Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat

Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat MASJID ASSOBIRIN FELDA BUKIT ROKAN BARAT, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN
[email protected]

KURSUS AMIL HARTA DAN PENGERUSI MASJID 2026MAlhamdulillah telah berlangsung program MAINS Daerah Jempol di Mardhiah Hote...
13/07/2026

KURSUS AMIL HARTA DAN PENGERUSI MASJID 2026M

Alhamdulillah telah berlangsung program MAINS Daerah Jempol di Mardhiah Hotel & Suites, Shah Alam.

Masjid As-Sobirin Felda Bukit Rokan Barat telah menghantar 2 orang wakil iaitu Pengerusi Masjid, Tn Hj Mohd Shis Bin Kamari & Imam 1, En. Jamali bin Sarji.
Program telah berlangsung selama 3 hari.

Tinggalkan yang lalu sebagai pengajaran, sambut yang baharu dengan penuh pengharapan. π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Ž 𝑴𝒂𝒂𝒍 π‘―π’Šπ’‹π’“π’‚π’‰ 1448𝑯, π’”π’†π’Žπ’π’ˆπ’‚ 𝑨𝒍...
16/06/2026

Tinggalkan yang lalu sebagai pengajaran, sambut yang baharu dengan penuh pengharapan.

π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Ž 𝑴𝒂𝒂𝒍 π‘―π’Šπ’‹π’“π’‚π’‰ 1448𝑯, π’”π’†π’Žπ’π’ˆπ’‚ 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’†π’“π’Œπ’‚π’•π’Š π’”π’†π’•π’Šπ’‚π’‘ π’π’‚π’π’ˆπ’Œπ’‚π’‰ 𝒑𝒆𝒓𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 π’Œπ’Šπ’•π’‚. πŸ€²πŸŒ™

πŸ€²πŸŒ™βœ¨

πŸŒ™ Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT πŸŒ™Masjid Masjid As-Sobirin Felda Bukit Rokan Barat telah berjaya mengadakan b...
27/05/2026

πŸŒ™ Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT πŸŒ™

Masjid Masjid As-Sobirin Felda Bukit Rokan Barat telah berjaya mengadakan beberapa pengisian sempena sambutan Aidiladha tahun ini dengan penuh keberkatan dan kebersamaan. 🀍

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan:
✨ Solat Sunat Aidiladha berjemaah
✨ Bacaan Yasin dan Tahlil selepas solat
✨ Penyerahan saguhati kepada calon UPKK
✨ Penyampaian sumbangan daripada ADUN Jeram Padang melalui Nazir Masjid Tn. Hj Mojd Shis bin Kamari.
✨ Pelaksanaan ibadah Qurban & Aqiqah

Terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa, para penyumbang serta seluruh jemaah yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan buat kita semua.

🀲 β€œSesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.”





BismilahirahmanirrahimAlhamdulilah Penyerahan Lembu Qurban Daripada Adun Jeram Padang Kepada Masjid Assobirin Felda Buki...
25/05/2026

Bismilahirahmanirrahim
Alhamdulilah Penyerahan Lembu Qurban Daripada Adun Jeram Padang Kepada Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat.

Program ini telah dimulakan di bawah kepimpinan YB Dato’ Mohd Zaidy Bin Abdul Kadir dan masih diteruskan sehingga hari ini sebagai usaha berkongsi rezeki serta menghidupkan semangat kebersamaan dalam menyambut Aidiladha bersama masyarakat.

Hari ini, staff Pusat Khidmat DUN Jeram Padang telah membuat penyerahan lembu korban mewakili YB Dato’ Mohd Zaidy Bin Abdul Kadir kepada masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat.

Semoga usaha ini dapat terus diteruskan pada masa akan datang serta memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Islam di DUN Jeram Padang.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

SABTU 23 MEI 2026πŸ“’ Jualan Madani Sempena Aidiladha Telah Berlangsung Dengan Meriah πŸ„πŸŒ™Bersempena umat Islam yang bakal me...
23/05/2026

SABTU 23 MEI 2026

πŸ“’ Jualan Madani Sempena Aidiladha Telah Berlangsung Dengan Meriah πŸ„πŸŒ™

Bersempena umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidiladha, Jualan Madani telah diadakan di perkarangan masjid dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Pelbagai barangan keperluan telah dijual pada harga berpatutan bagi membantu memudahkan persiapan Aidiladha penduduk sekitar. ✨

🀝 Program ini merupakan anjuran ADUN Jeram Padang dan diharap dapat terus memberi manfaat serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan program ini 🌷

21 Mei 2026 KhamisBismillahirahmanirahim,Alhamdulilah pada petang ini Ajk Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat ,jema...
21/05/2026

21 Mei 2026 Khamis

Bismillahirahmanirahim,Alhamdulilah pada petang ini Ajk Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat ,jemaah Rokan barat Dan pengurusan Felda Bukit Rokan Barat Bergotong royong Menanam Pokok bunga Dan Susun Atur Landskap Di kawasan Perkarangan masjid,Di Harap Dengan kerjasama Yang Ada Dapat Mengeratkan lagi Silaturahim Sesama Kita..Insyaallah

13 Mei 2026(Rabu)Bismillahirahmanirahim,Alhamdulilahmesyuarat Ahli jawatankuasa Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat...
13/05/2026

13 Mei 2026(Rabu)
Bismillahirahmanirahim,Alhamdulilah
mesyuarat Ahli jawatankuasa Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat Bil.4/2026

18 April 2026(Sabtu)✨Program Jualan Rahmah Madani(PJRM) bertempat Di Perkarangan Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Bara...
18/04/2026

18 April 2026
(Sabtu)
✨Program Jualan Rahmah Madani(PJRM) bertempat Di Perkarangan Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat
Pihak Masjid Serta Penduduk Felda Bukit Rokan Barat Merakamkan Jutaan Terima Kasih Kepada Dato Mohd Zaidy Abdul Kadir Adun Jeram Padang Di Atas
Inisiatif Beliau Melaksanakan Program Sebegini Di Bawah *Kerajaan Malaysia Madani*
✨Melalui program ini, pengguna dapat menikmati penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10% hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran Setempat.
πŸ‘

Ramadan telah berlabuh meninggalkan kita, semoga segala kebaikan, amalan dan didikan sepanjang bulan mulia ini dapat kit...
21/03/2026

Ramadan telah berlabuh meninggalkan kita, semoga segala kebaikan, amalan dan didikan sepanjang bulan mulia ini dapat kita teruskan dalam bulan-bulan yang seterusnya.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi peluang menyambut 1 Syawal 1447H dalam suasana penuh keberkatan.

Solat sunat Aidilfitri telah dilaksanakan di Masjid As-Sobirin Felda Bukit Rokan Barat dengan kehadiran jemaah yang sama-sama memakmurkan rumah Allah. Semoga kebersamaan ini berterusan dan menjadi asbab kita terus mengimarahkan masjid pada masa akan datang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

β€œDalam syukur kita bersatu, dalam ukhuwah kita dipertemukan.”

Ikhlas daripada,
Pihak Pengurusan
Masjid As-Sobirin
Felda Bukit Rokan Barat

JUALAN RAHMAH SEMPENA AIDILFITRIAlhamdulillah, telah berlangsung Program Jualan Rahmah khas untuk penduduk Felda Bukit R...
17/03/2026

JUALAN RAHMAH SEMPENA AIDILFITRI

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Jualan Rahmah khas untuk penduduk Felda Bukit Rokan Barat, hasil kerjasama dengan YB Dato’ Mohd Zaidy bin Abdul Kadir, ADUN Jeram Padang.

Program ini diadakan bagi membantu meringankan beban penduduk setempat dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Mohd Zaidy bin Abdul Kadir atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan kepada masyarakat Felda Bukit Rokan Barat.

Semoga usaha seperti ini terus membawa manfaat dan keberkatan kepada seluruh komuniti.

Pihak Masjid As-Sobirin Felda Bukit Rokan Barat juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penduduk.

Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keberkatan.

Address

Felda Bukit Rokan Barat
Gemencheh
73200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Assobirin Felda Bukit Rokan Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category