23/12/2023
Sila baca respon Ustaz Dr Zamihan Pegawai JAWI Putrajaya.
RESPON TERHADAP UCAPAN YAB PM!
1. Saya hadir sebagai pegawai JAWI Putrajaya pada majlis perhimpunan bulanan YAB PM bersama agensi JPM pada 11hb Disember 2023 (Isnin) lalu di Puspanitapuri jam 8.00 pagi.
2. Saya mendengar ucapan YAB PM dengan teliti. PM menggesa penjawat awam agar meningkatkan kualiti modal insan dgn mengambil iktibar kisah pemuda Al-Kahfi di dalam Al-Quran. Beliau seterusnya membacakan Ayat 13-14 Surah Al-Kahfi sebagai rujukan.
3. PM sebut… *surah Al-Kahfi ni menarik kerana ia ada banyak persamaan dengan Bible…*
*RESPON:* Sebenarnya kisah pemuda Al-Kahfi ini tidak disebutkan dlm mana-mana kitab Bible sekalipun. Tidak ada sumber muktabar Kristian bertaraf protocanonical yang boleh diterima-pakai oleh Gereja Induk yang menghikayatkan kisah ini. Bahkan cerita tersebut hanya dirakam dalam sumber sejarah Kristian yang lemah dan diragui keabsahannya yang dikenali sebagai Pseudopigrapha. Sumber terawal dicatatkan oleh Uskuf Yaaqub dari kota Serugh, Harran, Syria, mati pada tahun 521 Masehi. Sumber ambilan Yaaqub ialah manuskrip Yunani yang telah hilang. Wujud juga manuskrip Kristian lain yang berbeza faktanya dan tidak diterima-pakai oleh Gereja Induk (Katolik, Ortodoks) sebagai sumber muktamad dan ada juga yang ditolak riwayatnya oleh pihak Gereja. Walaubagaimanapun, sumber-sumber tersebut mengisahkan beberapa orang pemuda yang enggan menyembah berhala seperti yang diperintahkan oleh Maharaja Decius pada tahun 250 Masihi. Menurut Yaaqub, akibat berpegang teguh dengan ajaran Nabi Isa (tidak dinyatakan kepercayaan Trinity dan sebagainya) dan berkeras untuk tidak tunduk kepada berhala, maka mereka sembunyi ke dalam sebuah gua yang kemudian ditutup oleh Maharaja Decius.
Sumber-sumber sejarah Kristian kemudiannya berselisih pendapat tentang jumlah pemuda tersebut, ada yang mengatakan 3 orang, ada mengatakan 5 dan ada mengatakan 7 orang. Tempoh mereka tidur dalam gua juga diperselisihkan, dari 195 tahun hingga 373 tahun. Apa pun perbahasan mereka, yang pasti ianya tidak tercatat dalam Bible sama ada secara mantuq atau mafhum.
Kesimpulannya, maybe apa yang PM maksudkan adalah kisah Al-Kahfi itu disebutkan dlm buku sejarah Kristian yang lemah periwatannya. Bukannya dari Bible yg menjadi rujukan utama Gereja. Wallahualam.
4. Selanjutnya PM berkata lagi: *…sejarah dlm cerita Cave (Kahfi) tu…zaman kristian… kerana ada pemuda-pemuda…masa tu kristian*…
*RESPON:*
Sebenarnya YAB PM tak sebut pun: *pemuda-pemuda tu beragama kristian* sbgmana dakwaan UAI dan sesetengah pihak pentaksub politik kepartian sempit.
Hal ini berlaku mungkin disebabkan tokoh tambah perkataan riwayat penyampai atau pendengar yang tidak mendengar ucapan PM dengan teliti. So, anda boleh mendengar rakaman berkenaan berulangkali dan membuat penilaian dgn bijak dan terbuka.
Kenyataan YAB PM berkaitan kisah pemuda Al-Kahfi itu hidup di zaman menularnya ajaran Kristian memang ada benarnya.
İni kerana kerajaan Rom masa tu diperintah oleh Gaius Messius Quintus Traianus Decius (249-251M) yang brutal. Dia menganut ajaran menyembah berhala dewa dewi Rom dan menindas penganut agama lain. Hatta Paus Fabianus pemimpin agama Al-Masihiyyun pun dibunuh dengan kejam.
Namun terdapat 7 pemuda kerabat di Raja Rom yang beriman kepada Allah tetap teguh pendirian walaupun diugut Maharaja untuk dibunuh jika tidak melucutkan keimanan mereka dan menyembah berhala.
Akhirnya setelah bermesyuarat, mereka diilhamkan Allah utk melarıkan diri dgn berlindung di sebuah Gua. Manakala anjing mereka menjadi pengawal di pintu gua berkenaan. Mereka tertidur selama 309 tahun. Namun mereka ditemukan semula pada kurun ke-5 M di zaman Kerajaan Rome pimpinan Teodosius The Younger.
Manakala ajaran Triniti mula dipegang secara rasmi oleh majoriti golongan Kristian hari ni setelah berlakunya First Council of Nicaea dan First Council of Constantinople pada kurun keempat Masihi. Ketika saat ini, 7 Pemuda Al-Kahfi sedang ditidurkan oleh Allah. Maka, secara tidak langsung, Seven Sleepers of Ephesus versi sejarah Kristian sendiri masih tidak dicemari oleh ajaran Triniti. Maka benarlah firman-Nya apabila Allah isytihar mereka sebagai *‘pemuda yang beriman kpd Allah dan ditambahkan dgn hidayah!*
Wallahu a'lam.
*Kesimpulannya:*
1. Kita perlu teliti dalam mendengar sesuatu ucapan dan jujur dalam menyampaikannya. Hal ini penting supaya kita tidak bertindak sbg penambah perisa, mencetuskan fitnah dan menyebarkan kebencian sesama kita.
2. Jangan sampai perbezaan politik kepartian menjadikan kita muslim yang radikal dan ekstremis dlm memahami agama. So, bertanya atau tampil bertindak memberi pencerahan adalah lebih baik daripada menyerang peribadi seseorang dengan kalimah sesat, kufur dan liberaslime agama. Nauzubillah min zalik!
DR ZAMIHAN AL-GHARI