Surau Bomba Cyberjaya

Call Directions Website Contact the place of worship

Surau Bomba Cyberjaya Kejujuran dan Ketekunan
Infaq Tabung surau - https://toyyibpay.com/Surau-Bomba-Cyberjaya

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Menziarahi Pesakit عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ ...
04/10/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Menziarahi Pesakit

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ لِلْمَرِيضِ بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW apabila merawat orang sakit, baginda mendoakan dengan membaca: BISMILLAHI TURBATU ARDHINA BI RIIQATI BA'DHINA YUSYFAA SAQIIMUNA BI IDZNI RABBINA (Dengan nama Allah. Tanah bumi kami, dengan air liur sebahagian daripada kami; semoga orang sakit dalam kalangan kami disembuhkan dengan izin Tuhan kami)." (HR Bukhari No: 5304) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara tanggungjawab Muslim ialah menziarahi orang yang sakit

2. Antara sunnah Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit ialah mendoakan pesakit.

3. Antara doa yang boleh dibaca kepada pesakit:

بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

(Dengan nama Allah. Tanah bumi kami, dengan air liur sebahagian daripada kami; semoga orang sakit dalam kalangan kami disembuhkan dengan izin Tuhan kami)

4. Islam menggabungkan doa, ikhtiar dan tawakal. Mendapatkan rawatan perubatan sebagai ikhtiar tidak bercanggah dengan tawakal kepada Allah.

5. Imam al-Nawawi ketika menghuraikan hadis ini menjelaskan bahawa ia merupakan dalil tentang keharusan melakukan ruqyah atau rawatan menggunakan ayat al-Quran, zikir dan doa yang disyariatkan.

6. Ruqyah mesti bebas daripada unsur syirik dan khurafat. Tidak boleh menggunakan jampi yang tidak difahami, meminta bantuan jin atau mempercayai benda tertentu mempunyai kuasa ghaib dengan sendirinya.





23hb Rabiulakhir 1448H
05hb Oktober 2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Adab Orang Yang Ditimpa Musibah عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ النَّبِي...
03/10/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Adab Orang Yang Ditimpa Musibah

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

Daripada Anas bin Malik RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu mengharapkan kematian disebabkan musibah yang menimpanya. Namun sekiranya dia benar-benar tidak dapat mengelakkan perasaan tersebut, hendaklah dia berdoa; Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku." (HR Bukhari No: 5239) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim diperintahkan agar bersabar dan reda apabila ditimpa musibah.

2. Setiap musibah yang menimpa seorang Muslim bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat seseorang.

3. Dilarang mengharapkan kematian semata-mata kerana kesakitan atau kesusahan dunia.

4. Kita tidak mengetahui sama ada kehidupan atau kematian pada sesuatu ketika lebih baik untuk kita.

5. Bagi orang yang ditimpa musibah, tidak boleh meminta dan mengharap supaya dipercepatkan kematian kerana seseorang tidak mengetahui apakah kehidupan atau kematian yang lebih baik baginya.

6. Ketika penderitaan terlalu berat, gunakan doa yang diajar Rasulullah SAW. Diharuskan berdoa dengan lafaz ini:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

“Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku”





22hb Rabiulakhir 1448H
04hb Oktober 2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Sakit dan Kesusahan Penghapus Dosa عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّه...
02/10/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sakit dan Kesusahan Penghapus Dosa

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَرَضٍ أَوْ وَجَعٍ يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ إِلَّا كَانَ كَفَّارَةً لِذَنْبِهِ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا أَوْ النَّكْبَةِ يُنْكَبُهَا

Daripada Aisyah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu penyakit atau kesusahan yang menimpa seorang mukmin melainkan ia menjadi penghapus dosa baginya, sehingga duri yang menusuknya atau batu yang ia tersandung kerananya." (HR Ahmad No: 24173) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Setiap kebaikan dan keburukan yang menimpa seorang mukmin ada hikmah disebaliknya.

2. Penyakit atau kesusahan yang menimpa ke atas seorang mukmin bertujuan untuk mengampunkan dosa dan meninggikan darjat.

3. Termasuklah musibah yang kecil seperti duri yang mencucuk ataupun kaki yang tersepak batu – juga menjadi penghapus dosa dengan syarat ia reda dan bersabar.

4. Sabar dan mengharapkan pahala ketika sakit mempunyai kedudukan yang besar.

5. Bersabar dan reda di atas sebarang kesusahan dan kesakitan yang menimpa adalah dituntut dan ia menjadi penghapus dosa-dosa kita.





21hb Rabiulakhir 1448H.
03hb Oktober 2026

02/10/2026

KULIAH MAGHRIB

ILMU FEQAH
USTAZ MUHAMMAD HILMI BIN ZAKARIA

02/10/2026

DARI TAKHTA KE HATI RAKYAT. 25 TAHUN MENJUNJUNG DAULAT

KHATIB: USTAZ LUQMAN BIN ABD MAJID
BILAL: HAJI MUKHSIN BIN SELAMAT

📢🕌🕋🕋🕌📢🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇SURAU BOMBA CYBERJAYA----------------------------------------------السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهبسم ال...
02/10/2026

📢🕌🕋🕋🕌📢
🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇

SURAU BOMBA CYBERJAYA
----------------------------------------------
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KHUTBAH JUMAAT SURAU BOMBA CYBERJAYA

✨ KHATIB: UST LUQMAN ABD MAJID

✨ BILAL: HJ MUKHSIN SELAMAT

📖 TAJUK KHUTBAH: DARI TAKHTA KE HATI RAKYAT. 25 TAHUN MENJUNJUNG DAULAT

TAZKIRAH JUMAAT: UST DR SOBRI

TAJUK TAZKIRAH: HIKMAH PENCIPTAAN JIN DAN MANUSIA

📆 TARIKH: 02 OKTOBER 2026 (JUMAAT)

👍LIKE FB🕌 Surau Bomba Cyberjaya

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Zikir Yang Mengampunkan Dosa عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّ...
01/10/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Yang Mengampunkan Dosa

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ حِينَ يَسْتَيْقِظُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ثُمَّ دَعَا رَبِّ اغْفِرْ لِي غُفِرَ لَهُ قَالَ الْوَلِيدُ أَوْ قَالَ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ قَامَ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ صَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ

Daripada Ubadah bin Shamit RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa terjaga di malam hari, dan ketika terjaga ia mengucapkan kalimah; "Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Agung." Kemudian dia berdoa; "Wahai Tuhanku, ampunilah aku." Nescaya ia akan di ampunkan." Al Walid berkata; Baginda bersabda: "Jika ia berdoa, nescaya doanya akan di perkenankan. Dan jika ia bangun, berwuduk lalu menunaikan solat, maka solatnya pasti diterima." (HR Ibnu Majah No: 3868) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1. Waktu terjaga pada malam hari merupakan peluang besar untuk berzikir dan berdoa.

2. Jangan mensia-siakan detik terjaga malam hari dengan perkara yang tidak bermanfaat.

3. Barang siapa terjaga dari tidur di malam hari lalu membaca zikir ini dan diikuti dengan doa mohon keampunan, Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Zikir tersebut :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

"Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Agung."

Kemudian dia berdoa:

رَبِّ اغْفِرْ لِي
Ya Allah, ampunilah aku

Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

4. Jika seseorang membaca zikir tersebut dan berdoa, nescaya doanya akan di kabulkan.

5. Jika ia bangun untuk berwuduk kemudian menunaikan solat sunat, maka solatnya pasti diterima. Jika ia berdoa, nescaya doanya akan di perkenankan.

6. Hadis ini memberikan khabar gembira tentang keampunan dan penerimaan doa bagi mereka yang terjaga dari tidur di malam hari.

7. Jadikanlah kebiasaan lisan kita untuk berzikir ketika terjaga dari tidur di malam hari, beristighfar memohon ampun, berwuduk dan menunaikan solat sunat serta berdoa. Semoga hubungan kita dengan Allah sentiasa terpelihara.





20hb Rabiulakhir 1448H
02hb Oktober 2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Ketika Awan Mendung Berarak dan Hujan Turun عَنْ الْمِقْدَامِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَة...
30/09/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Ketika Awan Mendung Berarak dan Hujan Turun

عَنْ الْمِقْدَامِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى سَحَابًا مُقْبِلًا مِنْ أُفُقٍ مِنْ الْآفَاقِ تَرَكَ مَا هُوَ فِيهِ وَإِنْ كَانَ فِي صَلَاتِهِ حَتَّى يَسْتَقْبِلَهُ فَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ فَإِنْ أَمْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً وَإِنْ كَشَفَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَمْ يُمْطِرْ حَمِدَ اللَّهَ عَلَى ذَلِكَ

Daripada Al-Miqdam dari ayahnya bahawa Aisyah RA telah mengkhabarkan kepadanya: Sesungguhnya Nabi SAW apabila melihat awan gelap yang bergerak dari satu ufuk (kaki langit) di antara ufuk yang tinggi, maka baginda meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sehingga Baginda menghadap ke arahnya lalu berdoa: " Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang dibawa bersamanya." Jika hujan turun, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan)." (baginda membacanya) dua kali atau tiga kali. Dan jika Allah Azza Wa Jalla menghilangkan awan tersebut dan hujan tidak jadi turun, maka baginda (bersyukur) memuji Allah atas semua itu." (HR Ibnu Majah No: 3879) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap peristiwa yang berlaku seperti awan mendung yang berarak dan hujan yang turun adalah ketentuan dan ketetapan dari Allah

2. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa apabila melihat awan mendung yang berarak agar jauh dari musibah:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ

“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang dibawa bersamanya”

3. Rasulullah SAW juga mengajar kita berdoa apabila hujan turun agar ia bermanfaat.

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan).

4. Kita bukan hanya meminta sesuatu yang banyak, tetapi meminta agar ia bermanfaat dan memohon perlindungan daripada mudaratnya.

5. Bersyukur bukan sahaja atas nikmat yang Allah berikan, tetapi juga atas keburukan yang Allah hindarkan.

6. Tidak semua nikmat Allah datang dalam bentuk sesuatu yang diberikan kepada kita. Ada nikmat yang datang dalam bentuk sesuatu yang Allah jauhkan daripada kita.

7. Mukmin tidak hanya mengingati Allah ketika ditimpa musibah. Ketika melihat tanda-tandanya dia berdoa, ketika menerima nikmat dia berharap keberkatannya, dan ketika bahaya berlalu, dia bersyukur.

Amalkanlah bacaan doa apabila nampak awan mendung dan hujan turun.





19hb Rabiulakhir 1448H
01hb Oktober 2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Penutup Majlis (Kaffaratul Majlis) عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ كَانَ رَسُولُ...
29/09/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Penutup Majlis (Kaffaratul Majlis)

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ بِأَخَرَةٍ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ مِنْ الْمَجْلِسِ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ لَتَقُولُ قَوْلًا مَا كُنْتَ تَقُولُهُ فِيمَا مَضَى فَقَالَ كَفَّارَةٌ لِمَا يَكُونُ فِي الْمَجْلِسِ

Daripada Abu Barzah Al Aslami RA beliau berkata: "Ketika akan mengakhiri majlis, apabila Rasulullah SAW hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis, Baginda biasa akan mengucapkan: "'SUBHANAKALLAH HUMMA WA BIHAMDIKA ASHADUAL LAA ILAAHA ILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIKA (‘Maha Suci Engkau, ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.’)." Seorang lelaki lalu bertanya: " Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau mengucapkan suatu ucapan yang sebelum ini tidak biasa engkau ucapkan" Baginda bersabda: "Itu sebagai penebus dosa yang terjadi sepanjang dalam majlis tersebut." (HR Abu Daud : 4217) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Iringi setiap perkara yang kita lakukan dengan zikir atau doa kepada Allah

2. Setiap pertemuan manusia, berpotensi mengandungi kekurangan dan kesalahan.

3. Rasulullah SAW mengakhiri sesuatu majlis atau pertemuan dengan bacaan kaffaratul majlis (doa penutup majlis):

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

(‘Maha Suci Engkau, ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.’)

4. Kaffarah Majlis ialah doa yang dibaca untuk memohon Allah mengampunkan kesalahan dan kekurangan yang berlaku sepanjang sesuatu majlis.

5. Orang yang mengakhiri pertemuan atau majlis dengan doa kafaratul majlis di atas, nescaya ia menjadi penebus dosa (kecil) yang terjadi selama berada di majlis tersebut.

6. Orang Mukmin bukan hanya beristighfar selepas melakukan dosa; dia juga beristighfar selepas melakukan kebaikan kerana menyedari bahawa kebaikannya masih mempunyai kekurangan.

7. Sunnah mengajar kita menutup majlis dengan tauhid, tasbih, tahmid, istighfar dan taubat.

8. Bacaan doa penutup majlis ini sangat sesuai dibudayakan apabila mengakhiri mesyuarat, usrah, kuliah, perbincangan keluarga dan pertemuan sosial.





18hb Rabiulakhir 1448H.
30hb September 2026

📢🕌🕋🕋🕌🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇SURAU BOMBA CYBERJAYA---------------------------------------------- السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الل...
29/09/2026

📢🕌🕋🕋🕌
🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇

SURAU BOMBA CYBERJAYA
----------------------------------------------

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

AJK Surau Bomba Cyberjaya dengan sukacitanya ingin menjemput para muslimin/muslimat untuk bersama menghadiri kelas tajwid AL-QURAN HARAKI seperti ketetapan berikut :

TARIKH: 29/09/2026 (Selasa)
MASA: Selepas solat maghrib

Ustaz Zulkifli Bin Din

Semoga majlis ilmu ini diberi keberkatan dan memberi manfaat kepada semua.

Moga dengan aktiviti ini Allah SWT kurniakan kita dan keluarga segala kebaikan, keberkatan & mengeratkan lagi ukhuwah kita🤲

Tonton siaran secara langsung di Facebook: Surau Bomba Cyberjaya
----------------------------------------------
🫑🫑🫑🫑🫑🫑🫑🫑🫑🫑🫑

Address

Persiaran Apec
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Bomba Cyberjaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Bomba Cyberjaya:

Shortcuts

Share