Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa - IPSI

Directions Website Contact the place of worship

Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa - IPSI Islamic Propagation Society International (IPSI)

Tujuan utama pertubuhan IPSI adalah untuk menyebarkan kalimah Allah melalui pembacaan, pemahaman dan perbuatan berpandukan Qur'an dan As-Sunnah. Aktiviti-aktiviti IPSI tertumpu kepada aktiviti mengingatkan manusia kepada fitrah asalnya; iaitu menyembah Tuhan yang Satu.

05/10/2026
πŸ“’ SIMPOSIUM KRISIS AKIDAH 2026Cabaran Murtad dan Tanggungjawab BersamaDalam menghadapi cabaran krisis akidah dan isu mur...
02/10/2026

πŸ“’ SIMPOSIUM KRISIS AKIDAH 2026
Cabaran Murtad dan Tanggungjawab Bersama
Dalam menghadapi cabaran krisis akidah dan isu murtad dalam kalangan saudara baru, kita memerlukan ilmu, kefahaman dan tindakan bersama. 🀝
Forum & Sesi Perbincangan ini menghimpunkan para ilmuwan, pendakwah, ahli akademik, pengamal undang-undang serta pihak berkepentingan untuk
membincangkan:

πŸ”Ž Punca & cabaran semasa berkaitan isu murtad
πŸ’‘ Pendekatan dan penyelesaian yang berkesan
🀝 Tanggungjawab bersama dalam membimbing dan memperkukuh akidah saudara baru

🌏 Perspektif antarabangsa serta perkongsian pengalaman
πŸ“š Ilmu & solusi bermakna demi masa depan yang lebih baik

πŸ“… 28 November 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ SPICE Convention Centre, Pulau Pinang

✨ Pendaftaran adalah PERCUMA!
πŸ“ Daftar sekarang:
https://forms.gle/V5R17SYQKVvYacQL9

πŸ“ž Untuk Maklumat Lanjut:
Pejabat IPSI:04-227 4846
Brother Hafiz: 013-995 2927

🌟 β€œMemperkukuh Akidah, Membina Kefahaman, Melindungi Ummah”

Jom bersama-sama mencari solusi, berkongsi ilmu dan pengalaman demi memperkukuh usaha membimbing saudara baru serta memelihara kefahaman dan akidah ummah.

πŸ“š ILMU ADALAH CAHAYA HIDUPDalam dunia yang penuh kekeliruan, ilmu Islam menjadi panduan yang menerangi jalan kehidupan. ...
02/10/2026

πŸ“š ILMU ADALAH CAHAYA HIDUP
Dalam dunia yang penuh kekeliruan, ilmu Islam menjadi panduan yang menerangi jalan kehidupan. Tanpa ilmu, iman mudah goyah. Dengan ilmu, hati menjadi tenang dan keyakinan semakin kukuh.
IPSI menjemput anda untuk menyertai:

✨ KELAS REVERT IPSI
Satu platform pembelajaran yang membimbing, memperkukuh akidah serta memberi kefahaman Islam yang jelas, berhikmah dan berstruktur β€” sesuai untuk saudara baru dan sesiapa yang ingin mendalami Islam.

πŸ—“οΈ 2 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 9:10 Malam

πŸ’» *Platform:* Google Meet
πŸ”— *Google Meet:* https://meet.google.com/bpr-rjvd-jqw

πŸ’‘ β€œMenuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap Muslim.”
Ayuh hadir dan bina asas kefahaman Islam yang benar β€” kerana perubahan hidup bermula dengan ilmu.

πŸ“’ JAWATAN KOSONG – EKSEKUTIF DAKWAH πŸ“’ PULAU PINANG Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) membuka peluang kepad...
01/10/2026

πŸ“’ JAWATAN KOSONG – EKSEKUTIF DAKWAH πŸ“’ PULAU PINANG

Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) membuka peluang kepada LELAKI / WANITA yang berkelayakan dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang dakwah untuk bersama-sama menyampaikan Islam kepada masyarakat non-Muslim.

✨ Kriteria yang diperlukan:
βœ… Mempunyai minat yang tinggi dalam berdakwah
βœ… Boleh bekerja lebih masa dengan pengawasan yang minimum serta jujur dan amanah
βœ… Mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris

🎁 Kemudahan & manfaat:
β€’ Gaji berpatutan
β€’ Ada elaun & bonus
β€’ Pengalaman luas dalam dakwah
β€’ Caruman KWSP
β€’ Caruman PERKESO

πŸ“© Berminat?
Sila emailkan resume anda kepada:
[email protected]

Ayuh bersama IPSI dalam usaha menyampaikan dakwah dengan penuh hikmah, ilmu dan amanah. 🀝🏻

KULIAH MAGHRIB | DARI KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHIDAlhamdulillah, insya-Allah akan berlangsung *Kuliah Maghrib* ...
30/09/2026

KULIAH MAGHRIB | DARI KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID

Alhamdulillah, insya-Allah akan berlangsung *Kuliah Maghrib* yang membawa tema:

πŸŒ™ β€œDari Kegelapan Syirik Kepada Cahaya Tauhid: Misi Agung Dakwah Nabi SAW”

πŸŽ™οΈ Disampaikan Oleh:
Dato’ Hj Kamarudin Abdullah
Presiden, Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI)

πŸ“… Rabu, 30 September 2026
⏰ 7.00 malam
πŸ“ Masjid Jamek Sungai Gelugor, Pulau Pinang

Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk menambah ilmu, memperkukuh kefahaman tentang *tauhid*, serta menghayati perjuangan agung Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah Allah.

✨ Daripada kegelapan syirik, menuju cahaya tauhid.
🀲 Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman, petunjuk dan kekuatan untuk terus berada di atas jalan-Nya.

Jemput hadir dan sebarkan kepada keluarga serta sahabat.

🌟 UCAPAN SETULUS IKHLAS BUAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V 🌟Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan Selam...
29/09/2026

🌟 UCAPAN SETULUS IKHLAS BUAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V 🌟

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-57 kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan & Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan, kesihatan dan kesejahteraan kepada KDYMM Tuanku, serta terus memelihara Tuanku dalam memayungi dan memimpin rakyat Negeri Kelantan Darul Naim dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Daulat Tuanku! πŸ‘‘πŸ’›

Setulus ikhlas daripada
YBhg. Dato’ Haji Kamarudin bin Abdullah
Presiden IPSI, Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang
serta seluruh Team
Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI).

🌿 ALHAMDULILLAH, SATU AMANAH ILMUDengan penuh kesyukuran, YBhg. Dato’ Haji Kamarudin bin Abdullah, Presiden IPSI, telah ...
29/09/2026

🌿 ALHAMDULILLAH, SATU AMANAH ILMU

Dengan penuh kesyukuran, YBhg. Dato’ Haji Kamarudin bin Abdullah, Presiden IPSI, telah menerima Tauliah Mengajar & Memberi Syarahan Agama Islam Peringkat Negeri di beberapa negeri di Malaysia.

πŸ“š Tauliah melibatkan:
* Perlis
* Selangor
* Pulau Pinang
* Perak
* Pahang
* Terengganu
* Wilayah Persekutuan
* Negeri Sembilan
* Melaka
* Kelantan
* Sabah
* Sarawak

Tauliah ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam menyampaikan ilmu agama, membimbing masyarakat serta memperluaskan usaha dakwah berteraskan al-Quran dan Sunnah.

Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah, memberi manfaat kepada ummah dan menjadi jalan kepada lebih ramai insan mengenali serta memahami Islam.

🀲 β€œIlmu adalah amanah, dakwah adalah tanggungjawab.”

IPSI amat mengalu-alukan jemputan kuliah, ceramah, forum dan program dakwah daripada masjid, surau, institusi serta komuniti yang ingin bersama-sama menyebarkan ilmu dan menyuburkan kefahaman Islam dalam masyarakat.

Untuk Maklumat Lanjut / Jemputan Ceramah:
πŸ“ž Pejabat IPSI: 04-227 4846
πŸ“± Brother Hafiz: 013-995 2927

Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi rezeki pahala, dan setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah yang terus mengalir.

Address

IPSI Building, No. 61, Jalan Seang Tek
George Town
10400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:30 - 14:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa - IPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa - IPSI:

Shortcuts

Share