Masjid Haji Muda Kg.Binjai Rendah, Marang

Masjid Haji Muda Kg.Binjai Rendah, Marang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Haji Muda Kg.Binjai Rendah, Marang, Mosque, Bukit Payong.

Alhamdulillah...Sekitar Suasana Kuliah Maghrib Jemputan Di Masjid Yg Akan Disamapaikan Oleh : Al-Fadhil Ustaz Ariffin Ay...
27/02/2025

Alhamdulillah...
Sekitar Suasana Kuliah Maghrib Jemputan Di Masjid Yg Akan Disamapaikan Oleh : Al-Fadhil Ustaz Ariffin Ayob Sempena Persiapan Ambang Ramadan

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh keberkatan, rahmat dan maghfirah ini merupakan peluang terbaik kita memperbanyakkan amal ibadah.
Sama² kita berdoa semoga ramadan tahun ini menjadi ramadan yang terbaik dalam hidup kita.


Kuliah Maghrib Jemputan Bersama Al-Fadhil Ustaz Muhammad James Baven Di Masjid Kg Binjai Rendah, Marang...
05/01/2025

Kuliah Maghrib Jemputan Bersama Al-Fadhil Ustaz Muhammad James Baven Di Masjid Kg Binjai Rendah, Marang...

*JADUAL TARIKH PENTING PUASA SUNAT REJAB 2025 :*✅ 1 Januari 2025 (Rabu) – 1 Rejab.✅ 2 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Kha...
31/12/2024

*JADUAL TARIKH PENTING PUASA SUNAT REJAB 2025 :*

✅ 1 Januari 2025 (Rabu) – 1 Rejab.
✅ 2 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab).
✅ 6 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab).
✅ 9 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab).
✅ 13 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin, Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh).
✅ 14 Januari 2025 (Selasa) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh.
✅ 15 Januari 2025 (Rabu) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh.
✅ 16 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab).
✅ 20 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab).
✅ 23 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab).
✅ 27 Januari 2025 – Israk Mikraj 27 Rejab (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab).
✅ 30 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab).

*Doa Masuk Bulan Rejab.*
Doa yang anda boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahuma baariklana fi rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

[HR Baihaqi]

*Amalan Sunat Bulan Rejab.*
Niat Puasa Sunat Bulan Rejab
Anda boleh bacakan niat puasa Rejab ini untuk puasa pada mana-mana hari dalam bulan Rejab :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala

Ertinya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”.

Lafaz Niat Puasa Ayyamul Bidh (Puasa Hari Putih)
*LAFAZ NIAT PUASA HARI PUTIH*

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah taala.

*Nota:* Bagi puasa sunat, anda masih boleh berpuasa sekiranya terlupa untuk niat pada malam harinya atau keesokan harinya sebelum Subuh. Anda masih boleh berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat anda tidak makan dan minum juga tidak melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa antara waktu masuknya waktu Subuh hingga tergelincirnya matahari.

*Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan.*
(Qadha’ Puasa Ganti)
Lafaz niat ganti puasa Ramadan dalam bahasa Arab serta maksudnya adalah seperti berikut :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”

*Waktu Untuk Niat Ganti Puasa.*
Menerusi perkongsian daripada M***i Wilayah Persekutuan, untuk puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW :

مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ

Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya.

Riwayat al-Nasaie (2334)

*Hukum Menggabungkan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat.*
Berdasarkan perkongsian daripada M***i Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis.

Sebahagian ulama’ mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.

*Kesimpulan.*
Walaupun tiada hadis sahih yang menyatakan bulan tersebut mempunyai keistimewaan seperti amal ibadat tertentu, ini tidak menghalang seseorang untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah, berzikir serta ibadah lain dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.

Salah satu hadis yang menjelaskan mengenai bulan Rejab adalah seperti berikut :

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]

Sempena ketibaan bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama memantapkan lagi amal ibadah kita dalam mempersiapkan diri untuk bulan Ramadan.

Semoga Allah menerima segala ibadah kita serta memberikan taufiq dan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal ‘ Alamin.

Catatan : Ustazah Effa Ismail

Jumaat/ 6.12.2024بسم الله الرحمن الرحيم...Rombongan Jemaah Masjid Kg Binjai Rendah bersama wakil daripada SK Gondang men...
07/12/2024

Jumaat/ 6.12.2024

بسم الله الرحمن الرحيم...
Rombongan Jemaah Masjid Kg Binjai Rendah bersama wakil daripada SK Gondang mengadakan ziarah dan pemberian sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Apit, Ajil Hulu Terengganu.

Moga-moga dengan sedikit sumbangan yg diberikan dapat meringankan beban ahli keluarga yang terlibat. 🤲🏻

Takziah diucapkan..

JOM INFAQ UNTUK MASJID _”Pahala mengalir walaupun mati”_Nabi Muhammad SAW bersabda:_“Apabila mati seorang manusia, terpu...
06/12/2024

JOM INFAQ UNTUK MASJID

_”Pahala mengalir walaupun mati”_

Nabi Muhammad SAW bersabda:
_“Apabila mati seorang manusia, terputus daripada amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan & anak soleh yang mendoakannya. (HR Muslim)

MASYA-ALLAH 🥹 betapa kasihnya Allah kepada kita sehingga selepas kematian pun masih diberi pahala yang mengalir. Antara amalan yang mengalir pahalanya adalah dengan berinfaq untuk masjid.

Boleh rujuk dengan no akaun bank masjid dan juga sebarang pertanyaan boleh berhubungan dengan nombor telefon yang disediakan di bawah.

BANK : BANK RAKYAT
NO. AKAUN : 1100067873

PENGERUSI : +60 19-940 5514 ( Ustaz Shafie )
BENDAHARI : +60 17-668 1395 ( Cikgu Mad )

Terima Kasih, ke atas infaq anda berikan

𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗞𝗼𝗹𝗮𝗺 𝟮𝟬𝟮𝟰Barisan Juri & Peserta Pertandingan AzanJuri - Ustaz Sembok ( Bilal Masjid Kolam )Juri...
18/10/2024

𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗞𝗼𝗹𝗮𝗺 𝟮𝟬𝟮𝟰
Barisan Juri & Peserta Pertandingan Azan

Juri - Ustaz Sembok ( Bilal Masjid Kolam )
Juri - Ustaz Zuhurul ( Bilal Masjid Terapong )
Juri - Ustaz Amirul Shamnie ( Bilal Masjid Khalifah )
Juri - Ustaz Ikmal ( Bilal Masjid Binjai Rendah )


INSYAALLAH KULIAH MAGHRIB JEMPUTAN MALAM INI DISAMPAIKAN OLEH:-👳🏻‍♂️Al-Fadhil Babo Ahmad Ruslan (Babo li)🗓️ :  5.10.2024...
05/10/2024

INSYAALLAH KULIAH MAGHRIB JEMPUTAN MALAM INI DISAMPAIKAN OLEH:-

👳🏻‍♂️Al-Fadhil Babo Ahmad Ruslan (Babo li)
🗓️ : 5.10.2024 | Sabtu Malam Ahad
⌚️: Selepat Solat Maghrib
🕌 : Masjid Kampung Binjai Rendah, Marang, Terengganu.

Kutipan Dana Pembangunan Madrasah (Babo li)
🏦 : 13053010038474 (Bank Islam)
Darul Mustafa Hikam Resources

𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗱𝗶𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 !!

Location 🕌 :*https://maps.app.goo.gl/GtWfxNiZNG63YBEx9?g_st=ic*

SELAMAT MENYABUNG PEMBELAJARAN DI UIA Kepada : Imam Rawatib Saudara Muhammad haiman bin mohammed roki BERTUGAS SELAMA 1/...
28/09/2024

SELAMAT MENYABUNG PEMBELAJARAN
DI UIA

Kepada : Imam Rawatib
Saudara Muhammad haiman bin mohammed roki

BERTUGAS SELAMA
1/1/2024 HINGGA 30/9/2024


Alhamdulillah Selesai Sudah Program Ke 3 Masjid Kampung Binjai Rendah..Maulid Arbain Bersama Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul ...
22/09/2024

Alhamdulillah Selesai Sudah Program Ke 3
Masjid Kampung Binjai Rendah..
Maulid Arbain Bersama Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Matyn Al-Aydrus dan Kumpulan Ahbab Anwarussofa 1446H/2024M




Address

Bukit Payong
21400

Telephone

+601118721408

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Haji Muda Kg.Binjai Rendah, Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Haji Muda Kg.Binjai Rendah, Marang:

Share

Category