Komuniti Islam Pos Balar

Komuniti Islam Pos Balar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Komuniti Islam Pos Balar, Mosque, Gua Musang.

Alhamdulillah ....Selesai solat jumaat minggu ini bersama penduduk orang asli Pos Balar dan juga cikgu2 SK Balar.
17/06/2022

Alhamdulillah ....
Selesai solat jumaat minggu ini bersama penduduk orang asli Pos Balar dan juga cikgu2 SK Balar.



16/05/2022

Selamat Hari Guru ๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“
"Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA"

Alhamdulillah..Telah selesai sesi pembahagian barang bantuan Bakul Raya daripada pihak MAIK kepada penduduk kampung Pos ...
27/04/2022

Alhamdulillah..

Telah selesai sesi pembahagian barang bantuan Bakul Raya daripada pihak MAIK kepada penduduk kampung Pos Balar.

Kami cukup berbesar hati di atas bantuan yang diperoleh dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIK. Dengan kerjasama yang diberikan oleh wakil-wakil untuk setiap kampung di Pos Balar, sesi pembahagian hari ini berjalan dengan lancar.

Semoga Allah senantisa melimpahkan bumi Pos Balar ini dengan keberkatan ilmu dan rezeki. Semoga hari raya yang akan disambut tidak lama lagi bermakna buat semua penduduk kampung Pos Balar.




24 RamadhanAlhamdulillah...ribuan terima kasih kepada pihak SK Balar diatas jemputan iftar bersama kami (muallim JAHEAIK...
26/04/2022

24 Ramadhan

Alhamdulillah...ribuan terima kasih kepada pihak SK Balar diatas jemputan iftar bersama kami (muallim JAHEAIK). Semoga ikatan silaturahim kakitangan SK Balar dengan muallim JAHEAIK akan sentiasa terjalin.

Terima kasih ustaz khairi berbagi rezki duit Hari Raya untuk kanak2 orang asli disini...๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

Perbanyak Doa Keampunan Di Malam Lailatul Qadar

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูŽ ุฅูู†ู’ ุนูŽู„ูู…ู’ุชู ุฃูŽูŠู‘ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูŽุฏู’ุฑู ู…ูŽุง ุฃูŽู‚ููˆู„ู ูููŠู‡ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ููˆู„ููŠ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ุนููููˆู‘ูŒ ุชูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽูู’ูˆูŽ ููŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู‘ููŠ

Daripada Aisyah radhiyallahu โ€˜anha, ia berkata, โ€œAku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?โ€ Jawab Rasululullah SAW: โ€œBerdoalah: Allahumma innaka โ€˜afuwwun tuhibbul โ€˜afwa faโ€™fuโ€™anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan Engkau sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahankuโ€
(Sunan Tirmizi No: 3513) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih



23 ramadhanRasulullah โ€œIkat Kainโ€ Pada 10 Malam Terakhir1. Menurut Saidatina Aisyah, apabila tiba 10 malam terakhir, Ras...
25/04/2022

23 ramadhan

Rasulullah โ€œIkat Kainโ€ Pada 10 Malam Terakhir

1. Menurut Saidatina Aisyah, apabila tiba 10 malam terakhir, Rasulullah ๏ทบ akan bersungguh menggandakan amalan ibadah Baginda ๏ทบ. Kata Aisyah:

" ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ุฃูŽุญู’ูŠูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ูŽ ูˆูŽุฃูŽูŠู’ู‚ูŽุธูŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฌูŽุฏู‘ูŽ ูˆูŽุดูŽุฏู‘ูŽ ุงู„ู’ู…ูุฆู’ุฒูŽุฑูŽ"

"Apabila tiba sepuluh malam yang terakhir, Rasulullah๏ทบ akan menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejut ahli keluarga Baginda (untuk turut beribadah), bersungguh dan memperkemas ikatan kainnya.โ€ (HR al-Bukhari)

Seusai solat terawih, moreh bersama kanak2 orang asli๐Ÿ™‚.




ุงู„ุญู…ุฏ ุซู… ุงู„ุญู…ุฏPetang tadi berlangsung majlis perkahwinan pasangan orang asli Pos Balar.Dengan sekali lafaz, pasangan ber...
25/04/2022

ุงู„ุญู…ุฏ ุซู… ุงู„ุญู…ุฏ

Petang tadi berlangsung majlis perkahwinan pasangan orang asli Pos Balar.

Dengan sekali lafaz, pasangan berjaya diakad nikahkan oleh al fadhil Us. Alwi, muallim Jaheaik Pos Balar bertempat di Masjid Pos Balar.

Sehari sebelum majlis, pengantin lelaki sempat disyahadahkan terlebih dahulu, juga oleh al fadhil Us. Alwi.

Semoga hubungan yang dibina pada bulan yang mulia ini memperoleh keberkatan & berkekalan hingga ke syurga.

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ู„ูƒ ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ูŠูƒ ูˆุฌู…ุน ุจูŠู†ูƒู…ุง ููŠ ุงู„ุฎูŠุฑ





10 MALAM AKHIR RAMADHANTinggal beberapa hari lagi Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Ia juga membawa maksud kita se...
22/04/2022

10 MALAM AKHIR RAMADHAN

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Ia juga membawa maksud kita sedang berada dalam hari-hari terakhir Ramadhan, iaitu fasa sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Ramai yang mengambil peluang ini untuk memburu Lailatul Qadar kerana padanya terdapat seribu satu kelebihan yang dijanjikan Allah.

Rasulullah S.A.W menganjurkan kepada umatnya supaya memperbanyakkan membaca doa ini pada 10 malam terakhir Ramadhan.

"ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูƒ ุนููˆ ูƒุฑูŠู… ุชุญุจ ุงู„ุนููˆ ูุงุนู ุนู†ุง.."

Mafhumnya:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat s**a akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku."

Terima kasih kepada para jemaah orang asli Pos Balar baik muslimin mahupun muslimat, juga kanak-kanak kerana masih lagi istiqamah menunaikan solat sunat terawih secara berjemaah.





20 ramadhanSelesai solat jumaat pada kali ini, muallim bersama cikgu SK Balar dan juga penduduk asli Pos Balar.Rasululla...
22/04/2022

20 ramadhan

Selesai solat jumaat pada kali ini, muallim bersama cikgu SK Balar dan juga penduduk asli Pos Balar.

Rasulullah SAW sendiri mendidik kita agar memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Siapa dah selawat ?
tap react โ™ฅ๏ธ ๐Ÿฅฐ satu kali .

18 RamadhanSelain hanya berpuasa, Rasulullah ๏ทบ menggalakkan para sahabat memberi makan orang berbuka puasa. Sabda Bagind...
20/04/2022

18 Ramadhan

Selain hanya berpuasa, Rasulullah ๏ทบ menggalakkan para sahabat memberi makan orang berbuka puasa. Sabda Baginda ๏ทบ:

ู…ูŽู†ู’ ููŽุทู‘ูŽุฑูŽ ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูุซู’ู„ู ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ูู…ู’ุŒ ู…ูู†ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูุฌููˆุฑูู‡ูู…ู’ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง

โ€œBarangsiapa yang memberi makan orang berbuka puasa, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berbuka, tidak kurang sedikit pun dari pahala mereka.โ€

Terima kasih kepada amek2 yang tiap hari tanpa jemu untuk memasak makanan untuk berbuka puasa kepada orang Islam di Pos Balar dan juga pemberi sumbangan untuk majlis ihya Ramadhan tahun ini.



Syukur.Masih lagi bersama di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Hari ini sempat menjamu juadah berbuka puasa & mener...
19/04/2022

Syukur.

Masih lagi bersama di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Hari ini sempat menjamu juadah berbuka puasa & meneruskan solat terawih secara berjemaah bersama masyarakat orang asli Pos Balar.

"Sedikit bukan bermakna tidak cukup. Banyak p**a tidak semestinya cukup. Yang membezakan adalah syukur."

Alhamdulillah.




NUZULUL QURAN & RAMADHAN.Di antara keistimewaan yang ada pada bulan Ramadhan ialah nuzulul Quran atau dinamakan juga seb...
18/04/2022

NUZULUL QURAN & RAMADHAN.

Di antara keistimewaan yang ada pada bulan Ramadhan ialah nuzulul Quran atau dinamakan juga sebagai peristiwa turunnya al quran.

Sempena nuzulul Quran, semestinya ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang berusaha melakukan amalanยฒ seperti solat malam, membaca quran, berzikir, beri'tikaf dan sebagainya.

Suatu kaedah menyebut:

"ู…ุง ุฃูƒุซุฑ ูุนู„ุง ุฃูƒุซุฑ ุซูˆุงุจุง"

Tidak lupa juga, kami di sini masih lagi bersama masyarakat orang asli Pos Balar bagi meneruskan program Ihya' Ramadhan serta menghidupkan malamยฒ yang masih lagi berbaki.

Juga sedikit pengisian yang disampaikan al fadhil Us. Tarmizi tentang malam nuzulul Quran & kelebihannya kepada umat Islam.





15 Ramadhan Diteruskan lagi ihya Ramadhan dengan berbuka & bertarawih bersama masyarakat asli Pos Balar.Alhamdulillah sa...
17/04/2022

15 Ramadhan

Diteruskan lagi ihya Ramadhan dengan berbuka & bertarawih bersama masyarakat asli Pos Balar.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

"Jok ek puasa Ramadhan doh"



Address

Gua Musang
18300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Islam Pos Balar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Komuniti Islam Pos Balar:

Share

Category