28/03/2021
MALAM INI, malam doa diterima, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita.
Beri tahu kepada semua orang-orang yang kita sayang.
Hari ini 28 Mac 2021 adalah malam nisfu syaaban sebaik sahaja masuk waktu maghrib.
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู: ุฅูุฐูุง ููุงูู ููููููุฉู ุงููููุตููู ู
ููู ุดูุนูุจูุงูู ูููููู
ููุง ููููููููุง ููุตููู
ููุง ููููุงุฑูููุงุ ููุฅูููู ุงูููู ุชูุนูุงููู ููููุฒููู ูููููุง ููุบูุฑููุจู ุงูุดููู
ูุณู ุฅูููู ุณูู
ูุงุกู ุงูุฏููููููุง ููููููููู: ุฃููุงู ู
ูุณููุชูุบูููุฑ ููุฃูุบูููุฑ ููููุ ุฃููุงู ู
ูุณูุชูุฑูุฒู ููุฃูุฑูุฒููููุ ุฃููุงู ู
ูุจูุชููู ููุฃูุนูุงููููุ ุฃููุงู ููุฐูุงุ ุฃููุงู ููุฐูุง ุญูุชููู ููุทูุนู ุงูููุฌูุฑ.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begituโฆ sekiranya beginiโฆ sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Sebarkan untuk kebaikan bersama. Sila share.
Malam Nisfu Syaโban
1442H bersamaan 28 Mac 2021
Apakah kelebihan malam nisfu syaโban?
Banyak kelebihan malam nisfu syaโban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
7 KELEBIHAN MALAM NISFU SYAโBAN
1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu syaโban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.
2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda Rasulullahu SAW maksudnya:
pada malam nisfu syaโban menurunkan Allah akan rahmatNyA dan para malaikatNya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu syaโban dan selesai pada malam lailatul Qadar diserahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril, urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.
3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:
Malam nisfu syaโban aku terbangun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu syaโban dan mengampuni dosa hambanya
4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.
Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.
Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: โtahukah kamu malam apakah ini?โ
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda: Malam ini adalah malam Nisfu syaโban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.
5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu syaโban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu syaโban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab doโa tidak berdoโa seseorang melainkan engkau kabulkan.
6. Diriwayatkan dari Kaโab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu syaโban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga.
Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.
7. Pada malam Nisfu Syaโban Allah menambahkan air Zam Zam.
FAEDAH AMALAN PADA NISFU SYAโBAN
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu syaโban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat walโafiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Syaโban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
Semoga kita mendapat keberkatan dengan mengerjakan amalan di malam Nisfu Syaaban ini.
Aamiin..