16/06/2026
Awal Muharam adalah salah satu daripada hari penting bagi kita umat Islam kerana ia menandakan bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam. Ia di ambil daripada tahun perpindahan (hijrah) nabi kita Muhammad SAW yang berpindah dari Mekah ke bumi Madinah.
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk menghayati dan mempraktikkan konsep hijrah ini dalam kehidupan kita. Ini tidak bermaksud kita perlu berpindah dari satu tempat ke satu tempat pada setiap tahun tetapi cukuplah sekadar berhijrah dari sifat yang tidak baik kepada yang lebih baik. Ini juga dikira sebagai hijrah.
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1448H bersamaan 1 Muharram 1448H (17 Jun 2026), marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
Awal Muharram merupakan permulaan bagi umat Islam untuk membuka 'buku baru' dan memperbaiki segala kekurangan pada tahun sebelumnya.
Salam Maal Hijrah 1448H
Ikhlas daripada kami,
Pertubuhan Kebajikan Pelajar-Pelajar Tahfiz Malaysia (TAHFIZ)