Jom Bina Masjid Imam As Syafie

Jom Bina Masjid Imam As Syafie Mohon sumbangan dana bagi projek pembinaan Masjid Imam As-Syafie, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Bagi yang belum mengetahui, kira-kira 15, 000 isi rumah di kawasan Meru Raya, ...
30/05/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bagi yang belum mengetahui, kira-kira 15, 000 isi rumah di kawasan Meru Raya, Ipoh memerlukan sebuah masjid baharu untuk menunaikan solat berjemaah terutamanya ketika hari Jumaat, dan hari raya.

Sehingga hari ini, Surau Rafeah yang mempunyai keluasan yang amat terhad digunakan untuk dijadikan lokasi solat Jumaat tambahan (Surau Diri Jumaat) kepada para jemaah memandangkan masjid yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ramai.

Tambahan p**a, di kawasan ini juga berhampiran pejabat pejabat kerajaan, bank-bank, hotel, rumah kedai dan juga di kelilingi taman taman perumahan yang telah sedia ada dan yang masih dalam pembinaan.

Kira kira 80% daripada penduduk dikawasan ini adalah beragama Islam dan pastinya keperluan membina sebuah lagi masjid untuk menampung bilangan jemaah ini amat mendesak terutama ketika hari Jumaat.

Marilah kita mengambil manfaat dari projek pembangunan Masjid Imam As-Syafie ini yang dalam peringkat awal pembinaan.

Justeru, pembinaan masjid baharu yang serba lengkap dengan kemudahan fasiliti juga perlu dibina segera dikawasan ini.

Masjid ini akan bertindak sebagai mercu tanda keunggulan Islam di kawasan ini, memandangkan majoriti penduduknya adalah masyarakat yang beragama Islam.

Dengan pembinaan Masjid Imam As-Syafie ini juga syiar Islam dapat diperkembangkan melalui penganjuran program program ilmu dan kegiatan kegiatan lain termasuk perjumpaan dikalangan penduduk bagi memupuk hubungan silaturahim dikalangan mereka di sini.

Dengan pembinaan Masjid Imam As-Syafie ini sudah tentunya akan menjadi tempat untuk penyatuan Ummah dan pusat pemupukan ajaran agama kepada penduduk beragama Islam di kawasan Meru Raya Ipoh ini.

Oleh itu, kami menyeru agar orang ramai bersama-sama dalam menjayakan projek membina rumah Allah ini agar lebih ramai umat manusia dapat merasakan manfaatnya.

Address

Chemor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Bina Masjid Imam As Syafie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share