Baharis BDA

Baharis BDA Badan Harakah Islamiah Lembaga Kemajuan Bintulu

PROGRAM SEDEKAH KORBAN PERDANA 1447H/2026M  🐂Alhamdulillah, Program Sedekah Korban Perdana yang telah berlangsung pada 1...
15/06/2026

PROGRAM SEDEKAH KORBAN PERDANA 1447H/2026M 🐂

Alhamdulillah, Program Sedekah Korban Perdana yang telah berlangsung pada 13 Jun 2026 di Sekolah Kebangsaan Sebauh dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bahagian Tatau Sebauh telah
berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada semua
penyumbang, ahli baharis, guru, kakitangan serta komuniti yang telah bersama-sama menyumbang tenaga dan masa demi menjayakan program yang penuh keberkatan ini.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara warga pendidikan dan komuniti setempat. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan dan kesejahteraan kepada semua pihak yang terlibat.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah korban itu, tetapi Dia melihat kepada ketakwaan kamu." 🤍

/2027

22/05/2026
PENUTUPAN SESI EXCO BAHARIS 2024/2025Berlabuhnya tirai Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Baharis ke-16 pada 9 April 2026 bersa...
15/04/2026

PENUTUPAN SESI EXCO BAHARIS 2024/2025

Berlabuhnya tirai Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Baharis ke-16 pada 9 April 2026 bersamaan dengan 21 Syawal 1447H, maka secara rasminya berakhirlah tugasan kami sebagai barisan Exco Baharis bagi Sesi 2024/2025. Sepanjang tempoh ini, setiap langkah yang kami ambil adalah berpaksikan amanah yang telah diberikan melalui undian dan kepercayaan ahli sekalian.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Exco Baharis Sesi 2026/2027 yang telah dipilih. Semoga anda semua dapat memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah, adil, dan sentiasa mengutamakan semangat kerjasama bagi meneruskan legasi kecemerlangan Baharis.

Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak Pengurusan BDA dan seluruh ahli Baharis yang menjadi penyokong setia kami dari awal hingga akhir. Semoga ukhuwah ini kekal di bawah rahmat Allah SWT.

Sekian, terima kasih.
Exco Baharis 2024/2025






Salam Aidilfitri kepada semua. Di hari kemenangan yang mulia ini, kami mendoakan agar sambutan raya anda sekeluarga dipe...
20/03/2026

Salam Aidilfitri kepada semua. Di hari kemenangan yang mulia ini, kami mendoakan agar sambutan raya anda sekeluarga dipenuhi dengan kegembiraan dan kedamaian.

Buat mereka yang meraikan Syawal jauh di mata namun dekat di hati, jarak bukanlah penghalang.
Syukur dengan teknologi hari ini, ukhuwah tetap utuh merentas sempadan.

Semoga ukhuwah bersama sanak saudara dan rakan-rakan terus mekar dan bermakna.

Selamat menyambut Aidilfitri dengan penuh ketenangan buat semua. Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
Exco Baharis.

07/03/2026

5 Mac 2026 - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, semalam telah berlangsung program yang bermula seawal jam 5:15 petang di Surau Islahul Ummah, PERBINDA telah berjalan dengan lancar dan teratur, merangkumi majlis Tahlil Perdana, berbuka puasa (iftar), dan diakhiri dengan Solat Terawih secara berjemaah.

Kami amat bersyukur dan berasa gembira melihat kehadiran ahli-ahli BAHARIS serta ahli keluarga yang begitu ramai semalam. Kehadiran anda semua bukan sahaja memeriahkan suasana, malah mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli di bulan Ramadan yang mulia ini.

Program seperti ini merupakan platform terbaik untuk kita bersama-sama berkongsi rezeki, mendoakan kesejahteraan melalui Tahlil Perdana dan mengimarahkan surau dengan ibadah terawih.

Sekian, terima kasih.
Exco Baharis

5 Mac 2026 - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, semalam telah berlangsung program yang bermula seawal jam 5:15 petan...
07/03/2026

5 Mac 2026 - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, semalam telah berlangsung program yang bermula seawal jam 5:15 petang di Surau Islahul Ummah, PERBINDA telah berjalan dengan lancar dan teratur, merangkumi majlis Tahlil Perdana, berbuka puasa (iftar), dan diakhiri dengan Solat Terawih secara berjemaah.

Kami amat bersyukur dan berasa gembira melihat kehadiran ahli-ahli BAHARIS serta ahli keluarga yang begitu ramai semalam. Kehadiran anda semua bukan sahaja memeriahkan suasana, malah mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli di bulan Ramadan yang mulia ini.

Program seperti ini merupakan platform terbaik untuk kita bersama-sama berkongsi rezeki, mendoakan kesejahteraan melalui Tahlil Perdana dan mengimarahkan surau dengan ibadah terawih.

Sekian, terima kasih.
Exco Baharis

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pada 5 Mac 2026, telah berlangsung dengan jayanya Program Agihan Bubur Lambuk ber...
07/03/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pada 5 Mac 2026, telah berlangsung dengan jayanya Program Agihan Bubur Lambuk bertempat di Lobi Wisma Bintulu dan Lobi Perbinda.

​Program murni ini merupakan hasil kerjasama erat antara BAHARIS dan KSR BINDA sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H.

Sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah berjaya diagihkan dengan lancar kepada para staf dan mereka yang terawal.

​Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kelancaran program ini. Semoga usaha kecil ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama warga kerja dan menyemarakkan semangat ukhuwah di bulan yang mulia ini.

Sekian, terima kasih.
Exco Baharis

18/02/2026

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1448H / 2026M

Pihak Pengurusan dan seluruh Warga Kerja Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan yang mulia ini menjadi medan untuk memperkukuh nilai amanah, integriti dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab serta khidmat bakti kepada masyarakat. Diharapkan keberkatan bulan yang penuh rahmat ini turut membawa kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran yang berpanjangan kepada semua.

Ikhlas daripada
Pihak Pengurusan dan Warga Kerja
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Address

Bintulu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baharis BDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share