25/08/2026
فضائل Berselawat ke atas Nabi ﷺ
1. Ganjaran dilipatgandakan
Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi ﷺ sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.
2. Mendapat kedudukan yang dekat dengan Nabi ﷺ
Orang yang paling utama dan paling dekat dengan Nabi ﷺ pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atas Baginda.
3. Menghilangkan kegelisahan dan kesusahan
Berselawat ke atas Nabi ﷺ merupakan antara sebab terangkatnya kesusahan dan keampunan dosa.
4. Para malaikat berselawat kepadanya
Para malaikat berselawat kepada seorang hamba selama dia berselawat ke atas Nabi ﷺ.
5. Selawat umat diperlihatkan kepada Nabi ﷺ
Selawat umat Islam disampaikan kepada Nabi ﷺ, khususnya pada hari Jumaat.
Waktu2 yang dianjurkan untuk memperbanyakkan selawat
1. Hari & malam Jumaat
Hari Jumaat merupakan antara hari yang paling utama & waktu yang sangat baik untuk memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ.
2. Selepas azan
Disunatkan berselawat ke atas Nabi ﷺ selepas azan, kemudian memohon kepada Allah agar memberikan Baginda al-Wasilah.
3. Ketika nama Nabi ﷺ disebut
Sabda Nabi ﷺ:
“Orang yang bakhil ialah orang yang apabila aku disebut di sisinya, dia tidak berselawat ke atasku.”
4. Di dalam solat
Selawat ke atas Nabi ﷺ khususnya dibaca dalam tasyahhud akhir, iaitu selawat Ibrahimiyyah.
Dr Kasim Ramli