21/10/2025
BENGKEL PEMERKASAAN KOPERASI KOMADSPT
18-20 Oktober 2025, Alhamdulillah Koperasi Masjid Daerah Seberang Perai Tengah telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan Koperasi selama 3 hari 2 malam di MyAngkasa Akademik & Resort, Langkawi.
Turut hadir Ustaz Abu Mansur Maturidi Mohd Romli, Pengerusi KoMaDSPT dan 12 orang lagi diikuti Anggota Lembaga Koperasi masjid ini turut sama-sama hadir bagi menjayakan bengkel ini.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah dengan membincangkan serta menyediakan aturan aktiviti utama koperasi ini supaya aktiviti utama Koperasi ini terus bergerak ke hadapan dan lebih berkembang seterusnya menjadikan aktiviti utama koperasi ini dikenali di seluruh negara melalui Koperasi Masjid.. InshaAllah..
KoMaDSPT juga menjemput Puan Aqillah Binti Abdullah, Penolong Pengarah Wilayah SPT dan SPS, Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk memberikan taklimat serta panduan kepada barisan Anggota Lembaga Koperasi dengan penyediaan aturan mengikut Undang-undang kecil Koperasi.
InshaAllah, semoga dengan semangat kesemua Anggota Lembaga Koperasi Masjid memberikan idea-idea, pandangan serta solusi dalam pembentukan perbincangan ini dapat sama-sama direalisasikan untuk KOMADSPT terus maju 💪💪