24/08/2026
๐โจ ALHAMDULILLAH! NAIB JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK MAULIDUR RASUL 1448H โจ๐
Masjid Baitul Falah Kampung Pangtray melakar satu lagi kenangan manis dalam Sambutan Maulidur Rasul Bahagian Mukah Tahun 2026/1448H apabila diumumkan sebagai NAIB JOHAN Pertandingan Sepanduk bagi Kategori B (JKKK / Masjid / Surau) pada malam ini. ๐ฅ๐
Pada asalnya, sambutan tahun ini dirancang seperti kebiasaannya dengan Pertandingan Perarakan dan Pertandingan Sepanduk yang melibatkan sebanyak 32 kontinjen dalam 4 kategori.
Berdasarkan undian semasa mesyuarat pada 20 Ogos 2026 (Khamis) di Masjid Baitul Falah Kampung Pangtray, kontinjen kami telah mendapat nombor undian ke-12 bagi Kategori B.
Namun, pada 23 Ogos 2026 (Ahad), pihak penganjur telah mengeluarkan Notis Makluman Pindaan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Bahagian Mukah Tahun 2026/1448H yang memaklumkan bahawa Perarakan Maulidur Rasul DIBATALKAN, manakala penilaian sepanduk tetap diteruskan bagi menghargai usaha dan persediaan awal yang telah dilakukan oleh semua kontinjen.
Walaupun langkah kaki tidak dapat diatur dalam perarakan, semangat kami tetap diteruskan melalui sepanduk yang telah disiapkan dengan penuh kesungguhan. โค๏ธ
Dan malam iniโฆ segala usaha, masa, tenaga dan kerjasama yang dicurahkan akhirnya membuahkan hasil. ๐ฅนโค๏ธ
๐ NAIB JOHAN
๐ฅ Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1448H
๐ Kategori B โ JKKK / Masjid / Surau
Tahniah dan syabas buat seluruh kontinjen Masjid Baitul Falah Kampung Pangtray! ๐๐ป๐
Kemenangan ini bukan sekadar tentang sebuah piala atau kedudukan, tetapi tentang semangat kerjasama, kesungguhan dan kecintaan kita dalam menyambut serta memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๐น
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menghasilkan sepanduk ini. Setiap tenaga dan usaha anda amat kami hargai. โค๏ธ
Alhamdulillah, syukur atas rezeki ini.
Semoga kejayaan kecil ini menjadi kenangan indah dan pembakar semangat untuk kita terus bersama dalam aktiviti-aktiviti akan datang. ๐คฒ๐ปโจ
๐น Allahumma solli โala Sayyidina Muhammad wa โala ali Sayyidina Muhammad. ๐น