟎𝟎𝟎𝟎𝟎𝟎 πŸ”πŸ•πŸπŸ)
[πŒπ€π’π‰πˆπƒ π“π„ππ†πŠπ” πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π…π€πˆπ™ 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀]

ππ„πŒπˆπ‹πˆπ‡π€π π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ πŠπ„πŒπ€π‰π”π€π π€π†π€πŒπ€ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π ππ€π‹πŽπ‡ 𝟐.1 Ogos 2026 || 16 Safar 1448 (Sabtu)Alhamdu...
01/08/2026

ππ„πŒπˆπ‹πˆπ‡π€π π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ πŠπ„πŒπ€π‰π”π€π π€π†π€πŒπ€ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π ππ€π‹πŽπ‡ 𝟐.

1 Ogos 2026 || 16 Safar 1448 (Sabtu)

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, proses pencalonan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid Sultan Ahmad Paloh (2) telah berjalan dengan lancar dan teratur.

Pihak masjid merakamkan rasa syukur atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli qaryah, di mana seramai 119 orang telah hadir bagi melaksanakan tanggungjawab mengundi untuk menentukan barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu.

Pihak masjid juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Masjid atas usaha gigih beliau dalam mengumpulkan serta menyatukan penduduk setempat, sekali gus memudahkan perjalanan sesi pencalonan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baharu.

Semoga Ahli Jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan penuh keikhlasan, dedikasi dan tanggungjawab demi memakmurkan Masjid Sultan Ahmad Paloh (2) serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih.

𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 ππ€π†πˆ π‰π”πŒπ€π€π“Jamuan sarapan pagi selepas subuh. terima kasih kepada semua penyumbang.
30/07/2026

𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 ππ€π†πˆ π‰π”πŒπ€π€π“

Jamuan sarapan pagi selepas subuh. terima kasih kepada semua penyumbang.

24/07/2026

πŸ•€ :[LIVE] Khutbah & Solat Jumaat [MEMELIHARA NYAWA TANGGUNGJAWAB AGAMA]
πŸ“† : Jumaat, 24 Julai 2026
πŸ•Œ : Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang, Kelantan.
Khatib : AF Ustaz Mohd Amirul Fahmi bin Abdul Rashid
Muazzin : Ustaz Mohd Yushafipi bin Sulaiman
------------------------------------------------------
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:
🏧AKAUN MAYBANK
(πŸ“πŸ“πŸ‘πŸŽ πŸ’πŸ•πŸ“πŸ’ πŸ‘πŸ•πŸ–πŸ—)
[𝐉/𝐊 π”π‘π”π’π„π“πˆπ€ πŒπ€π’π‰πˆπƒ π“π„ππ†πŠπ” πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π…π€πˆπ™ 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀]
🏧AKAUN MUAMALAT
(πŸŽπŸ‘πŸŽπŸ• 𝟎𝟎𝟎𝟎𝟎𝟎 πŸ”πŸ•πŸπŸ)
[πŒπ€π’π‰πˆπƒ π“π„ππ†πŠπ” πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π…π€πˆπ™ 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀]

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π€ππ–πˆπ‘ πŒπ€π’π‰πˆπƒ23  Julai 2026 || 7 Safar 1448 (Khamis)Pihak Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang de...
23/07/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π€ππ–πˆπ‘ πŒπ€π’π‰πˆπƒ

23 Julai 2026 || 7 Safar 1448 (Khamis)

Pihak Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang dengan penuh rasa syukur dan penghargaan telah dipilih sebagai Mentor kepada Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jerek, Gua Musang dalam usaha memperkasa dan meningkatkan pengurusan serta pengimarahan masjid.

Program ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam usaha memastikan setiap masjid mukim dapat terus berkembang, memperkukuh pengurusan, meningkatkan aktiviti pengimarahan serta mencapai prestasi yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Pihak kami amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan pandangan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Al-Muttaqin Jerek. Kami percaya bahawa setiap masjid mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri yang boleh dikembangkan melalui kerjasama, kesungguhan dan semangat berpasukan.

Insya-Allah, dengan kesatuan hati, komitmen dan kerja berpasukan, kita mampu menjadikan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu, kebajikan dan penyatuan ummah yang terus berkembang serta memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

β€œBersama Memperkasa Masjid, Bersama Mengimarahkan Ummah.”

Semoga program mentor ini menjadi satu langkah yang bermakna dalam mempereratkan hubungan antara masjid dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pengurusan masjid di seluruh Jajahan Gua Musang.

Tahniah dan syabas kepada seluruh AJK Masjid Mukim Al-Muttaqin Jerek. Teruskan usaha, jangan mudah berputus asa dan yakinlah bahawa setiap langkah yang diambil untuk memakmurkan rumah Allah adalah satu amal yang sangat mulia.

Insya-Allah, kita maju bersama!

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ π”ππˆπ“ πˆπ“ πŒπ€πˆπŠ.22 Julai 2026 || 6  Safar 1448 (Rabu)Pihak Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Mu...
23/07/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ π”ππˆπ“ πˆπ“ πŒπ€πˆπŠ.

22 Julai 2026 || 6 Safar 1448 (Rabu)

Pihak Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Unit IT, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atas kesudian hadir ke masjid bagi melaksanakan pemantauan serta pemeriksaan berkaitan alatan dan fasiliti multimedia yang telah disumbangkan oleh pihak MAIK.

Pihak masjid amat menghargai keprihatinan, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan kemudahan serta peralatan multimedia yang disediakan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi menyokong kelancaran pelaksanaan program dan aktiviti masjid.

Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang diberikan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT serta terus memperkukuhkan kerjasama antara pihak MAIK dan pihak masjid pada masa akan datang.

Sekalung penghargaan dan terima kasih daripada seluruh warga Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang.

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐀𝐋-𝐆𝐇𝐔𝐅𝐑𝐀𝐍 πŒπ”πŠπˆπŒ π‚π‡πˆπŠπ” πŸ“ & πŸ”21 Julai 2026 || 5 Safar 1448 (Selasa).Alhamdulillah, telah berlangsung Mes...
22/07/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐀𝐋-𝐆𝐇𝐔𝐅𝐑𝐀𝐍 πŒπ”πŠπˆπŒ π‚π‡πˆπŠπ” πŸ“ & πŸ”

21 Julai 2026 || 5 Safar 1448 (Selasa).

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Masjid Al-Ghufran Mukim Chiku 5 & 6 dengan jayanya.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ustaz Othman bin Saufi, Imam Tua Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, yang diamanahkan oleh MAIK sebagai Pengerusi Sementara memandangkan Masjid Al-Ghufran masih belum mempunyai Imam Tua.

Dalam kesempatan tersebut, Tuan Imam turut berkesempatan menziarahi pejabat serta tempat mandi jenazah Persatuan Van Jenazah Gua Musang (VJGM), yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada seluruh warga Gua Musang. Semoga usaha murni yang dilaksanakan oleh persatuan ini terus dipermudahkan dan diberkati Allah SWT serta menjadi saham amal jariah yang berterusan.

β€œDan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.”
(Surah Ali ’Imran: 159)

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha yang dilakukan demi memakmurkan rumah-Nya.

Address

Gua Musang
18300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra:

Shortcuts

Share

Category