Surau Kampung Tersusun Kopisan

Surau Kampung Tersusun Kopisan Surau Kampung Tersusun Kopisan Baru

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِن...
25/04/2026

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

-Riwayat Imam At-Tirmizi-

Pihak Surau Kampung Tersusun Kopisan Baru membuka peluang kepada anda untuk melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Penyertaan boleh dimaklumkan kepada urusetia pada nombor yang tertera di bawah.

21/03/2026

Ucapan Selamat Hari Raya dari Pengerusi Surau Kampung Tersusun

21/03/2026

Rakaman Khutbah Aidilfitri di Surau Kampung Tersusun Kopisan Baru.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri” ✨Maaf Zahir dan Batin✨Pihak Surau Kampung Tersusun Kopisan Baru mengucapkan Selamat Hari ...
21/03/2026

“Selamat Hari Raya Aidilfitri”
✨Maaf Zahir dan Batin✨

Pihak Surau Kampung Tersusun Kopisan Baru mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Moga Allah menerima ibadah kita semua.

Ucapan yang sunnah sebagaimana hadis Nabi SAW :

‎فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .

Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu pada hari raya (Edul Fitri atau Edul Adha), sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain: “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).”
Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan.

Zahirkan hari istimewa ini dengan memperkukuhkan ukhwah sesama kita. Ziarah sanak saudara sudah menjadi tradisi kita di Malaysia dan ianya sesuatu yang wajar untuk disuburkan.

Nabi SAW pernah bersabda :

‎مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Barang siapa yang s**a untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Sahih Bukhari No: 1961) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Terima kasih kepada semua atas semangat perpaduan di kalangan seluruh penduduk kampung.

Jadual Imam-imam Solat Terawih Surau Kampung Tersusun tahun ini...
28/02/2026

Jadual Imam-imam Solat Terawih Surau Kampung Tersusun tahun ini...

Address

Kampung Tersusun Kopisan Baru
Gopeng
31600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Kampung Tersusun Kopisan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Kampung Tersusun Kopisan:

Shortcuts

Share