Surau Ashabul Kahfi Kg Nibong Bawah

Surau Ashabul Kahfi Kg Nibong Bawah Surau Ashabul Kahfi Di Kampung Nibong Bawah
Dungun Terengganu

16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H
Semoga kedatangan Tahun Baru Islam menjadi titik permulaan untuk memperbaharui azam, meningkatkan keimanan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

Assalamualaikum warga Kampung Nibong dan sekitarnya.​Sukacita kami menjemput muslimin dan muslimat sekalian untuk hadir ...
20/04/2026

Assalamualaikum warga Kampung Nibong dan sekitarnya.

​Sukacita kami menjemput muslimin dan muslimat sekalian untuk hadir ke majlis Tahlil Perdana yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
​📅 Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 7.00 Malam
📍 Lokasi: Surau Ashabul Kahfi, Kampung Nibong
​Bagi yang ingin mendaftarkan nama arwah untuk majlis tahlil ini, sila hubungi Pok Su di talian 019-9519738.

​Marilah kita sama-sama hadir bagi mengimarahkan surau dan mendoakan kesejahteraan buat mereka yang telah mendahului kita. Jumpa di sana!

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SURAU ASHABUL KAHFI MERIAH! ✨Alhamdulillah, suasana hari ini di perkarangan Surau A...
11/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SURAU ASHABUL KAHFI MERIAH! ✨

Alhamdulillah, suasana hari ini di perkarangan Surau Ashabul Kahfi, Kampung Nibong Bawah sungguh meriah dan dilimpahi dengan seri ukhuwah. Kehadiran penduduk kampung yang berbilang peringkat umur untuk sama-sama meraikan bulan Syawal yang mulia ini benar-benar menghidupkan semangat bermasyarakat.

Pihak kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Dungun, Yang Berhormat Ustaz Haji Wan Hassan kerana sudi meluangkan masa berkunjung dan menyantuni tetamu di majlis kami pada hari ini. Kehadiran YB nyata menambah seri sambutan ini.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan buat Mantan YB ADUN Sura, Cikgu Hapandi, serta Tuan Penghulu yang turut sama menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi suasana majlis.

Terima kasih juga kepada semua AJK dan petugas yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran majlis ini. Syukur, permuafakatan kita membawa berkat!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

08/04/2026

Assalamualaikum .Kami Mengalu- alukan semua penduduk dalam atau luar Kampung Untuk Mengambil Bahagian Qurban & Akikah Perdana Di Kampung Nibong.Harga Sangat2 Berpatutan Sehingga Serendah Rm550 Satu Bahagian Untuk Harga rahmah yg kite adekan Untuk Anda.

Jadi Ape tunggu Lagii .. Mariii sertai Kami.

Teruskan Hubungi Kami :

Ustaz Khairi
https://wa.me/601155094696

Hazlan
https://wa.me/60199226608

Azileee
https://wa.me/60179560586

“Cahaya ilmu menerangi sanubari. Di bawah naungan kubah Surau Ashabul Kahfi, para jemaah duduk rapat bersatu hati, mende...
06/04/2026

“Cahaya ilmu menerangi sanubari. Di bawah naungan kubah Surau Ashabul Kahfi, para jemaah duduk rapat bersatu hati, mendengar kupasan ilmu dengan penuh tawaduk. Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat komuniti yang sentiasa dahagakan pengisian rohani seperti ini."

Bersama Ustazah Hajjah Kimfirdaus.

03/03/2026

Jemputan Iftar & Tahlil Perdana Surau Ashabul Kahfi! 🌙✨

Ayuh warga Kampung Nibong dan sekitarnya, kita raikan keberkatan Ramadan dengan majlis ilmu dan ukhwah. Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

🗓 Tarikh: Jumaat, 13 Mac 2026
📍 Lokasi: Surau Ashabul Kahfi, Kampung Nibong

Aturcara Majlis:

5.30 petang: Bacaan Al-Quran

6.30 petang: Khatam Al-Quran

7.00 malam: Tahlil Perdana

7.22 malam: Majlis Berbuka Puasa (Iftar)

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah Allah. Jumpa anda di sana!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli pada pagi ini. T...
03/03/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli pada pagi ini. Terima kasih kepada Ustaz atas pengisian yang sangat bermanfaat. Semoga Allah SWT memberkati majlis ilmu kita dan mengurniakan kefahaman yang mendalam kepada semua jemaah yang hadir.

Address

Surau AshabulKahfi Kg Nibong Bawah Dungun
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ashabul Kahfi Kg Nibong Bawah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share