Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia

Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (IQ)
(309)

VISI
Menerajui Ummah ke arah penghayatan al-Quran dan al-Sunnah

MISI
Menyemarakkan penerangan Islam yang sebenar berdasarkan manhaj Salaf al-Soleh
Berperanan sebagai pusat rujukan dan penyebaran ilmu
Membudayakan al-Sunnah dalam kehidupan masyarakat

23/08/2026
PEROBOHAN KUIL DI PERLIS: SATU TINDAKAN MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG.1. Keharmonian Malaysia yang berbilang bangsa dan aga...
22/08/2026

PEROBOHAN KUIL DI PERLIS: SATU TINDAKAN MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG.

1. Keharmonian Malaysia yang berbilang bangsa dan agama hendaklah dibina atas asas saling menghormati, memahami serta mematuhi undang-undang.

2. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam tidak bermakna pembinaan masjid atau surau boleh dilakukan sesuka hati tanpa kelulusan pihak berkuasa, apatah lagi di atas tanah milik orang lain. Prinsip yang sama mesti terpakai kepada semua agama.

4. Mana-mana rumah ibadat hendaklah dibina di lokasi yang sah, dengan kebenaran pemilik tanah serta kelulusan pihak berkuasa. Jika terdapat pembinaan yang tidak sah, tindakan penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan berdasarkan undang-undang dan prosedur yang sewajarnya.

5. Sehubungan itu, IQ Malaysia menyokong tindakan pihak berkuasa Perlis terhadap perobohan rumah ibadat yang didakwa tidak sah di Bukit Lagi, Maka, tindakan tersebut dilaksanakan mengikut undang-undang.

6. Ahli Parlimen sebagai wakil rakyat sepatutnya menjadi contoh dalam menghormati undang-undang dan mendidik masyarakat supaya mematuhi peraturan negara. Sebarang kenyataan berkaitan isu kaum dan agama juga hendaklah dibuat secara bertanggungjawab agar tidak mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

7. Dalam hal ini, IQ Malaysia berpandangan bahawa kenyataan YB Rayer berhubung isu tersebut adalah tidak wajar dan tidak mencerminkan peranan seorang wakil rakyat yang sepatutnya membantu memelihara keharmonian serta menghormati kedaulatan undang-undang.
Undang-undang hendaklah ditegakkan secara adil tanpa mengira kaum, agama atau kedudukan.

IQ MALAYSIA
21 Ogos 2026

Dah INFAQ hari ini?
21/08/2026

Dah INFAQ hari ini?

KENANGAN LAMA TERUS TERHIMBAUSuasana kuliah Dr Maza hari Ahad lepas telah mengimbau semula kenangan suasana kuliah lebih...
18/08/2026

KENANGAN LAMA TERUS TERHIMBAU

Suasana kuliah Dr Maza hari Ahad lepas telah mengimbau semula kenangan suasana kuliah lebih kurang 10 tahun lepas di KGPA.

Ramai yang pernah mengikuti kuliah beliau sewaktu dulu, apabila hadir semula baru-baru ini, berkongsi perasaan yang sama.

Alhamdulillah.

Hanya waktu yang berlalu pergi, namun perjuangan menyebarkan dakwah ini tidak pernah berhenti.

Sekarang, mari bersama kita hidupkan lagi momentum dan kemeriahan majlis ilmu ini.

——————-
Sokongan dan sumbangan anda adalah sebahagian daripada kelangsungan program-program majlis ilmu dan dakwah yang dianjurkan oleh IQ Malaysia.
Jazakumullah khairan.

Akaun IQ Malaysia
Maybank
5642-2164-4270

Rakaman lensa sekitar Kuliah Bulughul Maram Siri 2 (Bab Adab) yang telah berlangsung di Saloma Kuala Lumpur tempoh hari....
17/08/2026

Rakaman lensa sekitar Kuliah Bulughul Maram Siri 2 (Bab Adab) yang telah berlangsung di Saloma Kuala Lumpur tempoh hari.

Terima kasih kepada rakan strategik Saloma Kuala Lumpur dan Yayasan Insan Sakan atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

📲 Sertai 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐀𝐩𝐩 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐐 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kuliah, aktiviti dakwah dan program kebajikan anjuran IQ Malaysia.
https://tinyurl.com/WhatsappInfoProgramIQMalaysia

Ada antara anda yang turut hadir?
Kongsikan gambar anda sekitar program di ruangan komen. 📸👇

17/08/2026

Terima kasih kepada para pencinta ilmu yang hadir malam tadi.

InsyaAllah, kita bertemu lagi siri akan datang.

Terima kasih juga buat kalian yang terus menerus memberi sumbangan untuk bersama menjayakan aktiviti dakwah dan kebajikan IQ Malaysia.

Akaun IQ Malaysia
Maybank 5642-2164-4270

Jazakumullah khairan.




PELUANG BERINFAQ !
14/08/2026

PELUANG BERINFAQ !

🌙 Kuliah Bulughul Maram: Bab Adab bersama Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.MAZA)...
13/08/2026

🌙 Kuliah Bulughul Maram: Bab Adab bersama Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.MAZA)

Bagaimana Islam mengajar kita beradab — bukan sekadar dengan manusia, tetapi dalam seluruh kehidupan?

Jom luangkan masa pada malam Ahad untuk sama-sama menuntut ilmu dalam Kuliah Bulughul Maram (Bab Adab) bersama Dr.MAZA.

📅 Ahad, 16 Ogos 2026
⏰ 8.00 malam
📍 Dewan Saloma, Kuala Lumpur
🎟️ Percuma

Tempat adalah terhad. Bagi yang berhasrat untuk hadir secara fizikal, digalakkan membuat pendaftaran awal melalui:
👉 Daftar di sini: tinyurl.com/kuliah-DRMAZA
Atau imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

“Ilmu bukan sekadar untuk diketahui, tetapi untuk membentuk adab dan akhlak.”

Kuliah Bulughul Maram (Bab Adab) oleh DR MAZA.Ahad, 16 Ogos, 8 malam.Di Dewan Saloma Kuala Lumpur.Masuk adalah percuma.H...
12/08/2026

Kuliah Bulughul Maram (Bab Adab) oleh DR MAZA.
Ahad, 16 Ogos, 8 malam.
Di Dewan Saloma Kuala Lumpur.
Masuk adalah percuma.

Hadir bersama ketulusan jiwa dan minda terbuka.
InsyaAllah, sama-sama kita jumpa di sana.

Sedang berlangsung. Majlis Ilmu.Huraian hadis Riyadh al-Salihin.
11/08/2026

Sedang berlangsung.
Majlis Ilmu.
Huraian hadis Riyadh al-Salihin.


Address

458B Mukim 18, Mengkuang
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia:

Shortcuts

Share