Pusat Islam Al-Falah ILP Perai

Pusat Islam Al-Falah ILP Perai Info dan aktiviti Pusat Islam Al-Falah. Turut menganjurkan Ibadah Solat Jumaat dan program Tarbiyyah

10/04/2024

Takbir Raya Aidilfitri
Oleh
Warga ILP Perai.

_Assalamualaikum WBT__Selamat Sejahtera_💥 *PENGAMBILAN PELAJAR BARU ILP PERAI SESI 1 / 2024* 💥*KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR ...
17/01/2024

_Assalamualaikum WBT_
_Selamat Sejahtera_

💥 *PENGAMBILAN PELAJAR BARU ILP PERAI SESI 1 / 2024* 💥

*KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR DI SEKITAR PULAU PINANG & KEDAH* _(ILP PERAI TIADA KEMUDAHAN ASRAMA)_

*ISI PERMOHONAN:* forms.gle/zjBssQhZyFHjTWC46

*Kursus Sijil bagi calon Lepasan SPM:*
1. Sijil Teknologi Kimpalan (27 bulan)
2. Sijil Teknologi Automotif (27 bulan)
3. Sijil Teknologi Komputer Sistem (21 bulan)

*Syarat kemas**an:*
1. Umur: 17 hingga 35 tahun
2. Tamat Tingkatan 5 (SPM)

*Dokumen yang diperlukan:*
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Keputusan SPM

Elaun RM 300 setiap bulan 💵 untuk semua pelajar Sijil.

Peluang sambung peringkat _Diploma Kemahiran Malaysia (1 tahun 6 bulan)_ selepas tamat Sijil.

*SILA ISI Google Form DIBAWAH:* 🖥️ 📲

https://forms.gle/zjBssQhZyFHjTWC46
👍👍👍
https://forms.gle/zjBssQhZyFHjTWC46

Tempat *TERHAD*, sila mohon segera.

*Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Januari 2024.*

_(Info: ILP Perai merupakan Institusi Latihan Kemahiran Awam dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia)_

05/12/2023

🕌 Pusat Islam al-falah Ilpperai
🌼 Biromediadakwah&tarbiyyah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Musibah Menghapus Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (HR Bukhari No: 5641) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.

2. Setiap muslim perlu sentiasa bersabar dan reda apabila ditimpa dengan penyakit, keletihan, kesedihan, mahupun kesusahan termasuk musibah banjir yang melanda di beberapa kawasan sekarang ini.

3. Musibah banjir dibeberapa negeri khususnya di Pantai Timur Malaysia menyebabkan orang yang terlibat mengalami kesusahan dan kepayahan. Ada yang kehilangan nyawa, kemusnahan harta juga kerosakan harta benda terkena air banjir seperti kenderaan yang ditenggelami air.

4. Sebagai Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai penghapus dosa dan peninggi darajat agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.

5. Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya. Usahlah kita menyalahkan antara satu sama lain diatas musibah ini.

6. Semoga dosa kita terampun walaupun kesakitan dan kesulitan yang kita lalui mungkin kecil berbanding dengan orang lain. Mungkin ibarat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh.

7. Marilah kita menyerahkan segala musibah kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir yang diajar oleh Rasulullah kepada sahabat: Nabi SAW bersabda:

يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’ (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (HR. Bukhari no. 7386)

Semoga kesusahan, kepayahan, kesedihan dan keperitan akibat banjir ini kita terima dengan bersabar dan reda. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

06hb Dis. 2023
22hb Jamadil Awal 1445H

14/11/2023

🕌 Pusat Islam al-falah Ilpperai
🌼 Biromediadakwah&tarbiyyah

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malu Sebahagian Daripada Iman

حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ عُقْبَةُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ

Telah bercerita kepada kami Abu Mas'ud 'Uqbah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya diantara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) (yang disepakati) para Nabi adalah; "Jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu s**a". (HR Bukhari No: 3224) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Malu adalah akhlak yang mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan yang buruk dan tercela, sehingga mampu menghalangi seseorang dari melakukan dosa dan maksiat serta mencegah sikap melalaikan hak orang lain.

2. Rasa malu merupakan satu perkara yang diwariskan oleh para Nabi kepada manusia generasi demi generasi hingga kepada generasi umat Nabi Muhammad SAW. Di antara perkara yang didakwahkan oleh para Nabi terdahulu kepada umatnya adalah berakhlak malu.

3. Ungkapan ini bermaksud “ancaman”, (Apabila engkau tidak lagi memiliki rasa malu, maka perbuatlah ses**amu), kerana Allah pasti akan membalas perbuatan tersebut dengan yang setimpal. Firman Allah ta’ala:

اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan”. (Surah Fushshilat ayat: 40)

4. Ibnu Qutaibah menyatakan: “Barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, ia akan berbuat ses**anya, sebab yang menghalanginya untuk berbuat keburukan adalah rasa malu, barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, pasti akan terjerumus dalam setiap amalan keji dan mungkar”.

5. Orang yang memiliki sifat malu, tidak akan melakukan sesuatu ses**a hati tanpa mengira dosa dan pahala.

6. Malu adalah sifat yang mendorong pemiliknya untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan yang buruk.

Miliki sifat malu yang menjadi pencegah daripada melakukan sesuatu yang dilarang.

Hadis 20


11hb Nov. 2023
27hb Rabiul Akhir 1445H

02/10/2023

🕌 Pusat Islam Al-Falah Ilpperai
🌱 BiroMediaDakwahTarbiyyah

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Melaksanakan Perintah Rasulullah SAW

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سُفْيَانَ أَنَّ هِرَقْلَ قَالَ لَهُ سَأَلْتُكَ مَاذَا يَأْمُرُكُمْ فَزَعَمْتَ أَنَّهُ أَمَرَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَالصِّدْقِ وَالْعَفَافِ وَالْوَفَاءِ بِالْعَهْدِ وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ قَالَ وَهَذِهِ صِفَةُ نَبِيٍّ

Abdullah bin Abbas RA berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Sufyan bahawa Raja Herkulis berkata kepadanya: "Aku telah bertanya kepadamu apa yang dia (Nabi Muhammad) perintahkan kepada kalian, lalu kamu menjawab bahawa dia memerintahkan kalian untuk solat, bersedekah (zakat), menjauhkan diri dari berbuat buruk, menunaikan janji dan melaksanakan amanah". Lalu dia berkata; "Ini adalah diantara sifat-sifat seorang Nabi". (HR Bukhari No: 2484) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW memerintahkan agar melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan melaksanakan ibadat yang wajib sebagai seorang Muslim.

2. Rasulullah SAW memerintahkan kepada umatnya agar:

a. Melaksanakan solat
b. Menunaikan zakat dan bersedekah
c. Menjauhi perbuatan buruk
d. Menunaikan janji
e. Melaksanakan amanah

3. Sebagai umat yang mencontohi Nabi SAW serta menjadi contoh kepada orang lain, adalah menjadi kewajipan kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang bersifat peribadi seperti solat dan menjauhi perbuatan buruk. Muslim juga diperintahkan menunaikan tanggungjawab yang berkaitan dengan masyarakat seperti mengeluarkan zakat dan bersedekah di samping menunaikan janji dan melaksanakan amanah.

Ayuh kita miliki sifat RAHMAH dengan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

02hb Okt 2023
16hb Rabiul Awal 1445H

30/09/2023

🕌 Pusat Islam Al-Falah Ilpperai
🌱 BiroMediaDakwahTarbiyyah

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rasulullah SAW Pembawa Rahmat

عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ.

Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)." (Hadith riwayat Ad-Darimi, No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, No: 98, beliau berkata: " Hadith ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim).

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW adalah rahmat yang diutus untuk seluruh alam.
Firman Allah:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya:107).

2. Menurut Ibnu Abbas, Allah mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir. Rahmat bagi orang mukmin iaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah. Baginda penyebab memasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap perintah Allah. Sedangkan rahmat bagi orang kafir, berupa tidak disegerakannya bencana seperti yang menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari perintah Allah.

3. Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah SWT kepada seluruh alam.

4. Ibn Qayyim al-Jauziyah menyatakan bahawa rahmat itu adalah kasih sayang iaitu sifat memberikan manfaat kepada orang lain juga sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau makhluk alam juga menjauhkannya daripada bencana.

Jadilah kita pewaris sifat rahmah kepada sesama manusia juga kepada makhluk alam yang lain.

30hb Sept 2023
14hb Rabiul Awal 1445H

Menggamit Rindu, Seorang Insan Termulia Yang sentiasa merindui Aku.
29/09/2023

Menggamit Rindu, Seorang Insan Termulia
Yang sentiasa merindui Aku.

29/09/2023

Dalam surah al-Anbiya ayat 107, Allah SWT menyebut:
“Kami tidak mengutuskan engkau, wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia”.
Kata kunci bagi ayat tadi ialah “rahmat”, iaitu membawa makna kasih sayang.
Outcome :
1. Melahirkan generasi berjiwa Rahmat ( kasih sayang)
2. Membina kemampanan dalam diri ( keteguhan iman, akhlak dan jatidiri)
3. Menjaga keamanan dunia Melestari alam termasuk alam sekitar ( tumbuhan dan kehidupan lain).

28/09/2023

Bila sebut Nabi ﷺ, apa yang terlintas di fikiran anda?

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2023M/1445H PERINGKAT PUSAT ISLAM AL FALAH ILP PERAI AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT ...
27/09/2023

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2023M/1445H PERINGKAT PUSAT ISLAM AL FALAH ILP PERAI AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 29/9/23 (JUMAAT)

MASA : 8.00 AM - 10.00 AM

LOKASI : PUSAT ISLAM AL FALAH DAN SEKITAR ILP PERAI.

PENGISIAN :

1. PERARAKAN SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

2. CERAMAH MAULIDUR RASUL OLEH AL FADHIL USTAZ FAIZ ROMZI

3. JAMUAN RINGKAS

DIJEMPUT SEMUA PARA JEMAAH PUSAT ISLAM AL FALAH ILP PERAI DAN SEMUA WARGA INDUSTRI BERHAMPIRAN UNTUK TURUT SERTA MEMJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT...

SEMOGA PROGRAM BERJALAN LANCAR DAN MENCAPAI MATLAMATNYA...

*PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI*

04/07/2023

🕌 Pusat Islam Al-Falah Ilpperai
🌱 BiroMediaDakwahTarbiyya

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Malam Amalan Orang Soleh

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْمِ

Daripada Abu Umamah dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: "Hendaknya kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah amalan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dapat mendekatkan kepada Tuhan kalian, menghapus keburukan, serta mencegah dosa." (Sunan Tirmidzi No: 3472) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Solat malam atau qiamullail adalah amalan orang-orang yang soleh. Allah SWT memuji para hamba-Nya yang soleh yang sentiasa melakukan solat malam seperti tahajud dan witir.

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Mereka sedikit tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah).” [Adz-Dzaariyaat/51: 17-18]

2. Solat malam adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai makanan roh membina kekuatan dalaman diri setiap Muslim.

3. Solat malam boleh menghapuskan keburukan atau kesalahan serta dosa.

4. Solat malam juga boleh mencegah seseorang dari melakukan dosa dan maksiat.

Peruntukkanlah sedikit waktu pada waktu malam sebelum solat subuh untuk melakukan solat sunat malam agar ia menjadi sebahagian dari kebiasaan kita sepertimana kebiasaan amalan orang yang soleh.

04hb Julai 2023
15hb Zulhijjah 1444H

Tajuk Khutbah Hari Ini : Berkorban Demi Cinta
23/06/2023

Tajuk Khutbah Hari Ini : Berkorban Demi Cinta

Address

Pusat Islam Al-Falah, Institut Latihan Perindustrian Perai, Lorong Perusahaan 1, Kawasan Perindustrian Perai
Bukit Mertajam
13600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Islam Al-Falah ILP Perai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share