Masjid Assalikin, Kampung Sungai Udang, Dungun - Laman Rasmi

Masjid Assalikin, Kampung Sungai Udang, Dungun - Laman Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Assalikin, Kampung Sungai Udang, Dungun - Laman Rasmi, Mosque, Kampung Sungai Udang, Dungun.

05/06/2026
Assalamualaikum WBT.Program menarik esok bakal berlangsung di Masjid As-Salikin Kampung Sungai Udang, Dungun (MASUD)Khas...
22/09/2024

Assalamualaikum WBT.

Program menarik esok bakal berlangsung di Masjid As-Salikin Kampung Sungai Udang, Dungun (MASUD)

Khas buat Muslimat sempena Maulidur Rasil 1446H/2024M anjuran bersama Pertubuhan Ahli Pengajian Kitab Turath Terengganu dan MASUD.

*Tentatif Muslimat Cinta Rasul*💚

⌚8.30 pagi: Pendaftaran

⌚9.00 pagi
- Ketibaan Penceramah dgn Aluan Selawat (Dipimpin oleh kumpulan Khas)
- Aluan Pengerusi Majlis
- Selawat Badriyah (ramai-ramai)

⌚9.15 pagi: Ucapan Ustzh Kimrufirdaus (Ketua Alimat Negeri Terengganu)

⌚9.30 pagi: Tausiah oleh Dr. Syarifah Noorul Madihah bt Syed Husin (Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Syariah, FKI, UniSZA)

⌚10.15 pagi: Cabutan bertuah (35 orang)

⌚10.30 pagi: Selawat Rindu Madinah (ramai-ramai)

⌚10.40 pagi: Cabutan Bertuah (35 orang)

⌚10.55 pagi: Penyampaian Hadiah untuk Pentausiah dan Ketua Alimat

⌚11.00 pagi: Bacaan Doa dan bersurai

Assalamualaikum WBT.Kuliah Maghrib Mingguan bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Halim bin Awang @ Sulong (Pensyarah UniSZ...
20/09/2024

Assalamualaikum WBT.

Kuliah Maghrib Mingguan bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Halim bin Awang @ Sulong (Pensyarah UniSZA/Mantan Timbalan M***i Negeri Terengganu).

Tuan/Puan dijemput untuk hadir.

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 1446H/2024M daripada Barisan Jawatankuasa Masjid As-Salikin, Kampung Sungai Udang,...
15/09/2024

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 1446H/2024M daripada Barisan Jawatankuasa Masjid As-Salikin, Kampung Sungai Udang, Dungun.

Selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarga dan Para Sahabat Baginda.

Semoga Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sentiasa menjadi ikutan dan pedoman dalam mengharungi hidup ini.

Semoga suatu hari nanti, kita dikurniakan rezeki untuk bertemu dengan Baginda Rasullullah SAW. In Shaa Allah. Aamiin.

15 September 2024 l Bilik Kuliah MASUD.Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan kepada para pelajar lepasan SPM yang berjaya...
15/09/2024

15 September 2024 l Bilik Kuliah MASUD.

Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan kepada para pelajar lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, Matrikulasi, Politeknik dan Pra-Universiti.

Para penerima terdiri daripada kalangan anak-anak penduduk dari lokaliti yang berhampiran dengan MASUD iaitu Kampung Tanah Lot, Kampung Sungai Udang, Kampung Bijangga dan Kampung Sungai Buaya.

Tahniah diucapkan dan semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu para pelajar bagi menampung kos dan perbelanjaan yang diperlukan semasa berada di peringkat awal pembelajaran mereka. Semoga berjaya dan dapat menabur bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang. Aamiin.

Assalamualaikum WBT.Dijemput semua jemaah dan komuniti setempat yang berkelapangan untuk hadir ke Program Kuliah Maghrib...
15/09/2024

Assalamualaikum WBT.

Dijemput semua jemaah dan komuniti setempat yang berkelapangan untuk hadir ke Program Kuliah Maghribi Khas oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Dzulkefli bin Mamat (Pendakwah Bebas) Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat Masjid As-Salikin, Kampung Sungai Udang, Dungun.

Program bakal disusuli dengan Majlis Selawat dan Potong Rambut Bayi.

Kita jumpa malam ini di MASUD.

Alhamdulillah.Pihak Pengurusan MASUD memutuskan untuk menukar mesin penapis air yang baharu bagi memberi keselesaan dan ...
31/08/2024

Alhamdulillah.

Pihak Pengurusan MASUD memutuskan untuk menukar mesin penapis air yang baharu bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada para jemaah.

Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat memberi manfaat dan diguna dengan sebaik mungkin.

28 Ogos 2024 l Bilik Mesyuarat MASUD.Sesi Pertemuan dan Perbincangan antara Barisan Jawatankuasa MASUD dan Jabatan Hal E...
31/08/2024

28 Ogos 2024 l Bilik Mesyuarat MASUD.

Sesi Pertemuan dan Perbincangan antara Barisan Jawatankuasa MASUD dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu serta Pejabat Agama Daerah Dungun berkaitan pelaksanaan program di MASUD yang dirangka untuk dilaksanakan nanti.

Terima kasih kerana memilih MASUD sebagai lokasi untuk kali ini.

27 Ogos 2024 l Kampung Bijangga, Dungun.Pengerusi, Barisan Jawatankuasa dan Jemaah MASUD mengadakan sesi ziarah ke rumah...
31/08/2024

27 Ogos 2024 l Kampung Bijangga, Dungun.

Pengerusi, Barisan Jawatankuasa dan Jemaah MASUD mengadakan sesi ziarah ke rumah En. Zulkifli, salah seorang Ahli Jawatankuasa MASUD yang diuji dengan masalah kesihatan.

Semoga En. Zulkifli dikurniakan kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit dan kesihatan seperti sedia kala. Aamiin.

Address

Kampung Sungai Udang
Dungun

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Assalikin, Kampung Sungai Udang, Dungun - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category