Surau Tengah Kg Jalan Enam Kaki, Beranang

Surau Tengah Kg Jalan Enam Kaki, Beranang Page ini membuat liputan dan aktiviti2 berkaitan Surau Tengah Kg Jln Enam Kaki, Beranang

Assalamualaikum
20/08/2026

Assalamualaikum

Majlis bacaan Yasin, Tahlil serta Doa Arwah yg diadakan pd hari Khamis malam Jumaat, 20hb Ogos 2026 di Surau Tengah sele...
20/08/2026

Majlis bacaan Yasin, Tahlil serta Doa Arwah yg diadakan pd hari Khamis malam Jumaat, 20hb Ogos 2026 di Surau Tengah selepas solat Maghrib.

Majlis ini juga adalah utk menunaikan hajat:

1. โ Tn Hj Kamaruzzaman b Hj Jamal serta keluarga
2. โ Pn Rosnita bt Hj Baharom serta keluarga
3. โ Tn Omar b Sidek serta keluarga

Jika ada jemaah yg berhajat utk menyertai majlis tahlil ini, sila hantarkan nama peserta berserta senarai nama2 arwah kpd Pengerusi ST.

Sebarang bentuk sumbangan (jika ada) samada secara tunai atau makanan adalah seikhlas hati.




Terima kasih.

Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa arwah utk Allahyarhamah Rozila bt Hamzah di rumah arwah malam ini
18/08/2026

Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa arwah utk Allahyarhamah Rozila bt Hamzah di rumah arwah malam ini

๐Ÿ•Š๏ธ PENGURUSAN JENAZAH ALLAHYARHAMAH ROZILA BT HAMZAHุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽAlhamdulillah, urusan pen...
18/08/2026

๐Ÿ•Š๏ธ PENGURUSAN JENAZAH ALLAHYARHAMAH ROZILA BT HAMZAH

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Alhamdulillah, urusan pengurusan jenazah Allahyarhamah Rozila bt Hamzah, isteri kepada Along Omar, telah dilaksanakan dengan sempurna.

Jenazah telah dibawa dari kediaman keluarga di Kg Jalan Enam Kaki ke Masjid Raja Alang, Beranang untuk urusan memandikan, mengkafankan dan disolatkan.

Setelah selesai solat jenazah, jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Kg Jalan Enam Kaki untuk disemadikan.

Semoga segala urusan Allahyarhamah dipermudahkan dan ditempatkan di sisi Allah SWT bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, melapangkan serta menerangi kuburnya.

Buat Along Omar dan seluruh ahli keluarga, semoga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Daripada:
Ahli Jawatankuasa & Jemaah Surau Tengah JEK

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ๐Ÿ•Š๏ธ TAKZIAH BUAT KELUARGA ALMARHUMAH PUAN ROZILA HAMZAHDengan penuh rasa dukac...
17/08/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

๐Ÿ•Š๏ธ TAKZIAH BUAT KELUARGA ALMARHUMAH PUAN ROZILA HAMZAH

Dengan penuh rasa dukacita, Surau Tengah JEK merakamkan ucapan takziah kepada Along Omar sekeluarga atas kembalinya ke rahmatullah isteri tercinta, Almarhumah Puan Rozila Hamzah, pada pagi 18 Ogos 2026.

Almarhumah merupakan antara insan yang pernah diziarahi oleh AJK Badan Kebajikan Surau Tengah pada 22 Julai yang lalu sebagai sebahagian daripada program Ziarah Prihatin.

Hari ini, kenangan ziarah tersebut menjadi satu kenangan yang amat bermakna buat kami. Semoga segala kebaikan dan amal soleh Almarhumah diterima Allah SWT serta ditempatkan bersama golongan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah, ampunkanlah dosa Almarhumah, rahmatilah beliau, lapangkanlah kuburnya, terangkanlah tempat persemadiannya dan tempatkanlah rohnya bersama orang-orang yang beriman.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada Along Omar serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Daripada:
Ahli Jawatankuasa & Jemaah
Surau Tengah JEK

Tahniah dan Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Surau Tengah Sesi 2027โ€“2031!Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada ...
16/08/2026

Tahniah dan Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Surau Tengah Sesi 2027โ€“2031!

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik bagi menggalas amanah pengurusan Surau Tengah. Pelantikan ini merupakan satu kepercayaan dan pertanggungjawaban yang sangat mulia daripada kariah.

โ–ซ๏ธNiat & Amanah: Semoga setiap langkah dan usaha dianggap sebagai ibadah serta mendapat keredaan Allah SWT.
โ–ซ๏ธKomitmen & Dedikasi: Diharapkan barisan AJK baharu dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, integriti, dan sifat kebersamaan.
โ–ซ๏ธPengimarahan Surau: Semoga pelbagai program keagamaan, kemasyarakatan, dan kebajikan dapat diperkasakan demi kebaikan seluruh warga kariah.

Selamat bertugas dan semoga Allah SWT mempermudah segala urusan serta memberkati kepimpinan sesi ini.

Dari Pentadbir
Surau Tengah Kg JEK

๐Ÿ•Œ MESYUARAT AGUNG KHASSURAU TENGAH KG JLN ENAM KAKIPencalonan & Pemilihan Jawatankuasa Surau Sesi 2027โ€“2031๐Ÿ“… Tarikh: Sab...
15/08/2026

๐Ÿ•Œ MESYUARAT AGUNG KHAS
SURAU TENGAH
KG JLN ENAM KAKI
Pencalonan & Pemilihan Jawatankuasa Surau Sesi 2027โ€“2031

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 15 Ogos 2026
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 malam
๐Ÿ“ Tempat: Surau Tengah, Kampung Jalan Enam Kaki

Mesyuarat ini amat penting bagi memilih barisan Jawatankuasa baharu yang akan menerajui pentadbiran dan pembangunan Surau Tengah bagi sesi 2027โ€“2031.

TAHNIAH kepada semua Ahli Jawatankuasa baru yg telah dilantik.

โ€œSurau yang makmur lahir daripada jemaah yang hadir.โ€

Innalillahi wa inna ilaihi rajiโ€˜un.Surau Tengah merakamkan ucapan takziah buat Ustaz Hamzat atas pemergian ayahanda terc...
11/08/2026

Innalillahi wa inna ilaihi rajiโ€˜un.

Surau Tengah merakamkan ucapan takziah buat Ustaz Hamzat atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Hj Jaafar bin Long, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 11 Ogos 2026.

Alhamdulillah, Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kota, Sungai Kembong.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, menerima segala amal solehnya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Ustaz Hamzat sekeluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi ini.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

โ€œSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.โ€

KULIAH MAGHRIB di Surau Tengah, Kg Jln Enam Kaki, Beranang                                   Tarikh : 10hb Ogos 2026    ...
05/08/2026

KULIAH MAGHRIB di Surau Tengah,
Kg Jln Enam Kaki, Beranang

Tarikh : 10hb Ogos 2026
Hari : ISNIN
Penceramah : AF Ustaz Azmil Hassan Basri
(Tauliah MAIS: M1)
Topik : Sifat 20

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir sama utk menuntut ilmu.

*Jangan lupa bawa buku Risalah At-Tawhid utk rujukan pengajian

Jamuan akan diadakan selepas majlis.

Surauku Syurgaku โค๏ธ
Jom Imarahkan Surau Kita

๐Ÿ•Œ Sumbangan Pengurusan & Pengimarahan boleh disalurkan ke akaun Hong Leong Bank Bhd atas nama SURAU TENGAH KG JLN ENAM KAKI (No. Akaun : 34501001315)

*KULIAH SUBUH AHAD**DI SURAU TENGAH**Kg Jln Enam Kaki*Penceramah : AF Ustaz Hj B**g Salleh Adnan(Tauliah MAIS: M1, M2A, ...
05/08/2026

*KULIAH SUBUH AHAD*
*DI SURAU TENGAH*
*Kg Jln Enam Kaki*

Penceramah : AF Ustaz Hj B**g Salleh Adnan
(Tauliah MAIS: M1, M2A, M3)
Topik : UMUM
Hari : Ahad
Tarikh : 9hb Ogos 2026
Waktu : Selepas Solat Subuh

Sarapan Akan Disediakan

Semua jemaah muslimin dan muslimat dijemput utk menghadiri majlis ilmu ini.



Address

Kampung Jalan Enam Kaki
Beranang
43700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Tengah Kg Jalan Enam Kaki, Beranang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share