Surau Nurul Hidayah Tmn Miharja Fasa 2 Cheras

Surau Nurul Hidayah Tmn Miharja Fasa 2 Cheras Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Nurul Hidayah Tmn Miharja Fasa 2 Cheras, Mosque, Blok 09-00-04 Perumahan PDRM Tmn Miharja Fasa 2 Cheras, Cheras.

08/07/2024

MENUTUP AURAT

Islam sangat menjaga kehormatan wanita dan mengangkat tinggi nilai seorang wanita. Seorang wanita wajib menutup auratnya untuk memelihara dirinya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nur, ayat 31.

Ibn Abbas menjelaskan ayat “kecuali apa yang zahir” ialah muka dan dua tapak tangan. Ini merupakan pendapat yang masyhur dalam kalangan majoriti ulama.

08/07/2024

Kelebihan Solat Sunat Sebelum Solat Subuh

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

Riwayat Muslim (725)

08/07/2024

Hadis Kelebihan Solat Dhuha

Solat Dhuha antara amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w

Sangat banyak kelebihannya.

Apa kata kita tambah satu amalan ini dan istiqamah. Boleh dilaksanakan 2, 4, 6, 8 atau 12 rakaat.

5 kelebihan solat dhuha sebagai motivasi untuk kita beramal lillahi taala.

1. Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari

Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.”

(Hadis Riwayat Muslim)

2. Diampunkan dosa walau seperti buih di lautan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

3. Dibangunkan rumah di syurga

Sabda Nabi SAW;

“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”

(al-Jami’: 634)

4. Sentiasa dicukupkan rezeki

Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata,

“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

5. Mendapat pahala seperti menunaikan umrah

Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

(Sahih al-Targhib: 673)

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT27 JUN 2024 (KHAMIS)(SELEPAS SOLAT MAGHRIB)SURAU NURUL HIDAYAHTMN MIHARJA FA...
27/06/2024

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT

27 JUN 2024 (KHAMIS)
(SELEPAS SOLAT MAGHRIB)

SURAU NURUL HIDAYAH
TMN MIHARJA FASA 2
CHERAS

DIPIMPIN OLEH :-
IMAM MAT KARI BIN TEH

Gotong Royong Mega Perangi Aedes Perumahan PDRM KL 22 Jun 2024 (Sabtu)Sekitar Perumahan PDRM Surau Nurul Hidayah Tmn Mih...
22/06/2024

Gotong Royong Mega Perangi Aedes Perumahan PDRM KL
22 Jun 2024 (Sabtu)

Sekitar Perumahan PDRM Surau Nurul Hidayah Tmn Miharja Fasa 2 Cheras

Terima Kasih kepada Jemaah yang membantu membersih sekitar kawasan Surau .

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT20 JUN 2024 (KHAMIS)(SELEPAS SOLAT MAGHRIB)SURAU NURUL HIDAYAHTMN MIHARJA FA...
20/06/2024

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT

20 JUN 2024 (KHAMIS)
(SELEPAS SOLAT MAGHRIB)

SURAU NURUL HIDAYAH
TMN MIHARJA FASA 2
CHERAS

DIPIMPIN OLEH :-
IMAM MAT KARI BIN TEH

Gotong Royong Mega Perangi AedesPerumahan PDRM KLTarikh : 22 Jun 2024 (Sabtu)Mass : 8.30 pagiTempat : Dataran Hadapan Su...
18/06/2024

Gotong Royong Mega Perangi Aedes
Perumahan PDRM KL

Tarikh : 22 Jun 2024 (Sabtu)
Mass : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Hadapan Surau Nurul Hidayah Tmn Miharja Fasa 2 Cheras

Semua Dijemput Hadir Bersama-sama Program Perumahan Ini.

Program Solat Sunat AidilAdha dan Ibadah Qurban Surau Nurul Hidayah Tmn Miharja Fasa 2 Cheras  1445H/2024M di Perkaranga...
17/06/2024

Program Solat Sunat AidilAdha dan Ibadah Qurban Surau Nurul Hidayah Tmn Miharja Fasa 2 Cheras 1445H/2024M di Perkarangan Surau Nurul Hidayah.

Imam/ Khatib : Ustaz Basya
Bilal : Hj Abdul Rahman

Semoga ibadah korban diterima dan diberikan ganjaran yang sebaik-baiknya oleh Allah swt.

16/06/2024
16/06/2024
🕋 SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN 1445H/ 2024M🕌 Solat Sunat Aidiladha🗓️ Tarikh/Hari17/6/2024 (Isnin)🕗 Masa8.15 p...
16/06/2024

🕋 SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN 1445H/ 2024M

🕌 Solat Sunat Aidiladha

🗓️ Tarikh/Hari
17/6/2024 (Isnin)

🕗 Masa
8.15 pagi

📍 Tempat
Dataran Hadapan Surau Nurul Hidayah Tmn Miharja Fasa 2 Cheras KL.

👳Imam/Khatib
Ustaz Muhammad Hafizuien Basya bin Suryadi

👳Bilal
En. Abdul Rahman Bin Abdullah

🐂 Program Ibadah Korban
(Selepas Selesai Solat Sunat Aidiladha)

📍 Tempat
Perkarangan Surau Nurul Hidayah

Muslimin dan muslimat dijemput hadir

Majlis Ilmu/Kuliah Maghrib14 Jun 2024 | Sekitar majlis ilmu/kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust Mohd Syahid Bin Ram...
14/06/2024

Majlis Ilmu/Kuliah Maghrib

14 Jun 2024 | Sekitar majlis ilmu/kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust Mohd Syahid Bin Ramli

Bertajuk : Kitab Bulughrul Maram

Tempat
Surau Nurul Hidayah

Address

Blok 09-00-04 Perumahan PDRM Tmn Miharja Fasa 2 Cheras
Cheras
55200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Nurul Hidayah Tmn Miharja Fasa 2 Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category