24/05/2021
Shalom!
*KESAKSIAN PERIBADI YANG AJAIB DARI ILHAM ROH KUDUS TENTANG ANAK KAMI YANG BARU LAHIR PADA 17 MEI 2021*
Tuhan sudah beritahu saya awal *pada 7/1/2021* (ketika itu saya dalam persiapan bahan untuk perkongsian Firman Tuhan dalam ibadah Kelompok Sel gereja kami) bahawa anak ini memang seorang lelaki dan angka kelahirannya ada nombor 1 dan 7.
Ini kerana saya bertanya kepada Allah Bapa syurgawi kita yang saya kenal di dalam nama Tuhan Yesus Kristus. "Saya mohon dalam doa dan puasa, semoga hanya kehendak dan rancanganMu Tuhan Yesus Kristus sahaja digenapi ke atas anak kami kali ini."
*Setelah itu Roh Kudus berbicara kepada saya di dalam hati dan melalui Firman Allah yang Hidup(Alkitab di hadapan saya saat itu). Tentang anak kami kali ini, Roh Kudus memaklumkan saya bahawa ia adalah seorang manusia (Lelaki). Ketika saya bertanya kepada Tuhan, siapakah yang harus saya beri nama? *Tuhan berbicara dan memberi jawapan kepada saya melalui ayat Alkitab dan dia membuka FirmanNya yang hidup:*
📖Kejadian 4:26 (BM) Set mempunyai *seorang anak lelaki yang diberi nama Enos.* Pada zaman *itulah orang mula menyebut nama TUHAN apabila beribadat.*
➡️Keluarga kami akan lebih berusaha menyembah Tuhan dengan sungguh-sungguh di dalam Roh dan Kebenaran.
Demi nama Tuhan Yesus Kristus.
Anggaran tarikh kelahirannya pasti, Tuhan berikan adalah mesti ada angka 1 dan 7. Puji Tuhan! Isteri saya mula masuk wad Hospital Segamat, Johor pada 7/5/ 2021 kerana ada tanda jelas bersalin awal. Namun Tuhan belum benarkan masa itu sebab Dia lebih mengetahui apa terbaik untuk anak ini. Puji Tuhan! pada 17/5/2021 (Isnin) jam 13:41 atau jam 1:41pm, *Christian Enos* sudah selamat dilahirkan seberat 1:85 KG oleh isteri saya yang bersalin biasa dengan baik.
Saya pernah menceritakan kebenaran kesaksian saya ini kepada Senior Pastor saya walaupun tidak selengkapnya. Saya juga menceritakan kepada isteri💗 saya serta kepada anak-anak saya. Mereka amat bersukacita mendengarnya sebab... anak kami sekarang masa itu, baru 2 Lelaki dan 3 perempuan.... manakala anak dan adik yang bakal lahir p**a adalah lelaki. Sudah cukup seimbang.... mereka sudah berpasangan 3L & 3P.
😇 *Enos* bermaksud "Manusia (Orang) lelaki memulai manusia menyebut Tuhan (Yahweh) ketika menyembahNya."
😇 *Christian*(BI) atau Kristian (BM) adalah nama Kump**an orang percaya menyembah Tuhan Yesus Kristus. Nama ini adalah kegemaran saya untuk mencerminkan anak-anak kami perlu sedar bahawa mereka adalah orang percaya Tuhan Yesus Kristus.
Haleluya! Terpujilah Tuhan! Syukur! Terima kasih sekali lagi... atas segala kebaikanMu yang tidak terhingga buat hambaNya yang mengasihiNya demi nama Tuhan Yesus Kristus aku berdoa dan bersyukur.
🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏
📖Mazmur 127:1b (BM) *Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.*
Semoga kesaksian saya yang ringkas ini Roh Kudus, menyentuh hati pembaca untuk lebih lagi hormat dan takut kepada Allah Yang Maha Kuasa, Pencipta kita demi nama Tuhan Yesus Kristus di dalam segala hal. Termasuk perjuangan hidup kita yang hanya terbaik di dalam Kristus. Amin🙏
Yang Benar,
*Pastor Jenin Sukim*
Pembantu Senior Pastor & Gembala Bahasa Malaysia
First Assembly of God, Gemas