Surau Taman Royal Lily, Tanah Rata, CH

Surau Taman Royal Lily, Tanah Rata, CH JOM SOLAT BERJEMAAH

Aktiviti surau, Jumaat 14/5/26Alhamdulillah, malam ini berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Aqiqah anak k...
14/05/2026

Aktiviti surau, Jumaat 14/5/26

Alhamdulillah, malam ini berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Aqiqah anak kepada ahli kariah Surau Taman Royal Lily iaitu anak kepada En. Aidil dan cucu kepada Abg Yam Pak Lang. Majlis berlangsung dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada AJK dan Ahli Kariah Surau Taman Royal Lily yang bergotong royong untuk menyediakan juadah dan memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja memeriahkan majlis, malah menambahkan lagi seri silaturrahim yang kita jalin bersama.

Semoga segala doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT dan setiap langkah kita sentiasa dipermudahkan serta diberkati.

KEMERIAHAN AIDILFITRI DI SURAU TAMAN ROYAL LILY! πŸŒ™βœ¨Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Surau Ta...
15/04/2026

KEMERIAHAN AIDILFITRI DI SURAU TAMAN ROYAL LILY! πŸŒ™βœ¨

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Surau Taman Royal Lily.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Taman Royal Lily dan tetamu jemputan yang sudi hadir meluangkan masa. Memang meriah sungguh bila dapat berkumpul ramai-ramai, bermaaf-maafan sambil menikmati juadah yang disediakan.

Kehadiran anda semua bukan sekadar memenuhi jemputan, tetapi menjadi lambang keutuhan semangat komuniti kita. Inilah masanya untuk kita terus mengeratkan ukhuwah dan saling mengenali antara satu sama lain.

Ribuan terima kasih juga kepada barisan urus setia dan para AJK surau yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar dari awal hingga akhir. Korang memang terbaik!

Mohon maaf daripada kami sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Semoga syawal kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua.

Jumpa lagi di program akan datang!

π‰π„πŒππ”π“π€π πŠπ„ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‘π”πŒπ€π‡ π“π„π‘ππ”πŠπ€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆAssalamualaikum WBTπ‘Œπ΅β„Žπ‘”. π·π‘Žπ‘‘π‘œβ€™ / π·π‘Žπ‘‘π‘–π‘› / π·π‘Ÿ. / π‘‡π‘’π‘Žπ‘› / π‘ƒπ‘’π‘Žπ‘›,​Bersempena dengan...
14/04/2026

π‰π„πŒππ”π“π€π πŠπ„ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‘π”πŒπ€π‡ π“π„π‘ππ”πŠπ€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ

Assalamualaikum WBT

π‘Œπ΅β„Žπ‘”. π·π‘Žπ‘‘π‘œβ€™ / π·π‘Žπ‘‘π‘–π‘› / π·π‘Ÿ. / π‘‡π‘’π‘Žπ‘› / π‘ƒπ‘’π‘Žπ‘›,

​Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia, Surau Taman Royal Lily dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan ke Majlis Jamuan Aidilfitri 1447H.

β€‹πŸ—“ Tarikh : 15 April 2026
πŸ“ Tempat : Perkarangan Surau Taman Royal Lily

​Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi mengeratkan silaturahim sesama kariah.

"πŒπ„ππ†π†π„ππ†π†π€πŒ π‘πˆπ’π€π‹π€π‡, πŒπ„πŒπ€π‚π” π”πŠπ‡π”π–π€π‡ πˆπ’π‹π€πŒπˆπ€π‡β€

Terima kasih Mohd Faisal menaja slot photoshoot untuk AJK dan ahli kariah Surau Taman Royal Lily
07/04/2026

Terima kasih Mohd Faisal menaja slot photoshoot untuk AJK dan ahli kariah Surau Taman Royal Lily

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒDengan penuh kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zah...
21/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Dengan penuh kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua jemaah dan seluruh umat Islam.

Semoga segala amalan yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan, keampunan dan rahmat-Nya.

Firman Allah SWT:
β€œDan hendaklah kamu membesarkan Allah atas petunjuk-Nya dan bersyukur kepadaNya.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Ikhlas daripada:
Ahli Jawatankuasa Surau Taman Royal Lily

(HEBAHAN BERITA KEMATIAN)Assalamualaikum wbt.Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†ΩŽTelah berlaku kehendak Allah SWT,...
28/02/2026

(HEBAHAN BERITA KEMATIAN)

Assalamualaikum wbt.

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†ΩŽ
Telah berlaku kehendak Allah SWT,Dukacita dimaklumkan, telah kembali ke rahmatullah seorang kariah Surau Taman Royal Lily

Tarikh Meninggal : 26/2/2026
Bersamaan 11 Ramadhan 1447
Hari: Sabtu
Waktu meninggal: 03:26 pagi

Catatan:
Allahyarham Mahmud Bin Jaafar (Hasan Goreng Pisang) meninggal dunia di hospital
Urusan pengurusan jenazah mandi,kafan akan dilaksanakan di hospital dan akan disolatkan di Surau Taman Sedia.
Jenazah beliau mungkin akan di kebumikan hari ini insyaallah selepas waktu zohor di tanah perkuburan Taman Sedia
Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan.

Doa:
Al-Fatihah (Dibaca)
Ya Allah ampuni dia,rahmati dia, maafkan dia,muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia,jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Marilah bersama kita ziarah untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah…

Suasana solat sunat terawih di Surau Taman Royal Lily. Alhamdulillah ramai jemaah yang hadir. Terima kasih kepada AJK su...
22/02/2026

Suasana solat sunat terawih di Surau Taman Royal Lily. Alhamdulillah ramai jemaah yang hadir. Terima kasih kepada AJK surau yang menyediakan ruang solat tambahan di luar surau bagi menampung jemaah yang ramai setiap malam. Semoga semua dapat mengambil kesempatan beribadat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Alhamdullilah. Pagi ini wakil Surau Taman Royal Lily, saudara Kamaruzzaman menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri b...
14/02/2026

Alhamdullilah. Pagi ini wakil Surau Taman Royal Lily, saudara Kamaruzzaman menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri bersama Yayasan Pahang di Majlis Penyampaian Sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang tahun 2026 di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Sungai Koyan, Lipis.

Terima kasih Dato Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismaildi atas keprihatinan, tanggungjawab dan kasih Kerajaan Negeri kepada rakyat, selaras dengan semangat Aspirasi Pahang 1st.

Semoga setiap bantuan ini membawa sinar, meringankan beban dan menguatkan ikatan kebersamaan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Alhamdulillah selesai mesyuarat AJK Surau bagi persiapan program/ aktiviti untuk awal tahun dan bulan Ramadhan yang akan...
13/02/2026

Alhamdulillah selesai mesyuarat AJK Surau bagi persiapan program/ aktiviti untuk awal tahun dan bulan Ramadhan yang akan tiba. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan bagi mengimarahkan Surau Taman Royal Ly

Jom bersama Infaq RAMADHAN 1447 Surau Taman Royal LilyDiriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW ...
06/02/2026

Jom bersama Infaq RAMADHAN 1447 Surau Taman Royal Lily

Diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ω…ΩŽΩ†Ω’ ΩΩŽΨ·Ω‘ΩŽΨ±ΩŽ Ψ΅ΩŽΨ§Ψ¦ΩΩ…Ω‹Ψ§ ΩƒΩŽΨ§Ω†ΩŽ Ω„ΩŽΩ‡Ω مِثْلُ Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ±ΩΩ‡ΩΨŒ ΨΊΩŽΩŠΩ’Ψ±ΩŽ Ψ£ΩŽΩ†Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω„ΩŽΨ§ ΩŠΩŽΩ†Ω’Ω‚ΩΨ΅Ω مِنْ Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ±Ω Ψ§Ω„Ψ΅Ω‘ΩŽΨ§Ψ¦ΩΩ…Ω Ψ΄ΩŽΩŠΩ’Ψ¦Ω‹Ψ§.

" Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut."

( Riwayat al-Tirmidzi 807 )

βœ… 1. TAJAAN IFTAR
RM600

βœ… 2. TAJAAN MOREH
RM100

Yg berminat boleh whatsapp atau call. :-

013-3486718
En. Kamaruzzaman (Jegang)
Naib Pengerusi Surau

Tajaan anda boleh terus melalui akaun SURAU TAMAN ROYAL LILY :

AGRO BANK:
1005 4710 0009 3889
SURAU TAMAN ROYAL LILY.
Tulis Ref : Infaq Ramadan 2026

Address

SURAU TAMAN ROYAL LILY , BLOK C1 TAMAN ROYAL LILY
Cameron Highlands
39000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Taman Royal Lily, Tanah Rata, CH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category