Surau Othmaniah, Titi Gantung

Surau Othmaniah, Titi Gantung Laman facebook Surau Othmaniah Parit 9, T**i Gantung.

19/03/2026
18/02/2026

MALAM PERTAMA RAMADAN, SURAU OTHMANIAH DIPENUHI JEMAAH

Menjelang permulaan ibadah puasa yang akan bermula esok, warga Kampung T**i Gantung mula menunaikan solat sunat Terawih pada malam pertama Ramadan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Suasana hening malam diserikan dengan kehadiran ahli kariah yang memenuhi ruang solat sebagai tanda kesediaan menyambut bulan yang penuh keberkatan.

Solat sunat Terawih tersebut diadakan di Surau Othmaniah Parit 9, yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah. Kehadiran penduduk sekitar tanpa mengira usia jelas memperlihatkan semangat perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan komuniti kampung.

Solat malam ini telah diimamkan oleh Imam Jamhari Sulaiman, yang juga merupakan Imam Jumaat Masjid Al-Ghufraniah, manakala tugas bilal diketuai oleh Encik Ismail Ahmad, atau lebih mesra dikenali sebagai Paklong Mail. Solat terawih berlangsung dengan lancar dan penuh khusyuk, menandakan permulaan Ramadan yang penuh makna buat seluruh warga kampung.

**iGantung

13/02/2026

JADUAL GILIRAN BERBUKA PUASA

Jadual giliran berbuka puasa bagi Masjid Al-Ghufraniah, T**i Gantung untuk tahun 2026 telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran penyediaan juadah sepanjang bulan Ramadan. Setiap kump**an yang dilantik diharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kerjasama dan keikhlasan.

Giliran pertama akan berlangsung pada hari Rabu, 25 Februari 2026, yang akan dikendalikan oleh Kump**an Encik Akhsan Abdul Rahman. Seterusnya, pada hari Rabu minggu kedua, 4 Mac 2026, tugas penyediaan berbuka puasa akan diteruskan oleh Kump**an Encik Had Dahari Ahmad.

Pada hari Rabu minggu ketiga, 11 Mac 2026 p**a, Kump**an Kamal Asin akan mengambil alih giliran tersebut. Manakala giliran terakhir yang dijadualkan ialah pada hari Rabu, 18 Mac 2026, yang akan dikendalikan oleh Kump**an Encik Zulkifli Amin Saad.

Pihak masjid berharap agar semua kump**an yang terlibat dapat mematuhi jadual yang telah ditetapkan demi memastikan kelancaran program berbuka puasa serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan jemaah.

**iGantung

13/02/2026

PELANTIKAN ENCIK ROSLI DAN TUAN HAJI TIBRANI SEBAGAI AMIL ZAKAT FITRAH

Masjid Al-Ghufraniah T**i Gantung telah mengumumkan pelantikan dua orang amil zakat fitrah bagi tahun 1447H bersamaan 2026M. Pelantikan ini bertujuan memastikan urusan kutipan zakat fitrah di kawasan kariah berjalan dengan lancar, teratur dan menepati syariat Islam sepanjang bulan Ramadan.

Bagi tahun ini, Masjid Al-Ghufraniah mengekalkan Encik Rosli Sulaiman sebagai amil zakat fitrah yang telah berkhidmat sebelum ini. Pengalaman dan komitmen beliau dalam menguruskan amanah kutipan zakat amat dihargai oleh pihak pengurusan masjid dan para jemaah.

Selain itu, pihak masjid turut melantik muka baharu iaitu Tuan Haji Tibrani Haji Ismail sebagai amil zakat fitrah yang baharu bagi tahun ini. Pelantikan beliau diharap dapat memperkukuhkan lagi pengurusan zakat fitrah serta memudahkan urusan pembayaran dalam kalangan penduduk setempat.

Bagi kadar zakat fitrah tahun 1447H/2026M, kadar wajib ditetapkan sebanyak RM10.00 bagi setiap individu yang menggunakan beras super special tempatan dan super import. Umat Islam diseru untuk menunaikan zakat fitrah mengikut kadar yang telah ditetapkan demi menyempurnakan ibadah puasa Ramadan.

Walau bagaimanapun, terdapat kadar pilihan atau galakan sebanyak RM16 bagi pengguna beras perang, beras wangi, beras herba dan beras rebusan. Manakala kadar pilihan RM25 p**a ditetapkan bagi pengguna beras basmathi, beras pulut, beras Jepun dan beras merah. Orang ramai digalakkan memilih kadar yang bersesuaian dengan jenis beras yang menjadi makanan asasi harian mereka.

**iGantung

13/02/2026

SEMANGAT MUAFAKAT PENDUDUK KG T**I GANTUNG SAMBUT KEDATANGAN RAMADAN AL-MUBARAK

Gotong royong membersihkan Surau Othmaniah, Parit 9, Kg T**i Gantung telah diadakan bagi memastikan kebersihan dan keceriaan surau sentiasa terpelihara. Program ini dilaksanakan sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan mulia Ramadan Al-Mubarak yang dijangka bermula pada 19 Februari ini.

Selain menceriakan persekitaran surau, gotong royong ini turut bertujuan mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif agar para jemaah dapat menunaikan ibadah dengan lebih khusyuk dalam persekitaran yang bersih dan teratur.

Aktiviti ini melibatkan penyertaan ahli kariah, penduduk setempat serta golongan muda, merangkumi kerja-kerja pembersihan di dalam ruang solat dan kawasan luar seperti longkang serta rumput di sekitar surau. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kebersihan, malah berjaya mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

**iGantung

13/02/2026
Jadual Imam Terawih Surau Othmaniah Parit 9, T**i Gantung.
13/02/2026

Jadual Imam Terawih Surau Othmaniah Parit 9, T**i Gantung.

MAULIDUR RASUL DISAMBUT MERIAH, KARIAH KUKUHKAN UKHUWAHSambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat Kampung T**i Gantung anju...
05/10/2025

MAULIDUR RASUL DISAMBUT MERIAH, KARIAH KUKUHKAN UKHUWAH

Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat Kampung T**i Gantung anjuran Surau Othmaniah Parit 9 dengan kerjasama Masjid Al-Ghufraniah telah berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 jemaah dari kawasan sekitar.

Ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Ahmad Khairi Bin Jamaludin yang membawa kisah pengajaran daripada peristiwa tentera bergajah Abrahah, sekali gus mengajak umat Islam untuk terus mempertahankan aqidah dan sunnah Rasulullah saw.

Pengerusi Masjid Al-Ghufraniah, Ustaz Mohd Amir Haji Amri turut mengambil kesempatan memberikan makluman terkini mengenai status pembinaan Masjid Baharu Al-Ghufraniah yang kini memasuki fasa awal pelaksanaan.

Menurut Pengerusi Surau Othmaniah Parit 9, Imam Jamhari Bin Sulaiman berkata "Alhamdullah, program yang kita rancang berjalan dengan lancar. Insyaallah, jika ada kesempatan tahun hadapan kita akan laksanakan lagi program seumpama ini".

Majlis dimeriahkan dengan gotong-royong memasak yang bermula sejak semalam. Seekor lembu turut disumbangkan oleh Encik Hamzah Bin Mohd Noh bagi jamuan kenduri kepada para tetamu yang hadir.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah saw, malah menjadi medium pengukuhan silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat.

12/08/2025

12 Ogos 2025 | Selepas Isyak

Majlis tahlil telah diadakan di Surau Othmaniah Parit 9 berikutan pemergian Allahyarhamah Siti Maznah Binti Mat Saad yang terlibat didalam kemalangan jalan raya di Baling, Kedah pada 10 Ogos lalu.

Seluruh ahli kariah Surau Othmaniah Parit 9 mendoakan allahyarhamah ditempatkan dikalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh.

Bacaan tahlil dipimpin oleh Imam Jamhari Sulaiman.

Al-Fatihah.

10 Julai 2025 | Selepas MaghribBacaan yasin malam jumaat dan kenduri tahlil telah diadakan selepas solat maghrib di Sura...
10/07/2025

10 Julai 2025 | Selepas Maghrib

Bacaan yasin malam jumaat dan kenduri tahlil telah diadakan selepas solat maghrib di Surau Othmaniah Parit 9. Bacaan doa dipimpin oleh Imam Jamhari Sulaiman.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Isa Mansor sekeluarga diatas tajaan jamuan pada malam ini.

Untuk maklumat, Encik Mohd Isa Mansor bersama isteri dan adik beliau akan mengerjakan umrah pada minggu hadapan.

Semoga dikurniakan umrah yang makbullah.

Address

Surau Othmaniah Parit 9, T**i Gantung
Bota
32600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Othmaniah, Titi Gantung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category