28/05/2021
Dalam perhubungan rumah tangga, jangan sesekali menipu. Sifat setiap orang perempuan itu mudah memaafkan, namun jarang melupakan.
Jangan khianati kepercayaannya 😀
[ BINASA LAFAZ CERAI TAKLIK ]
Alkisah, seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja, hanya kerjanya berada di rumah, masak, menjaga anak-anaknya 4 orang dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang seorang diri.
Beliau adalah pasangan kepada salah seorang anggota tentera berpangkat Pegawai Waran. Namun, perhubungannya terbatas. Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) dari Kelantan ke Port Dickson jauhnya.
Oleh sebab wabak Covid-19 yang melanda negara kita, maka menjadikan sebab si suami tidak p**ang ke rumah berbulan-bulan lamanya untuk menjenguk isteri dan 4 orang anak-anaknya. Rumah tangga yang bahagia mula retak, dimulai dengan bibit-bibit komunikasi yang tidak berkesan antara mereka.
"Sayang, Abang nasihatkan jangan datang sini (Port Dickson), kalau tidak, jatuh talak tiga..."
Aduhai, bagai disiat-siat hati isteri, bertambahlah meronta jiwanya yang sudah sekian lama berpisah dengan suami. Suami itulah dia anggap hero bagi isteri selamanya. Apakah sebab sampai suaminya keluar lafaz taklik itu?
Kepercayaan mula tergugat. Yang mana akhirnya membawa kepada satu dakwaan, "...Suami aku ada skandal dengan seorang jururawat?" Monolog isteri.
Semuanya dijumpai melalui FB. 'Peminat setia' kepada suaminya ini selalu 'like', comments, share dan lainnya pada FB milik suami. "Ada gambar selfie bersama?" Monolog isteri tertanya-tanya.
Benarkah?
"Jika aku ke Port Dickson, boleh jatuh talak tiga..." Namun si isteri gagahkan diri ke Port Dickson juga untuk mengetahui hal sebenar. Banyak sangat soalan dalam mindanya yang tidak terjawab.
Akhirnya, semuanya terbongkar. Suaminya ada skandal bersana seorang jururawat yang dia 'bela' dalam sebuah rumah di sana. Ini rupanya sebab suami tak mahu isteri datang ke Port Dickson. Tidak mahu terkantoi, dia 'ikat' p**a isteri dengan lafaz taklik. Kejam!
Berlakulah pergaduhan antara isteri dan suami. Orang ketiga? Oh, dia hanya menyaksikan sahaja pergaduhan itu, dalam keadaan tidak berbaju dan hanya selimut yang menutupi badannya.
Pasangan ini tadi sebenarnya sudah bercerai satu talak dan mereka sudah rujuk balik. Namun, apakah kedudukan lafaz taklik suami tadi? Jatuhkah talak tiga?
Akhirnya, isteri ini saya nasihatkan untuk bercerai sahaja. Failkan pengesahan lafaz cerai.
Jika isteri yang datang dari jauh semata-mata nak lawat dan ziarah suami ini pun dilayan macam 'sampah', sanggup lindungi 'kekasih gelap', syiqaq ini akan berpanjangan dan mudarat akan berterusan. Ini tak adil!
Isteri tadi layak dapat kebahagian di tempat lain. Biarlah diugut sekalipun dengan suami, diancam dengan pelbagai ancaman bunuh, gangguan dan lainnya.
Ingat, Malaysia ada undang-undang. Isteri dan wanita di luar sana punyai hak yang sewajarnya yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah.
Bangun! Wahai wanita, anda tidak lemah, anda tidak layak dizalimi begini.
Jika berhajat untuk bertanya soalan dengan kami, tekan link di bawah untuk maklumat lanjut:
https://wa.me/601113254805