24/02/2024
Sudah tiba masanya menegur Ahli Parlimen Sepang demi kepentingan dan kesejahteraan penduduk Cyberjaya dan Sepang.
Satu surat telah dihantar melalui email untuk perhatian YB Parlimen Sepang, YB Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu ( Aiman Athirah Sabu ).
Masalah-masalah yang diutarakan:
1. Masalah tanda garisan jalan yang telah pudar. Contoh di sepanjang Persiaran Multimedia.
2. Masalah lampu jalan yang malap, atau di sesetengah kawasan langsung tiada. Contoh di Persiaran Apec berhampiran MRT Cyberjaya Utara.
3. Masalah papan tanda yang sudah usang dan berkarat.
4. Masalah jalan berombak dan berlubang. Contoh di Persiaran Bestari dari persimpangan Symphony Hills ke persimpangan Mulia Residence.
5. Masalah meletakkan kenderaan di pinggir MRT Cyberjaya Utara kerana kawasan letak kereta yang sangat terhad.
6. Masalah lampu jalan pejalan kaki antara Cyberia Smarthomes dan Multimedia University yang sudah bertahun rosak.
7. Masalah sampah sarap di pinggir jalan di antara pagar Cyberia Smarthomes dengan jalan raya yang tidak pernah dibersihkan sehingga menyebabkan kes denggi yang tinggi.
8. Masalah projek MEX2 yang tergendala yang mengganggu arus lalu lintas di tiga persimpangan iaitu Persimpangan Persiaran Multimedia, Persiaran Semarak Api dan Persiaran Rimba Permai. Penduduk Cyberjaya ingin mengetahui status projek ini daripada kerajaan.
9. Status pembinaan SK Cyberjaya 2 yang masih belum nampak perkembangan sedangkan SK Cyberjaya 1 sudah terlalu penuh. Penduduk Cyberjaya mahukan status projek pembinaan sekolah ini dan langkah-langkah interim untuk menangani masalah yang sangat getir ini sebelum sekolah siap dibangunkan.
10. Masalah kenderaan yang selalu memandu melebihi had laju sehingga mengakibatkan sering terjadi kemalangan, dan ada kemalangan yang meragut nyawa.
11. Masalah Klinik Kesihatan Cyberjaya yang masih hanya melayani perkhidmatan perubatan untuk Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak sahaja kerana ketiadaan doktor yang cukup.
12. Masalah kadar taksiran cukai hartanah yang lebih tinggi berbanding daerah-daerah lain di Selangor.
13. Masalah pekerja asing yang boleh dikatakan bekerja di hampir setiap kedai dan restoran di dalam Cyberjaya yang tidak dapat dipastikan mereka mempunyai permit yang sah dan juga mematuhi peraturan seperti mengambil suntikan typhoid untuk yang bekerja di restoran.
14. Keperluan untuk masjid ke-3 kerana masjid sedia ada sekarang sudah tidak mampu menampung jemaah terutamanya solat Jumaat. Dianggarkan penduduk Cyberjaya sekarang telah mencecah lebih dari 35,000.
15. Kemudahan sukan rekreasi yang tidak mencukupi seperti padang bola awam, kolam renang awam, trek larian, gelanggang badminton dan tenis awam, sebagai contoh.
16. Masalah anjing-anjing liar yang berkeliaran di beberapa kawasan di Cyberjaya.
17. Masalah jalan antara persimpangan Persiaran Rimba Permai dan persimpangan The Mulia Residence yang masih belum dibuka.
18. Menyegerakan pembinaan akses langsung yang belum dibuat yang menyambungkan Cyberjaya dengan persimpangan bertingkat Persiaran Selatan Putrajaya. Persimpangan bertingkat berhampiran Balai Bomba Cyberjaya sangat padat pada waktu petang.
19. Menyegerakan pembinaan akses jalan ke Gamuda Cove, kerana pemaju Gamuda Cove sudah memulakan pembinaan jambatan merentasi Lebuhraya Elite, namun di bahagian Cyberjaya pembinaan belum bermula sama sekali.
20. Ketiadaan Medan Selera dibawah kelolaan Majlis Perbandaran Sepang untuk peniaga-peniaga kecil berniaga dan penduduk Cyberjaya mempunyai pilihan mendapatkan pilihan tempat makan yang murah.
21. Kewujudan penempatan haram yang didiami warga asing di kawasan tersorok di dalam Cyber 10.
ARTIKEL DITULIS SEPENUHNYA OLEH
EN. AL-FACHRI AL-ASMAR DI TWITTER (X).
22. (Tambahan)Tolong downgrade Bus stop cyberjaya kerana bus stop cyberjaya yang paling canggih untuk pengguna bas rapid. 😁😁😁😁