Masjid As-Solihin Kampung Durian Mentangau

Masjid As-Solihin Kampung Durian Mentangau Masjid durian mentangau

20/07/2026

Operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bermula pada Januari 2027 nanti akan melibatkan dua jenis kereta api penumpang iaitu laluan ekspres dan transit (persinggahan).

Baca artikel di bawah 👇

19/07/2026

📢 Pencarian 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐩𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐢𝐞 𝐌𝐮𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 bagi Daerah Dungun dan Kemaman

Anda beraspirasi untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidang muamalat?

Jika ya, maka anda selayaknya menyertai program Daie Muamalat Terengganu!

✅ Berusia antara 18 tahun hingga 45 tahun.
✅ Mempunyai minat mendalam dalam fiqh muamalat
✅ Terbuka kepada lelaki dan wanita
✅ Komited dalam menghadiri semua siri yang ditetapkan.

Sesungguhnya, Allah SWT telah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Maka, Allah telah mensyariatkan melalui al-Quran dan Rasul-Nya akan fiqh muamalat sebagai panduan bagi kita dalam urusan jual beli dan kewangan.

Fiqh muamalat bukan sekadar teori, tetapi panduan hidup yang menentukan halal atau batilnya setiap urusan harta. Tanpa ilmu, transaksi menjadi kebiasaan, namun berisiko terjerumus dalam riba, gharar dan kezaliman.

Daie yang mengikuti program pastinya bakal membawa implikasi besar buat ummah khususnya pada komuniti setempat, insya-Allah :
• Bila difahami → urusan menjadi halal & terpelihara
• Bila diamalkan → ekonomi terbina atas keadilan & amanah
• Bila diabaikan → membuka ruang kepada penipuan & konflik
• Bila dikuasai → melahirkan sistem kewangan yang patuh syariah
• Bila dihayati → rezeki bukan sekadar banyak, tetapi berkat

Hakikatnya, muamalat bukan hanya soal keuntungan,
tetapi soal tanggungjawab di hadapan Allah SWT.

Program ini adalah anjuran Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah & Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi Pegawai Seranta DUAT DUN yang terlibat :

DUN Bukit Besi - https://www.wasap.my/601133107064/NakDaftarDaieMuamalat

DUN Rantau Abang -
https://www.wasap.my/60136805492/NakDaftarDaieMuamalat

DUN Sura - https://www.wasap.my/601155094696/NakDaftarDaieMuamalat

DUN Paka - https://www.wasap.my/60179518424/NakDaftarDaieMuamalat

DUN Kemasik -https://www.wasap.my/60105061824/NakDaftarDaieMuamalat

DUN Kijal - https://www.wasap.my/60137943665/NakDaftarDaieMuamalat

DUN Cukai - https://www.wasap.my/60139716338/NakDaftarDaieMuamalat

DUN Air Putih - https://www.wasap.my/60167096241/NakDaftarDaieMuamalat

"Indahnya Hidup Bersyariat"
"Terengganu Maju Berkat Sejahtera"

19/07/2026

MAKLUMAN KEMATIAN

AHLI PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN DURIAN MENTANGAU

NO AHLI 035
(TANGGUNGAN)


1. NAMA : ROZAYUMI BINTI AWANG
2. UMUR : 35 TAHUN
3. ASAL NEGERI: KELANTAN
4. DAERAH :
5. ALAMAT SEKARANG: NO LORONG 5 KG DURIAN MENTANGAU PAKA
6. TARIKH MATI: 18 JULAI 2026
7. MASA MATI : 4.30PAGI
8. HARI MATI: SABTU
9. TEMPAT MATI: HSNZ
10. TEMPAT DIMANDIKAN: RUMAH MERTUA DI DM
11. SOLAT JENAZAH:
MASJID DM LEPAS ZOHOR ( 18/7/2026)
12. ASBAB MATI: JANGKITAN KUMAN
13. PEKERJAAN SEMASA HIDUP: SURIRUMAH
14. TEMPAT KEBUMI KUBUR: PERKUBURAN DM

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ...

Al-Fatihah...
‎ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat..

‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

JAWATANKUASA PENGURUSAN KEMATIAN DURIAN MENTANGAU

Alhamdulillah, selesai sudah Kuliah Maghrib Jemputan bersama Dato' Dr. Badli Shah di Masjid As-Solihin, Kg. Durian Menta...
09/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Kuliah Maghrib Jemputan bersama Dato' Dr. Badli Shah di Masjid As-Solihin, Kg. Durian Mentangau. 🌙

Malam yang penuh dengan ilmu, nasihat dan peringatan buat kita semua. Terima kasih kepada Dato' Dr. Badli Shah atas perkongsian yang cukup santai, dekat di hati dan memberi banyak manfaat.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh jemaah yang hadir. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menjadi penyeri majlis ilmu. Semoga setiap langkah ke masjid, setiap minit yang diluangkan dan setiap ilmu yang didengari menjadi amal soleh yang berkekalan di sisi Allah SWT.

Insya-Allah, kita bertemu lagi dalam majlis ilmu yang akan datang. Jom sama-sama istiqamah memakmurkan rumah Allah. 🤲💚





𝐻𝑎𝑟𝑖-ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑜𝑛 𝑡𝑒𝑙𝑒𝑓𝑜𝑛  𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑡𝑎𝑘 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎, 𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑖𝑡𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑝𝑎ℎ𝑎𝑙𝑎 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑑𝑜𝑠𝑎??📱🤔Kadang-kadang satu ...
03/07/2026

𝐻𝑎𝑟𝑖-ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑜𝑛 𝑡𝑒𝑙𝑒𝑓𝑜𝑛 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑡𝑎𝑘 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎, 𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑖𝑡𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑝𝑎ℎ𝑎𝑙𝑎 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑑𝑜𝑠𝑎??📱🤔

Kadang-kadang satu klik boleh jadi saham pahala, kadang-kadang satu perkongsian p**a menjadi asbab dosa yang berpanjangan.

Sahabat-sahabat semua,

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke

💫𝑲𝑼𝑳𝑰𝑨𝑯 𝑴𝑨𝑮𝑯𝑹𝑰𝑩 𝑱𝑬𝑴𝑷𝑼𝑻𝑨𝑵 ✨

𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒔𝒐𝒉𝒊𝒃𝒖𝒍 𝒇𝒂𝒅𝒉𝒊𝒍𝒂𝒉 𝑫𝒂𝒕𝒐' 𝑫𝒓. 𝑩𝒂𝒅𝒍𝒊 𝑺𝒉𝒂𝒉 𝒃𝒊𝒏 𝑨𝒍𝒂𝒖𝒅𝒅𝒊𝒏, 𝑻𝒊𝒎𝒃𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑴𝒖𝒇𝒕𝒊 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒂𝒉𝒂𝒏𝒈.👳‍♂️

🕌 Masjid As-Solihin, Kg Durian Mentangau
📅 Khamis | 9 Julai 2026
🕰 Selepas Solat Maghrib

🎙 Tajuk kuliah : 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟; 𝗟𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗟𝗨𝗕𝗨𝗞 𝗗𝗢𝗦𝗔?🛜

Satu perkongsian yang sangat dekat dengan kehidupan kita hari ini.

Jom sama-sama kita dengar panduan dan muhasabah agar media sosial menjadi jalan menuju syurga, bukan sebaliknya.

✅ Jemput hadir beramai-ramai.
✅ Ajak anak-anak, jiran dan sahabat.

"Jumpa di masjid, insya-Allah🤩

01/07/2026

📹 "rakam rakam, saing kita tengoh azan!" ❤️

Momen macam ni memang mahal.

Disaat anak ini berani melaungkan azan di masjid, kawan-kawannya p**a steady rakam di telipon masing-masing😊😄

Semoga suara yang mengajak orang kepada solat ini menjadi asbab keberkatan hidupnya, dan semoga mereka semua terus membesar sebagai anak-anak yang cintakan masjid.

Inilah generasi yang kita doakan. 🤲


Alhamdulillah... rezeki semalam. 😊Selesai solat, jemaah masjid dijamu dengan durian kampung yang dibawa oleh ahli qaryah...
30/06/2026

Alhamdulillah... rezeki semalam. 😊

Selesai solat, jemaah masjid dijamu dengan durian kampung yang dibawa oleh ahli qaryah. Suasana bertambah meriah dengan gelak tawa dan kebersamaan sambil menikmati "raja buah".

Terima kasih kepada semua yang berkongsi rezeki. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, melimpahkan rezeki yang lebih luas, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli qaryah. 🤲💚

Alhamdulillah,meriah Masjid
21/06/2026

Alhamdulillah,meriah Masjid

فأيُّ الصدقةِ أفضلُ ؟ قال : سقْيُ الماءِDitanya kepada Nabi SAW, sedekah manakah yang paling afdhal? Jawab Nabi SAW: mem...
14/06/2026

فأيُّ الصدقةِ أفضلُ ؟ قال : سقْيُ الماءِ

Ditanya kepada Nabi SAW, sedekah manakah yang paling afdhal?
Jawab Nabi SAW: memberi minum air.

Alhamdulillah 🤲

Terima kasih kepada penyumbang budiman yang telah menginfaqkan sebuah penapis air untuk kegunaan para jemaah masjid.

Semoga segala manfaat yang diperoleh daripada kemudahan ini menjadi saham pahala yang berterusan serta diberkati Allah SWT.

Jazakumullahu khairan kathira. 🌹

𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑢𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚 & 𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎 🥰Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, bagaimana kita mahu kekal istiqamah dalam ke...
02/06/2026

𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑢𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚 & 𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎 🥰

Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, bagaimana kita mahu kekal istiqamah dalam ketaatan?
Bagaimana ingin mendidik diri dan keluarga agar terus berada di jalan yang diredhai Allah?

Khas buat para muslimah, ibu-ibu serta seluruh lapisan masyarakat, jangan lepaskan peluang menghadiri majlis ilmu istimewa :

✨ 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐈𝐄 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐁𝐑𝐈𝐓𝐈 🎙️

Pengisian khas bersama :
𝑼𝒔𝒕𝒂𝒛𝒂𝒉 𝑨𝒔𝒎𝒂 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑯𝒂𝒓𝒖𝒏 (𝑃𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑏𝑟𝑖𝑡𝑖)

📅Tarikh : 18 Jun 2026
🗓️Hari : Khamis
🕤Masa : 9.30 pagi
📍Tempat : Masjid As-Solihin Kg Durian Mentangau

Ustazah akan mengupas satu tajuk yang istimewa 🤩

𝑯𝑰𝑱𝑹𝑨𝑯 & 𝑰𝑺𝑻𝑰𝑸𝑨𝑴𝑨𝑯 𝑫𝑰 𝑨𝑲𝑯𝑰𝑹 𝒁𝑨𝑴𝑨𝑵✊

Mari luangkan sedikit masa untuk mengisi jiwa, menambah ilmu dan mencari kekuatan iman bersama pendakwah selebriti tanah air.

🌷 Datanglah bersama sahabat, jiran, adik-beradik dan ahli keluarga.

🌷 Rebut peluang menimba ilmu yang bermanfaat.

🌷 Semoga menjadi asbab perubahan dan penghijrahan diri ke arah yang lebih baik.

📢 Sebarkan kepada semua, terutama ibu-ibu dan kaum wanita.

Jumpa di Masjid As-Solihin Kg Durian Mentangau! 🤲🏻✨

Address

MASJID AS SOLIHIN KAMPUNG DURIAN MENTANGAU
Dungun
23100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid As-Solihin Kampung Durian Mentangau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category