Masjid Ehsaniah Kg Batu 26

Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 Media Rasmi Masjid Ehsaniah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan penuh takzim, seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir memeriahkan...
06/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh takzim, seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir memeriahkan Majlis Bacaan Burdah peringkat Masjid Ehsaniah Kg. Batu 26, Batu Hampar.

🗓 Tarikh: Sabtu, 11 Julai 2026
🕰 Masa: Selepas Solat Fardu Maghrib
📍 Tempat: Dewan Solat Masjid Ehsaniah Kg. Batu 26, Batu Hampar

Marilah kita bersama-sama menghidupkan malam dengan alunan selawat, puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta mengharap limpahan rahmat, keberkatan dan syafaat daripada Allah SWT.

🍽 Jamuan disediakan.

Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat. Semoga setiap langkah menuju majlis ini dicatat sebagai amal soleh dan menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT.

Jadual kuliah dan pengajian bulan 7 ( Julai ) Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 Batu Hampar ✨
03/07/2026

Jadual kuliah dan pengajian bulan 7 ( Julai ) Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 Batu Hampar ✨

Tahun berganti tahun, usia semakin berkurang, dan perjalanan menuju Allah semakin hampir.Awal Muharram mengingatkan kita...
16/06/2026

Tahun berganti tahun, usia semakin berkurang, dan perjalanan menuju Allah semakin hampir.

Awal Muharram mengingatkan kita bahawa hijrah bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi satu perjuangan yang perlu berlaku dalam diri setiap Muslim; berhijrah daripada dosa kepada taubat, daripada lalai kepada mengingati Allah, dan daripada cinta dunia kepada kerinduan terhadap akhirat.

Marilah kita membuka lembaran baharu dengan memperbanyakkan istighfar, memperbaiki solat, memuliakan ibu bapa, dan memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

Semoga tahun 1448H menjadi tahun yang dipenuhi keberkatan, ketenangan jiwa, keluasan rezeki, kesihatan yang baik serta husnul khatimah buat kita semua.

"Sesungguhnya orang yang berhijrah pada jalan Allah akan mendapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak."(Surah An-Nisa': 100)

✨ Salam Maal Hijrah 1448H✨ Hijrah Hati, Hijrah Diri, Menuju Redha Ilahi

Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 Batu Hampar

Jadual kuliah dan pengajian bulan 6 ( Jun ) 2026 di Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 ✨
01/06/2026

Jadual kuliah dan pengajian bulan 6 ( Jun ) 2026 di Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 ✨

Ayuh beramai ramai esok jam 8 pagi solat dan mendengar khutbah hari raya Aidil Adha ✨
26/05/2026

Ayuh beramai ramai esok jam 8 pagi solat dan mendengar khutbah hari raya Aidil Adha ✨

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447HDaripada seluruh saf kepimpinan dan wargaMasjid Ehsaniah Kg Batu 26 Batu Hamp...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H

Daripada seluruh saf kepimpinan dan warga
Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 Batu Hampar
Semoga Aidiladha kali ini mendidik hati kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan setiap ibadah, doa dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta dikurniakan keberkatan buat seluruh umat Islam.

🤍 Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.

🐂🐂 *PROGRAM AQIQAH KORBAN MASJID AL IHSANIAH KG BATU 26*🐂🐂Pada Tahun ini Masjid Al Ehsaniah akan menganjurkan program ib...
08/04/2026

🐂🐂 *PROGRAM AQIQAH KORBAN MASJID AL IHSANIAH KG BATU 26*🐂🐂

Pada Tahun ini Masjid Al Ehsaniah akan menganjurkan program ibadah korban 1447H
Untuk permulaan pihak masjid akan menyediakan 5 ekor lembu.

Jika ada permintaan pihak masjid akan membuat penambahan.😊

Sesiapa yang ingin bersama² menjalankan ibadah korban di masjid boleh hubungi :

➡️En. Hassan Ahmad
012- 4700274
(Pengerusi Masjid)

➡️Tarmizi bin Abdullah
(S.u. masjid)
018-4094157

➡️En. Shahir Ramli
011-33133457

INFO KULIAH MAGHRIB DI MASJID EHSANIAH BATU 26, BATU HAMPAR PENCERAMAH YANG BERBAHAGIA USTAZ ADLIN NASRINAMA KITAB KITAB...
30/03/2026

INFO KULIAH MAGHRIB DI MASJID EHSANIAH BATU 26, BATU HAMPAR



PENCERAMAH
YANG BERBAHAGIA USTAZ ADLIN NASRI

NAMA KITAB
KITAB 40 HADIS KIAMAT HAMPIR TIBA

HARI
ISNIN (KULIAH BULANAN MAC GANTIAN)

TARIKH: 30 MAC 2026/10 SYAWAL 1447H

MASA
SELEPAS SOLAT FARDHU MAGHRIB*

TEMPAT
MASJID EHSANIAH BATU 26, BATU HAMPAR

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Jangan lupa esok solat sunat Aidilfitri ✨
20/03/2026

Jangan lupa esok solat sunat Aidilfitri ✨

Seluruh saf kepimpinan Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil...
20/03/2026

Seluruh saf kepimpinan Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli kariah dan umat Islam.

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturrahim serta menghidupkan hati kita dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya.

Address

Kg Batu 26 Batu Hampar Beruas
Beruas
32700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ehsaniah Kg Batu 26 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category