20/08/2026
PROGRAM SOLAT SUNAT TASBIH PERDANA ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Surau Al-'Alimin, Maktab PDRM Kuala Lumpur (Khamis, 20 Ogos 2026) - Solat Sunat Tasbih dipimpin oleh imam jemputan Ustaz Mohd Bazli bin Zakaria (Pendakwah) yang telah disambut oleh YDH DCP Dr. Che Ghazali bin Che Awang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur merangkap YDP Surau Al-'Alimin.
Objektif program solat sunat tasbih adalah untuk mendedahkan kepada peserta cara menunaikan ibadah sunat ini, memohon keampunan dosa, serta mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui amalan zikir dan tasbih.
Hadir sama YBhg. Puan Siti Nabihan binti Che Abdullah, Pengerusi PERKEP Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH ACP Dr. Mohamad Daud bin Hj. Druis, YDH ACP Luzza Lenny binti Shahbudin, YDH ACP Nor Hafizah binti Nor Hamid, YDH Ajutan, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Maktab PDRM Kuala Lumpur. Program berjalan dengan baik dan lancar.
Jurugambar dan juruvideo : Cawangan Bantuan Teknik