05/10/2026
𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗢𝗡 𝗣𝗢𝗜𝗡𝗧 𝗠𝗖𝟭𝟬
Pendekatan dakwah berasaskan doa dan bukannya menghukum orang lain. Beliau mengingatkan jemaah yang menuntut ilmu di masjid agar tidak bersikap ‘terpaling berilmu’ atau perasan diri lebih baik berbanding orang sekeliling. Mengangkat teladan Rasulullah SAW dan Saidatina Fatimah az-Zahra, beliau menegaskan jihad terbesar wanita akhir zaman hari ini adalah kemampuan menahan diri daripada godaan menayangkan diri di media sosial, termasuk menolak keinginan mengikut trend berjoget atau memuat naik gambar keterlaluan.