23/08/2024
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗝𝗔𝗕 𝗗𝗢𝗔 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗔𝗣 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚
Pada 25 Julai 2024 (Khamis) bertempat di Surau Pegawai Penjara Reman Pulau Pinang telah diadakan Malam Mustajab Doa Anjuran Penjara Reman Pulau Pinang bersama PERSIAP Cawangan Penjara Reman Pulau Pinang. Turut hadir menyerikan program adalah YDH PKP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang dan YDH Puan Sahizawani binti Hanapiah, Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Reman Pulau Pinang, barisan Pegawai Kanan, Anggota dan Kakitangan serta keluarga.
Program dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat memohon keselamatan dan perlindungan. Program diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan makan.