Surau Al-Fateh Bandar Tasik Kesuma Fasa 7

Surau Al-Fateh Bandar Tasik Kesuma Fasa 7 Surau Al-Fateh, Bandar Tasik Kesuma (Fasa 7), Beranang, Selangor (No. Pendaftaran: JAIS 7022/195)

Surau Al-Fateh telah ditubuhkan pada Oktober 2001 dengan diberi nama Surau (Sementara) Fasa 7A. Setelah Jawatankuasa Penaja Surau ini dilantik pada 27 Oktober 2001 nama Surau ini telah ditukar kepada Surau Al-Fateh. Nama `AL-FATEH' diambil sempena nama seorang Sultan yang hebat didalam sejarah ketamadunan Islam, sedikit sejarah berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh:

Muhammad II dilahirkan di Edirne

yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum. Muhammad Al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dan kebetulan p**a Bandar Tasik Kesuma (Fasa 7) adalah satu kawasan yang baru dibuka (Al-Fath) yang terletak didalam Mukim Beranang, Daerah Hulu Langat. Pada permulaannya pihak AJK Penaja Surau Al-Fateh telah menyewa sebuah rumah di Jalan Kesuma 1/3 untuk dijadikan Surau sementara sebelum membina sebuah surau yang lebih selesa yang ada pada ketika ini. Pada Ogos 2002 Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Fateh telah ditubuhkan yang diberi tanggungjawab membina sebuah Surau yang selesa serta boleh menampung jemaah dari kariah Fasa 7 khususnya. Pelbagai ujian dan cabaran didalam usaha mengutip sumbangan dan dana untuk membina Surau Al-Fateh ini, akhirnya pada Julai 2004 pembinaan Surau Al-Fateh telah dimulakan. Setelah beberapa bulan didalam pembinaan, Surau Al-Fateh yang baru telah siap sepenuhnya dan digunakan secara rasmi pada 16 Januari 2005 hingga kini. Terimakasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dari pelbagai sudut untuk kita sama-sama menegakkan syiar ISLAM khususnya di Bandar Tasik Kesuma Fasa 7 ini. Kami berharap semoga Surau Al-Fateh ini terus diimarahkan lagi dengan pelbagai program keagamaan.

Mesyuarat Agung Tahunan 2025
13/05/2026

Mesyuarat Agung Tahunan 2025

07/05/2026

*Kuliah Maghrib*

👳 *Prof.Madya Dr.Hj.Azlan Bin Shaiful Baharum*
📆 *7.5.2026*
📖 *Kitab: Tadabbur Surah Al Kahfi*
⏰ *Lepas Solat Maghrib*

🕌 Sumbangan Aktiviti Surau Al Fateh boleh disalurkan ke akaun:-

*1102279392-BANK RAKYAT*

12/04/2026
Ibadah Korban 2026Pendaftaran dibuka
08/04/2026

Ibadah Korban 2026
Pendaftaran dibuka

Jamuan Sarapan Hari Raya 2026
08/04/2026

Jamuan Sarapan Hari Raya 2026

Iftar Ramadhan
09/03/2026

Iftar Ramadhan

Tentatif Program Sempena Gerhana Bulan
26/02/2026

Tentatif Program Sempena Gerhana Bulan

19/02/2026

Malam Pertama Solat Sunat Terawih
Surau Al-Fateh Bandar Tasik Kesuma Fasa 7

Address

Jalan Kesuma 1/18
Beranang
43700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Fateh Bandar Tasik Kesuma Fasa 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share