Masjid Al-Ghufraniah, Titi Gantung

Masjid Al-Ghufraniah, Titi Gantung Page rasmi Masjid Al-Ghufroniah T**i Gantung

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT KAMPUNG T**I GANTUNGSambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Kampung T**i Gantung...
11/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT KAMPUNG T**I GANTUNG

Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Kampung T**i Gantung akan diadakan pada 29 Ogos 2026 (Sabtu), selepas Solat Maghrib. Program ini akan berlangsung bertempat di Surau Othmaniah Parit 9, T**i Gantung.

Penceramah jemputan bagi majlis tersebut ialah Al-Fadhil Ustaz Haji Khairul Anuar Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Seri Iskandar. Kehadiran beliau diharapkan dapat memberikan pengisian dan penghayatan yang bermanfaat sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Sehubungan itu, semua penduduk dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul ini. Semoga kehadiran kita bersama dapat menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad.

**iGantung

FASA PEMBINAAN TINGKAT KEDUA MASJID AL-GHUFRANIAH BERMULA, KEMAJUAN PROJEK CECAH 25 PERATUS7 Ogos 2026 (Jumaat) - Pembin...
06/08/2026

FASA PEMBINAAN TINGKAT KEDUA MASJID AL-GHUFRANIAH BERMULA, KEMAJUAN PROJEK CECAH 25 PERATUS

7 Ogos 2026 (Jumaat) - Pembinaan Masjid Baharu Al-Ghufraniah, T**i Gantung kini memasuki fasa pembinaan tingkat kedua yang akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan jemaah. Antara kemudahan yang bakal disediakan ialah bilik kuliah, bilik mesyuarat serta ruang solat wanita yang akan digunakan khususnya ketika sambutan Hari Raya dan majlis-majlis besar.

Kerja-kerja pembinaan bagi fasa ini dimulakan dari bahagian hadapan masjid sebagai permulaan kepada pembangunan struktur tingkat kedua. Pembinaan diteruskan secara berperingkat mengikut perancangan yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap aspek pembinaan berjalan dengan lancar dan selamat.

Secara keseluruhannya, pembinaan Masjid Baharu Al-Ghufraniah kini telah mencapai kemajuan sebanyak 25 peratus. Diharapkan proses pembinaan ini akan terus berjalan dengan baik sehingga siap sepenuhnya, sekali gus memberikan keselesaan dan manfaat yang lebih besar kepada seluruh jemaah serta masyarakat setempat.

Orang ramai diseru untuk terus memberikan sokongan padu sama ada dalam bentuk doa, tenaga mahupun sumbangan kewangan agar pembinaan Masjid Al-Ghufraniah dapat disempurnakan dengan lancar dan diberkati.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Tabong Pembangunan Masjid T**i Gantong
Bank Islam: 08086010018768

Tabung Pembinaan Baharu Masjid Ghufraniah
Bank Rakyat: 1102395703

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
β€’019-461 1006 Tuan Haji Azamuddin Ayub
(Pengerusi Pembangunan Masjid Baharu)
β€’019-452 7788 Encik Borhanuddin Ismail
(Tim.Pengerusi Pembangunan Masjid Baharu)
β€’017-590 8675 Ustaz Mohd Amir Haji Amri
(Pengerusi Masjid Al-Ghufraniah)
β€’019-313 5869 Cikgu Hairulanuar Abu Samat
(Setiausaha Masjid Al-Ghufraniah)
β€’010-387 0019 Tuan Haji Tibrani Haji Ismail
(Bendahari Masjid Al-Ghufraniah)

**iGantung

FASA PEMBINAAN TIANG KONKRIT BAHAGIAN HADAPAN BERJALAN LANCAR BAGI PERKUKUHKAN STRUKTUR UTAMA BANGUNAN31 Julai 2026 (Jum...
31/07/2026

FASA PEMBINAAN TIANG KONKRIT BAHAGIAN HADAPAN BERJALAN LANCAR BAGI PERKUKUHKAN STRUKTUR UTAMA BANGUNAN

31 Julai 2026 (Jumaat) - Kerja-kerja pembinaan tiang konkrit (Concrete Column) diteruskan di bahagian hadapan tapak Pembinaan Masjid Baharu Al-Ghufraniah, Kampung T**i Gantung. Proses ini dilaksanakan mengikut perancangan dan spesifikasi yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap fasa pembinaan berjalan dengan lancar.

Fasa pembinaan tiang konkrit ini merupakan antara komponen penting dalam pembinaan struktur utama masjid. Pembinaannya memainkan peranan besar dalam memastikan keseluruhan bangunan mempunyai kekuatan, kestabilan dan tahap keselamatan yang tinggi, di samping memenuhi piawaian pembinaan yang ditetapkan.

Alhamdulillah, pembinaan Masjid Baharu Al-Ghufraniah terus menunjukkan perkembangan yang positif dari semasa ke semasa. Semoga setiap urusan dipermudahkan dan usaha murni ini dapat disempurnakan dengan jayanya demi manfaat seluruh masyarakat.

Orang ramai diseru untuk terus memberikan sokongan padu sama ada dalam bentuk doa, tenaga mahupun sumbangan kewangan agar pembinaan Masjid Al-Ghufraniah dapat disempurnakan dengan lancar dan diberkati.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Tabong Pembangunan Masjid T**i Gantong
Bank Islam: 08086010018768

Tabung Pembinaan Baharu Masjid Ghufraniah
Bank Rakyat: 1102395703

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
β€’019-461 1006 Tuan Haji Azamuddin Ayub
(Pengerusi Pembangunan Masjid Baharu)
β€’019-452 7788 Encik Borhanuddin Ismail
(Tim.Pengerusi Pembangunan Masjid Baharu)
β€’017-590 8675 Ustaz Mohd Amir Haji Amri
(Pengerusi Masjid Al-Ghufraniah)
β€’019-313 5869 Cikgu Hairulanuar Abu Samat
(Setiausaha Masjid Al-Ghufraniah)
β€’010-387 0019 Tuan Haji Tibrani Haji Ismail
(Bendahari Masjid Al-Ghufraniah)

**iGantung

KERJASAMA STRATEGIK MASJID AL-GHUFRANIAH DAN PIHAK Q ADS MEDIA STRATEGIST DALAM MEMPERKASA KEMPEN PENGIKLANAN9.40 Malam ...
24/07/2026

KERJASAMA STRATEGIK MASJID AL-GHUFRANIAH DAN PIHAK Q ADS MEDIA STRATEGIST DALAM MEMPERKASA KEMPEN PENGIKLANAN

9.40 Malam | 24 Julai | Bilik Mesyuarat Tapak Masjid

Perjumpaan khas telah diadakan bersama wakil Q Ads Media bagi membincangkan strategi pengiklanan dan pelaksanaan kempen kutipan dana untuk pembinaan Masjid Baharu Al-Ghufraniah. Pertemuan ini merupakan satu langkah proaktif dalam memperkukuhkan usaha hebahan kepada masyarakat agar lebih ramai tampil menyokong pembinaan rumah Allah ini.

Pertemuan tersebut berlangsung selama satu jam tiga puluh minit di Bilik Mesyuarat Tapak Masjid. Sesi perbincangan berjalan dalam suasana yang harmoni dan konstruktif dengan pelbagai cadangan serta pandangan dikemukakan bagi memastikan kempen kutipan dana dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pihak masjid diwakili oleh Tuan Haji Azamudin Ayub selaku Pengerusi Pembangunan Masjid Baharu bersama barisan jawatankuasa masjid. Manakala pihak Q Ads Media diwakili oleh Encik Mohd Hazrul Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Q Ads Media Strategist, yang berkongsi kepakaran serta cadangan berkaitan strategi pengiklanan dan promosi kempen.

Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan kaedah pengiklanan dan hebahan yang bersesuaian bagi memperluaskan capaian kempen kutipan dana pembinaan Masjid Al-Ghufraniah yang kini masih dalam proses pembinaan. Kerjasama strategik ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan lebih ramai penyumbang untuk bersama-sama merealisasikan pembinaan masjid tersebut.

Semoga usaha murni hasil kerjasama antara pihak masjid dan Q Ads Media ini mendapat keberkatan serta membuahkan hasil yang cemerlang. Diharapkan kutipan dana dapat dipercepatkan bagi memastikan pembinaan Masjid Baharu Al-Ghufraniah berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, iaitu pada 28 November 2027, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

**iGantung

MESYUARAT AGUNG MASJID AL-GHUFRANIAH 2026 BAHAS PERKEMBANGAN PEMBINAAN MASJID BAHARU, LAPOR KEDUDUKAN KEWANGAN DAN UMUM ...
23/07/2026

MESYUARAT AGUNG MASJID AL-GHUFRANIAH 2026 BAHAS PERKEMBANGAN PEMBINAAN MASJID BAHARU, LAPOR KEDUDUKAN KEWANGAN DAN UMUM JAWATANKUASA BAHARU

9.40 Malam | 23 Julai | Surau Al-Furqan

Telah berlangsung Mesyuarat Agung Masjid Al-Ghufraniah bagi tahun 2026 dengan kehadiran ahli kariah dan para jemputan. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid, Ustaz Mohd Amir Haji Amri, yang mengalu-alukan kehadiran semua peserta serta merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan terhadap pembangunan dan pengimarahan masjid.

Dalam ucapannya, Ustaz Mohd Amir turut mengumumkan penamatan tempoh perkhidmatan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2023–2026 yang telah berakhir pada 30 Jun lalu. Beliau merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa atas komitmen dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam menguruskan hal ehwal masjid.

Beliau seterusnya membentangkan laporan aktiviti Masjid Al-Ghufraniah sepanjang tahun 2025 yang merangkumi pelbagai program keagamaan, kebajikan, pendidikan serta aktiviti kemasyarakatan. Menurut beliau, pelaksanaan program-program tersebut berjaya mendapat sambutan yang baik daripada ahli kariah dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Turut dibincangkan ialah perkara berkaitan pengurusan jenazah, khususnya penggunaan van jenazah bagi kemudahan ahli kariah. Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan tersebut boleh menghubungi Encik Jamil Mohamad atau Encik Kamal Asin untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa kadar bayaran Khairat Kematian kekal sebanyak RM50 setahun, manakala 10 peratus daripada kutipan Jumaat akan disalurkan ke Tabung Khairat Kematian bagi memastikan dana tersebut terus kukuh.

Laporan kewangan masjid p**a telah dibentangkan oleh Tuan Haji Tibrani Haji Ismail. Beliau menjelaskan kedudukan kewangan semasa masjid serta perbelanjaan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh pelaporan, sekali gus memberi gambaran yang jelas mengenai pengurusan kewangan masjid kepada para ahli kariah.

Sementara itu, laporan perkembangan pembinaan Masjid Baharu Al-Ghufraniah telah disampaikan oleh Pengerusi Pembangunan Masjid Baharu, Tuan Haji Azmuddin Ayub. Beliau memaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan kini sedang memasuki fasa pendirian tiang bagi tingkat kedua. Secara keseluruhannya, projek telah mencapai lebih 22 peratus kemajuan, namun mengalami kelewatan kira-kira sebulan berbanding jadual asal.

Beliau turut memaklumkan bahawa Masjid Baharu Al-Ghufraniah dijangka siap sepenuhnya pada 28 November 2027. Apabila siap kelak, masjid tersebut mampu menampung sehingga 837 jemaah pada satu-satu masa, termasuk bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat Hari Raya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 687 jemaah boleh ditempatkan di ruang solat bawah, manakala ruang solat utama mampu menampung seramai 151 jemaah.

Dari aspek kewangan pembangunan, jumlah kutipan keseluruhan yang berjaya dikumpulkan setakat ini ialah sebanyak RM3,184,137.80. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,656,967.65 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pembangunan masjid serta pembayaran lain yang berkaitan. Sehingga 30 Jun 2026, baki wang yang masih berada di dalam akaun bank berjumlah RM1,527,170.15.

Pada masa yang sama, Ustaz Mohd Amir turut mengumumkan pelantikan baharu Ahli Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2026–2029 yang telah berkuat kuasa pada 1 Julai lalu. Beliau memaklumkan bahawa beberapa pelantikan tambahan akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengisi kekosongan portfolio penting, sekali gus memperkukuh pengurusan dan gerak kerja Masjid Al-Ghufraniah.

Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi JPKK Kampung T**i Gantung, Encik Yusoff Ramil, yang mengemukakan beberapa cadangan bagi menambah baik kemudahan serta pengurusan masjid demi manfaat ahli kariah.

Mesyuarat Agung Masjid Al-Ghufraniah 2026 kemudian ditangguhkan pada jam 11.00 malam setelah semua agenda yang telah ditetapkan berjaya disempurnakan.

**iGantung

Address

Batu 29, Kampung T**i Gantung
Bota
32600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Ghufraniah, Titi Gantung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category