Pusat Islam IPG Kampus Tuanku Bainun

Pusat Islam IPG Kampus Tuanku Bainun Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Islam IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam.

Pusat Islam Al-Ghazali atau dikenali juga sebagai Surau Al-Ghazali ialah satu badan yang bertujuan menjaga kebajikan guru pelatih Islam IPGKTB serta mengimarahkan surau.Teruskan mengikuti kami untuk kemaskini terbaru yang lebih segar dan mantap! ��

PELANCARAN IHYA RAMADAN IPGMKTB 2024JPP X JPPI IPGMKTB 2024/2025 6  MAC 2024 / 24 SYAABAN 1445H
08/04/2024

PELANCARAN IHYA RAMADAN IPGMKTB 2024

JPP X JPPI IPGMKTB 2024/2025
6 MAC 2024 / 24 SYAABAN 1445H

*HUKUM POLIGAMI DALAM ISLAM* 🩵Apabila hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi mubah, sunat dan haram, maka tidak menjad...
05/09/2023

*HUKUM POLIGAMI DALAM ISLAM*

🩵Apabila hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi mubah, sunat dan haram, maka tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

🩵Dalam erti kata lain, seorang isteri ada hak menyuara pendapat yang berbeza dalam sesi syura bersama suami untuk berkahwin lain.

Firman Allah :
وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
*Maksudnya:*
"Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”(Al-Imran: 159)

Rujuk artikel penuh:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3742-al-kafi-1398-hukum-isteri-melarang-suami-berkahwin-lain

_"Ukhwah Perkasa, Kampus Sejahtera"_

_*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR ISLAM*_
_*IPG KAMPUS TUANKU BAINUN*_
_*SESI 2023/24*_
_*5 September 2023 | 19 Safar 1445H*_

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-66 🇲🇾Bunga raya di dalam dulang,Namanya mekar disanjung martabat, Rakyat dibela...
31/08/2023

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-66 🇲🇾

Bunga raya di dalam dulang,
Namanya mekar disanjung martabat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia Merdeka kekal berdaulat.

✨ Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam IPGKTB sesi 2023/2024 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66.

✨ Semoga semangat kemerdekaan dan kecintaan kepada negara sentiasa mekar di hati kita.

"Ukhwah Perkasa, Kampus Sejahtera"

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR ISLAM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN SESI 2023/24
31 OGOS 2023 | 14 SAFAR 1445H

✨ TAHNIAH DAN SYABAS ✨🖋️ Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada se...
29/08/2023

✨ TAHNIAH DAN SYABAS ✨

🖋️ Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua graduan PISMP Ambilan Jun 2019 yang telah berjaya mendapatkan pelantikan dan penempatan masing-masing.

🖋️ Semoga dengan pelantikan ini akan dapat menjadi batu loncatan kepada kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.

"Ukhwah Perkasa, Kampus Sejahtera"

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR ISLAM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
SESI 2023/24
29 OGOS 2023 | 12 SAFAR 1445H

Assalamualaikum dan salam sejahteraKami barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DA...
21/08/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kami barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG ke IPG
Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) buat semua bakal siswa guru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP) Ambilan 2023

✨Semoga kita sema dapat membina ukhuwah yang lebih utuh agar kita dapat mengekalkan suasana yang harmoni pada setiap masa

"UKHWAH PERKASA, KAMPUS SEJAHTERA"

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR ISLAM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
SESI 2023/24
21 OGOS 2023 | 4 SAFAR 1445H

🎉 MUBARAK 'ALAIKUM BERJAYA MENERIMA TAWARAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 🎉Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam ...
28/07/2023

🎉 MUBARAK 'ALAIKUM BERJAYA MENERIMA TAWARAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 🎉

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam IPGKTB ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya menerima tawaran ke IPG seluruh Malaysia.

💫 Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dalam membina jati diri untuk menjadi bakal pendidik generasi baru kelak.

💫 Segala usaha dan doa anda telah membuahkan hasil yang diimpikan. Semoga terus dipermudahkan segala urusan kepada semua calon yang berjaya.

"UKHWAH PERKASA, KAMPUS SEJAHTERA"

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR ISLAM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
SESI 2023/24
28 JULAI 2023 | 10 MUHARRAM 1445H

JOM PUASA HARI TASU'A DAN 'ASYURA ✨Daripada Ibn Abbas R.A.Bahawa Nabi ﷺ bersabda:صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا...
27/07/2023

JOM PUASA HARI TASU'A DAN 'ASYURA ✨

Daripada Ibn Abbas R.A.
Bahawa Nabi ﷺ bersabda:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا.

Maksudnya: "Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya."
Riwayat Ahmad (2154)

“UKHWAH PERKASA, KAMPUS SEJAHTERA”

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR ISLAM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
SESI 2023/24
27 JULAI 2023 | 9 MUHARRAM 1445H

✨SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM✨Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam IPGKTB ingin mengucapkan selamat menyambut awal m...
18/07/2023

✨SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM✨

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam IPGKTB ingin mengucapkan selamat menyambut awal muharram kepada semua guru pelatih, para pensyarah dan para staf IPGKTB. Semoga tahun baru Islam dapat dimulai dengan kebaikan kepada diri dan juga semua.

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka p**a saling berpesan dengan kebenaran serta saling berpesan dengan kesabaran.”

(al-Ashr: 1-4)

“UKHWAH PERKASA, KAMPUS SEJAHTERA”

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR ISLAM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
SESI 2023/24
18 JULAI 2023 | 1 MUHARRAM 1445H

CERAMAH MAAL HIJRAH 1445HAssalamualaikum dan salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa JPPI IPGKTB akan mengadakan Ce...
18/07/2023

CERAMAH MAAL HIJRAH 1445H

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa JPPI IPGKTB akan mengadakan Ceramah Maal Hijrah pada ketetapan berikut.

Tarikh : 19 JULAI 2023
Hari : RABU
Masa : SELEPAS MAGHRIB
Tempat : PUSAT ISLAM IPGKTB

Diharapkan para guru pelatih Islam IPGKTB dapat bersama-sama menghadiri majlis tersebut. Semoga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat di dunia dan di akhirat.

Ukhwah Perkasa, Kampus Sejahtera.

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR ISLAM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
SESI 2023/24
18 JUL 2023 | 29 ZULHIJAH 1444H

HARI ULANG TAHUN KE-74 TYT YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG✨ Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam IPGKTB dan seluruh w...
08/07/2023

HARI ULANG TAHUN KE-74 TYT YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG

✨ Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam IPGKTB dan seluruh warga IPGKTB ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Yang ke-74 kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Hj Abdul Razak.

✨ Semoga Allah melanjutkan usia beliau, dilimpahkan rahmat, dikurniakan kesihatan untuk memelihara Negeri Pulau Pinang supaya terus maju dan sejahtera.

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR ISLAM
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
SESI 2023/24
8 JULAI 2023 | 19 ZULHIJJAH 1444H

Address

Bukit Mertajam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Islam IPG Kampus Tuanku Bainun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share