Penang Street Dawah.

Penang Street Dawah. Say: He, Allah is One. Allah is He on Whom all depend. He begets not, nor is He begotten;
And none is like Him. (Quran: 112)

05/06/2024

Assalamu alaikum warrahmatullah

In sha Allah, bahagian pertama kuliah ilmu ini akan membahaskan persoalan2 itu pada hari Jumaat, 7hb Jun dari 8.00 hingga 10.00 malam menerusi platform atas talian Zoom.

07/05/2024

Assalamu alaikum warrahmatullah
Sebagai umat Islam, memang kita sedar betapa tingginya ajaran agama memuliakan konsep tauhid yang menjelaskan kepada kita siapakah Dia Tuhan pentadbir alam semesta yang sebenar. Tanpa memahami prinsip akidah yang bertunjangkan tauhid adalah mustahil bagi kita untuk mengenal Allah swt dan sifat2Nya yang maha sempurna dan tiada tolok bandingannya.
Akan tetapi, pada masa yang sama, berapa ramai diantara kita yang tahu bahawa ajaran tauhid juga terkandung di dalam kitab suci penganut Yahudi dan Nasrani? Walaupun akidah mereka mungkin berbeza dengan kepercayaan kita, hakikatnya ialah fahaman tauhid turut dibincangkan dalam kitab suci yang mereka terima sebagai wahyu dari Tuhan.
.
In sha Allah, kita akan mengkaji satu-persatu ayat2 Bible yang menganjurkan pemahaman tauhid dalam kuliah ilmu yang akan berlangsung pada hari Jumaat akan datang.

24/04/2024

Assalamu alaikum warrahmatullah
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah swt dan sebagai pendakwah kita hanya mampu mengajak manusia untuk mengesakan-Nya dan menerima Islam sebagai pegangan hidup.
Pada masa yang sama, kita juga perlu berusaha mendalami selok-belok strategi dakwah, kaedah pemasaran dan pengetahuan psikologi untuk mengenali cara2 terbaik kita boleh menarik seseorang itu untuk memahami dan memeluk Islam. Dalam pembentangan kali ini, kita akan mengkaji faktor2 utama yang membawa mereka yang belum Islam ke agama Allah swt dan bagaimana kita boleh memanfaatkan ilmu ini dalam arena dakwah di tanahair dan di peringkat antarabangsa.

16/02/2024

Assalamu alaikum warrahmatullah
Salah-satu cabang rukun iman yang wajib diterima oleh setiap Muslim ialah kepercayaan kepada kitab2 wahyu yang telah diturunkan oleh Allah swt. Sepertimana yang kita telah pelajari, sebelum turunnya kitab suci Al Qur'an-ul-Kareem kepada junjungan besar Nabi Muhammad (saw) ada beberapa lagi kitab yang telah diwahyukan kepada para nabi dikalangan Bani Israil seperti Taurat, Zabur dan Injil.
Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan beriman kepada kitab wahyu? Adakah ia membawa erti bahawa kita harus menerima kitab suci penganut Yahudi dan Kristian sebagai wahyu yang asli dari Allah swt? Pada masa yang sama, bukankah kitab suci mereka telah dicemari oleh tangan2 manusia dan ditokok-tambah dengan pelbagai perkara yang tiada kaitan dengan Tuhan?
Sebagai ibu bapa bagaimana kita seharusnya menerangkan tentang perkara ini kepada anak2 kita secara fakta dan ilmiah supaya mereka boleh mudah faham? Sebagai seorang Muslim apakah pendirian kita dalam hal ini bila ditanya oleh penganut agama lain?
In sha Allah, setiap persoalan ini akan dikaji secara terperinci dalam kuliah ilmu ini.

25/01/2024

Assalamu alaikum,

Masih ingatkah kita tentang isu penggunaan kalimah Allah yang pernah menjadi bahan bicara dan polemik di tanahair satu masa dulu? Pelbagai pendapat dan analisa telah dikemukakan tentang hal ini dari sudut yang berbeza yang mengundang perhatian dan perbincangan umat Islam dan yang bukan Islam.

Sebab utama mengapa umat Islam tidak begitu senang dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian ialah kerana mereka menyamakan Yesus Kristus dengan Allah swt. Bertentangan dengan maksud ajaran suci Islam, konsep ketuhanan dalam agama Kristian mengajar bahawa Yesus ialah jelmaan Allah dalam rupa bentuk manusia dan beliau memiliki kesemua sifat2 Allah yang sempurna. Maka, menurut mereka, tiada salah kalau nama Allah digunakan untuk Tuhan dalam agama Kristian.

Sebagai pendakwah, apakah langkah terbaik yang kita boleh ambil dalam membetulkan salah-faham ini tentang Allah swt dan kaitan-Nya dengan Yesus Kristus? Bagaimana kita boleh menyakinkan penganut Kristian bersumberkan kitab suci mereka bahawa Yesus tidak memiliki sifat2 yang wajib ada pada Allah swt?

In sha Allah, kita akan mengkaji satu-persatu ayat2 Al-Kitab yang membezakan diantara Allah swt dengan Yesus Kristus dalam kuliah ilmu yang akan berlangsung pada hari *Khamis, 25hb Januari* dari 8.00 hingga 10.00 malam menerusi platform atas talian Zoom.

20/10/2023

Assalamu alaikum, saudara dan saudari yang dirahmati Allah Yang Maha Pemberi Kemuliaan.

https://www.facebook.com/PERKIMPENANG/

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (al-Qur'an 5:8)

Ajaran Islam yang syumul lagi suci amat menitikberatkan kepentingan berlaku adil dan saksama sesama manusia serta bersifat kasih-sayang dan bertoleransi dengan mereka yang belum Islam. Dalam pembentangan kali ini, anda akan disajikan dengan pelbagai fakta sejarah dan pujian dari ilmuan2 Barat yang telah begitu kagum dengan layanan umat Islam terhadap mereka yang merupakan golongan dhimmi di negara2 yang diperintah oleh kaum Muslimin. Ini menunjukkan bagaimana Islam memuliakan martabat dan kedudukan penganut beragama lain selari dengan ajaran al-Qur'an dan sunnah junjungan besar Nabi (sas).

In sha Allah, kuliah ilmu ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 20hb Oktober dari 8.00 hingga 10.00 malam menerusi platform atas talian Zoom. Mereka yang berminat diminta untuk menghubungi urusetia majlis untuk mendapatkan pautan masuk ke kuliah atas talian pada tarikh tersebut:

Ustazah Nasyrah +60136429807
Ustazah Syahira +60124574430

Sila promosikan dengan meluas dalam media sosial.

“ *TIADA DAKWAH TANPA ILMU* ”

05/10/2023

Assalamu alaikum, saudara dan saudari yang dirahmati Allah Yang Maha Pemberi Kemuliaan.
https://www.facebook.com/PERKIMPENANG/
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (al-Qur'an 5:8)

Ajaran Islam yang syumul lagi suci amat menitikberatkan kepentingan berlaku adil dan saksama sesama manusia serta bersifat kasih-sayang dan bertoleransi dengan mereka yang belum Islam. Dalam pembentangan kali ini, anda akan disajikan dengan pelbagai fakta sejarah dan pujian dari ilmuan2 Barat yang telah begitu kagum dengan layanan umat Islam terhadap mereka yang merupakan golongan dhimmi di negara2 yang diperintah oleh kaum Muslimin. Ini menunjukkan bagaimana Islam memuliakan martabat dan kedudukan penganut beragama lain selari dengan ajaran al-Qur'an dan sunnah junjungan besar Nabi (sas).

In sha Allah, kuliah ilmu ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 6hb Oktober dari 8.00 hingga 10.00 malam menerusi platform atas talian Zoom. Mereka yang berminat diminta untuk menghubungi urusetia majlis untuk mendapatkan pautan masuk ke kuliah atas talian pada tarikh tersebut:

Ustazah Nasyrah +60136429807
Ustazah Syahira +60124574430

Sila promosikan dengan meluas dalam media sosial.

“ TIADA DAKWAH TANPA ILMU ”

02/08/2023

Assalamu alaikum, saudara dan saudari yang dirahmati Allah Yang Maha Mulia.

https://www.facebook.com/PERKIMPENANG/

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

لَقَدۡ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمۡۖ إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ ٢٧ لَّقَدۡ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَٰثَةٖۘ وَمَا مِنۡ إِلَٰهٍ إِلَّآ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۚ وَإِن لَّمۡ يَنتَهُواْ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ٣٧

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih ibni Maryam." Padahal Al-Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim."

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan." Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Qur'an 5:72-73)

In sha Allah, bahagian kedua kuliah ilmu ini akan membahaskan persoalan2 itu pada hari Jumaat, 4hb Ogos dari 8.00 hingga 10.00 malam menerusi platform atas talian Zoom. Mereka yang berminat diminta untuk menghubungi urusetia majlis untuk mendapatkan pautan masuk ke kuliah atas talian pada tarikh tersebut:

Ustazah Nasyrah +60136429807
Ustazah Syahira +60124574430

Sila promosikan dengan meluas dalam media sosial.

“ TIADA DAKWAH TANPA ILMU ”

22/07/2023

Jemput share sebagai tanda bantahan !

05/07/2023

Assalamu alaikum, saudara dan saudari yang dirahmati Allah Yang Maha Perancang.

https://www.facebook.com/PERKIMPENANG/

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Qur'an)." Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.' (al-Qur'an 5:68)

In sha Allah, bahagian kedua kuliah ilmu ini akan membahaskan persoalan2 itu pada hari Jumaat, 7hb Julai dari 8.00 hingga 10.00 malam menerusi platform atas talian Zoom. Mereka yang berminat diminta untuk menghubungi urusetia majlis untuk mendapatkan pautan masuk ke kuliah atas talian pada tarikh tersebut:

Ustazah Nasyrah +60136429807
Ustazah Syahirah +60124574430

Sila promosikan dengan meluas dalam media sosial.

“ TIADA DAKWAH TANPA ILMU

Alhamdulillah, we have received Al-Quran translation in English and Chinese from Saudi Embassy Office, Malaysia.Jazakumu...
17/06/2023

Alhamdulillah, we have received Al-Quran translation in English and Chinese from Saudi Embassy Office, Malaysia.

Jazakumullahu khairan

15/03/2023

Assalamu alaikum, saudara dan saudari yang dirahmati Allah Yang Maha Pemberi Kemuliaan dan Kemenangan

https://www.facebook.com/PERKIMPENANG/

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (al-Qur'an 2:183)

Suatu perkara yang sering kita terlepas pandang bila membaca ayat diatas ialah bahawa umat Nabi Muhammad (saw) bukanlah umat pertama yang telah diwajibkan untuk berpuasa oleh Allah swt. Dari ayat ini jelas bahawa sudah ada umat2 sebelum kita yang telah ditetapkan kewajipan berpuasa keatas mereka untuk mengejar ketakwaan dan memupuk kepatuhan terhadap suruhan Yang Maha Perkasa.

Persoalannya, siapakah umat2 tersebut dan bolehkah mereka dikenalpasti? Adakah mereka telah mengekalkan ibadat dan amalan berpuasa seperti yang diwahyukan oleh Allah swt atau telah mengubahnya kepada sesuatu yang berbeza?

Untuk meneliti persoalan2 ini secara ilmiah dan menyeluruh dalam bahagian kedua pembentangan ini, kita akan mengkaji tentang tradisi dan upacara berpuasa dalam agama2 Samawi iaitu Yahudi dan Nasrani.

In sha Allah, kuliah ilmu ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 17hb Mac dari 8.00 hingga 10.00 malam menerusi platform atas talian Zoom. Mereka yang berminat diminta untuk menghubungi urusetia majlis untuk mendapatkan pautan masuk ke kuliah atas talian pada tarikh tersebut:

Ustazah Nasyrah +60 17-473 5356
Ustazah Syahira +60 12-457 4430

Sila promosikan dengan meluas dalam media sosial.

“ *TIADA DAKWAH TANPA ILMU* ”

Address

Love Lane
George Town
10200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang Street Dawah. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Penang Street Dawah.:

Share