Surau Al Muhajirin

Surau Al Muhajirin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al Muhajirin, Mosque, Bintulu.

Kemeriahan Aidilfitri dari Surau Al Muhajirin Kpg Warisan Jepak, Bintulu...
21/03/2026

Kemeriahan Aidilfitri dari Surau Al Muhajirin Kpg Warisan Jepak, Bintulu...

21/03/2026

Berlalu sudah ramadan, tibanya Syawal yg mulia..
Dari kami pihak pengurusan Surau Al Muhajirin Kpg Warisan Jepak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin..

15/03/2026
MAJLIS KHATAMAL AL QURAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Malam  25 Ramadhan 1447H bersamaan ...
15/03/2026

MAJLIS KHATAMAL AL QURAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Malam 25 Ramadhan 1447H bersamaan 14 Mac 2026 yang penuh barakah, sejurus usai solat sunat Terawih telah berlangsung dengan penuh tertib, Majlis Khatamal Al-Quran yang meraikan perjuangan 15 orang Ahlul Quran (8 Muslimat & 7 Muslimin). Mereka adalah jiwa-jiwa yang memilih untuk tidak membiarkan malam Ramadhan berlalu sepi, melainkan menghidupkannya dengan kalamullah yang suci. Keindahan majlis ini meninggalkan satu kerinduan yang mendalam.

Kami dari Jawatankuasa Pengurusan Surau Al Muhajirin memasang impian yang besar agar pada tahun-tahun mendatang, Halaqah Tadarus Surau Al Muhajirin akan lebih meriah. Kami dengan penuh tawaduk menjemput :

1. Buat Jiwa yang Sedang Berusaha Meniti Kalamullah:
Jangan biarkan rasa rendah diri menghalang langkah anda. Di surau kita, bukan kelancaran yang menjadi ukuran utama, tetapi keikhlasan setiap hela nafas saat menyebut ayat-ayat-Nya. Jadikan Ramadhan akan datang sebagai detik indah untuk kita bertalaqqi dan bertadarus bersama-sama sebagai satu keluarga.

2. Buat Warga Kariah & Jemaah Baru:
Jadikanlah Ramadhan tahun depan sebagai detik "hijrah" untuk lebih dekat dengan surau. Mari kita jadikan tadarus sebagai jambatan ukhuwah.

3. Buat Anak Muda, Pewaris Nadi Surau:
Kami mendambakan suara segar kalian untuk menyambung rantaian nur ini. Jadilah barisan hadapan yang membuktikan Al-Quran tetap subur di hati generasi muda.

Insha-Allah, jika tahun ini kita ada 15 peserta, semoga tahun depan Allah gerakkan hati lebih ramai lagi untuk menyertai Kafilah Al-Quran ini. Biarlah setiap rumah di kariah kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang wakil yang mengkhatamkan Al-Quran di rumah Allah ini.

Jazakumullahu Khairan Kathira kepada seluruh jawatankuasa, para penyumbang, dan jemaah yang menghidupkan syiar Islam ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kita kekuatan iman dan kesihatan yang afiyat untuk bertemu lagi di Majlis Khatam tahun hadapan dengan alunan bacaan Al Quran yang lebih hebat, ukhuwah yang lebih erat, dan jiwa yang lebih bertaqwa. Moga kita semua dihimpunkan sebagai Ahlul Quran.

“Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia. Para sahabat bertanya, ‘Siapakah mereka wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Para Ahli Al-Quran (Ahlul Quran), merekalah keluarga Allah dan orang-orang pilihan-Nya.’” (HR. Ahmad)





Syukur alhamdulillah... Selesai lah sudah Majlis Khatamal Al Quran peringkat Surau Al Muhajirin sempena Bulan Ramadan yg...
14/03/2026

Syukur alhamdulillah...
Selesai lah sudah Majlis Khatamal Al Quran peringkat Surau Al Muhajirin sempena Bulan Ramadan yg mulia ini..

Seramai 7 peserta Qari lelaki dan 8 peserta Qariah wanita..
Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar dimana pada kali ini, majlis Khatamal Al Quran diketuai oleh Imam Surau Al Muhajirin iaitu Tuan Imam Ahmad Shamsudin...

Semoga dengan keberkatan majlis ini kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S. W. T.... Aamiin...

14/03/2026

Majlis Khatamal Al Quran Bulan Ramadhan dari Surau Al Muhajirin, Kpg Warisan Jepak, Bintulu...

Syukur alhamdulillah.. Selesai dah Majlis Khatamal Al Quran Kariah Wanita Surau Al Muhajirin Kpg Warisan Jepak... Tahnia...
11/03/2026

Syukur alhamdulillah.. Selesai dah Majlis Khatamal Al Quran Kariah Wanita Surau Al Muhajirin Kpg Warisan Jepak...

Tahniah buat semua... Semoga kita semua mendapat pahala yg berlipat kali ganda di Bulan Ramadan yg mulia ini dgn membaca ayat² suci al quran nul qarim...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 🕊️ JEMPUTAN KE PROGRAM TAHLIL PERDANA 1447H / 2026M "Mari bersama-sama kita hadiahkan doa dan paha...
25/01/2026

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 🕊️

JEMPUTAN KE PROGRAM TAHLIL PERDANA 1447H / 2026M

"Mari bersama-sama kita hadiahkan doa dan pahala buat ahli keluarga serta insan tersayang yang telah kembali ke rahmatullah."

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Muhajirin Kampung Warisan Jepak dengan segala hormatnya menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk menyertai program ini mengikut butiran berikut:

✨ PROGRAM TAHLIL PERDANA 1447H / 2026M ✨

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
MAKLUMAT PROGRAM:
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
📅 TARIKH: 14 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ MASA: Selepas Solat Zohor
📍 LOKASI: Surau Al-Muhajirin, Kg. Warisan Jepak

KADAR SUMBANGAN:
💰 MINIMUM RM50.00 (Untuk satu keluarga)

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
SALURAN SUMBANGAN:
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

1️⃣ TRANSFER ONLINE (Cepat & Mudah):
🏦 Bank Rakyat 1102165645
👤 Surau Al-Muhajirin Kampung Warisan Jepak
(Sila sertakan resit kepada AJK di bawah untuk rekod)

2️⃣ SUMBANGAN TUNAI & BORANG PENYERTAAN:
Boleh berurusan terus dengan wakil kami:
📞 En. Rajeli Bolhasan (Tim. Pengerusi): wa.me/60145825777
📞 En. Supri Mustapher (Setiausaha): wa.me/60198482139
📞 Pn. Rumina Kamidin (Bendahari): wa.me/60138230598


"Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya." (HR Muslim)

Address

Bintulu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Muhajirin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category