Surau Darul Dakwah Kampung Jepak

Surau Darul Dakwah Kampung Jepak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Darul Dakwah Kampung Jepak, Religious organisation, Bintulu.

🕌 JEMPUTAN KE MAJLIS CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🕌Adakah Rasulullah SAW benar-benar bertakhta di dalam hat...
16/08/2026

🕌 JEMPUTAN KE MAJLIS CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🕌

Adakah Rasulullah SAW benar-benar bertakhta di dalam hati kita, atau sekadar meniti di bibir sahaja?”

Ayuh sama-sama kita singkap jawapannya, bermuhasabah diri, dan menyemarakkan kembali api cinta serta rindu kepada Baginda Nabi dalam program ilmu yang penuh barakah ini.

Tajuk: Adakah Rasulullah SAW di Hatiku?

Penceramah: Ustaz Mohammad Fikhri Bin Kiprawi (MIS-003473)

Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)

Masa: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Surau Darul Dakwah, Jepak Hulu

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir. Sila sebarkan kepada ahli kariah dan keluarga.
Terima kasih!

Salam Jumaat ✨🌙📢 TABUNG INFAQ SEDEKAH JUMAAT SURAU DARUL DAKWAH, JEPAK HULU, BINTULUPenggunaan sumbangan Tabung Infaq ad...
14/08/2026

Salam Jumaat ✨🌙

📢 TABUNG INFAQ SEDEKAH JUMAAT SURAU DARUL DAKWAH, JEPAK HULU, BINTULU

Penggunaan sumbangan Tabung Infaq adalah bagi menyokong:

1. Pengurusan dan pengimarahan surau Penganjuran program bermanfaat serta aktiviti surau.
2. Kebajikan surau dan masyarakat setempat.
3. Penyelenggaraan, utiliti serta keperluan semasa surau.
4. Serta apa-apa keperluan lain yang berkaitan dengan kepentingan dan kemaslahatan Surau Darul Dakwah📲 Sumbangan boleh disalurkan melalui imbasan QR Tabung Infaq Surau Darul Dakwah.

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.Disediakan Oleh:

Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Dakwah, Jepak Hulu, Bintulu

25/05/2026
Selamat hari raya aidilfitri 2026/1447H
21/03/2026

Selamat hari raya aidilfitri 2026/1447H

21/03/2026

Surau Darul Dakwah mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

13/02/2026
25 Januari 2026 - Ahad Aktiviti Gotong-Royong Siri 1 Surau Darul DakwahAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Bagi ...
25/01/2026

25 Januari 2026 - Ahad
Aktiviti Gotong-Royong Siri 1 Surau Darul Dakwah
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Dakwah (SDD) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
JKKK Jepak Hulu
KK Suraya
Ahli Jawatankuasa Pengurusan (JKP) SDD
Seluruh ahli kariah Jepak Hulu
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa, tenaga, dan buah fikiran dalam menjayakan Aktiviti Gotong-Royong Siri Pertama di Surau Darul Dakwah.

Kehadiran dan kerjasama erat daripada semua pihak bukan sahaja telah mengindahkan persekitaran surau kita, malah memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah sesama penduduk. Semoga segala amal bakti dan sumbangan yang diberikan diberkati oleh Allah SWT dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Semangat perpaduan seperti ini amatlah kita harapkan untuk terus dikekalkan dalam aktiviti-aktiviti akan datang demi kesejahteraan komuniti Jepak Hulu khasnya
Sekian, terima kasih.
Pihak Pengurusan Surau Darul Dakwah (SDD)
Jepak Hulu

20/01/2026

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam,” yang mengajar kita untuk hanya bertutur perkara yang baik dan bermanfaat, dan jika tidak mampu, maka lebih baik berdiam diri untuk mengelakkan dosa dan fitnah.





CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ ANJURAN SURAU DARUL DAKWAH Isnin, 19 Jan – Alhamdulilah program ceramah khas israk mikraj lbrah...
19/01/2026

CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ ANJURAN SURAU DARUL DAKWAH

Isnin, 19 Jan – Alhamdulilah program ceramah khas israk mikraj lbrah peristiwa isra' wal Mikraj telah berlangsung di Surau Darul dakwah.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim bin Abdul Kadir (Pensyarah UPMS).

Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Dakwah telah dihadiri oleh penduduk setempat yang memenuhi ruang solat sejurus selepas waktu Maghrib.

Setelah selesai solat isyak ada jamuan untuk ahli kariah yang hadir yang di sumbang oleh penduduk setempat.

04/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagi pihak kariah dan komuniti Masjid Darul Makmur Kampung Jepak, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Pengurusan Masjid sesi terdahulu atas khidmat bakti, komitmen, serta pengorbanan masa dan tenaga sepanjang tempoh pentadbiran. Sumbangan tuan-tuan dalam memakmurkan rumah Allah ini — melalui pengurusan program, kebajikan jemaah, pendidikan, serta pembangunan sahsiah ummah — amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang.

Dengan selesainya proses penyerahan tugas pada 31 Disember 2025 yang lalu, kami turut mengucapkan setulus-tulus tahniah dan selamat bertugas kepada barisan JKP Masjid yang baharu. Semoga amanah yang dipikul ini dipermudahkan Allah SWT, diberi kekuatan, kebijaksanaan dan sifat amanah dalam memimpin, serta terus mengukuhkan perpaduan dan kesejahteraan kariah.

Marilah kita semua berganding bahu menyokong usaha barisan kepimpinan baharu dalam memakmurkan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan kebajikan ummah. Mudah-mudahan segala usaha yang dilaksanakan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Address

Bintulu
97000

Telephone

+60194698520

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Darul Dakwah Kampung Jepak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Darul Dakwah Kampung Jepak:

Shortcuts

Share