22/05/2026
Hadir majlis ilmu itu satu nikmat.
Tapi jangan sampai nikmat itu melahirkan rasa diri lebih mulia daripada orang lain.
Dapat datang ke masjis ilmu bukan tiket untuk merendahkan orang lain yang tidak dapat hadir
Ada orang rajin hadir majlis ilmu,
tapi masih sibuk membuka aib manusia.
Ada orang diam di rumah,
tapi setiap malam menangis meminta ampun kepada Allah.
Jangan terlalu bangga dengan langkah kaki kita ke majlis ilmu,
kerana belum tentu hati kita lebih dekat dengan Allah daripada mereka yang tidak terlihat.
Boleh jadi orang yang kita pandang “kurang hadir majlis ilmu agama” itu,
lebih ikhlas sedekahnya,
lebih lembut hatinya,
lebih bersih lisannya,
dan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.
Dapat hadir majlis Ilmu sepatutnya membuat seseorang semakin tawaduk,
bukan semakin s**a menunjuk.
Semakin banyak belajar,
semakin sedar diri ini penuh kekurangan.
Tak semua yang tidak hadir majlis ilmu itu tidak berminat atau lalai.
Ada yang belajar secara online.
Ada yang terikat dengan kerja dan ujian hidup.
Ada yang sedang melawan luka dalam diam.
Dan ada yang sedang mencari jalan pulang kepada Tuhan… perlahan-lahan.
Jadi jangan sibuk mengukur iman orang lain,
sedangkan hati sendiri pun belum tentu bersih daripada riak.
Kerana riak itu sangat halus.
Kadang bukan pada pakaian,
bukan pada percakapan,
tetapi pada rasa dalam hati yang s**a merasa diri lebih baik daripada orang lain.
Ingat…
Syaitan tidak kisah seseorang itu banyak amal,
asalkan akhirnya amal itu rosak kerana bangga diri.
Ilmu tanpa adab akan melahirkan kesombongan.
Sedangkan orang yang benar-benar berilmu,
semakin tunduk… semakin takut kepada Allah.
Semoga Allah jaga hati kita daripada penyakit riak, ujub dan merasa suci. 🤍
CnP
TQ